Friday, 14 March 2014

INSTAGRAM


Assalamualaikum. Entri hari ni pasal Instagram pulak. Tipu lah kalau korang takdak account Instagram ni, yang jenis suka snap gambar, selfie, update moment bagai macam aku ni. Hihikk. Semua tu boleh share kat Instagram.

Kalau bagi aku, Instagram, (IG for short) ni adalah satu port untuk aku update moment tentang apa-apa ja yang aku rasa nak letak. Contoh pic hangout dengan kawan-kawan, pic selfie and macam-macam lagi. Sebab aku lebih  suka post gambar kat IG berbanding Wechat, Twitter mahupun Facebook. Err Wechat tu aku dah uninstall pun. Semak pulak rasanya, huu. Facebook pulak lebih formal yang memudahkan aku share info or connect dengan member mahupun kelab atau news yang ada kat Kampus aku tu. Twitter pulak dah jadi port aku luahkan perasaan, meraban, melepak dan sebagainya. Bukan apa, kalau sedakat nak update status pendek-pendek secara kerap, baik tweet ja kat Twitter rather than Facebook. 



Yang ni view kalau bukak dari laptop





Kadang-kadang gambar yang takdak motif pun aku belasah ja letak. Hehe. Korang kalau ada, follow2 lah. :-)



Ermm, memandangkan sekarang berita tentang MH370 masih menjadi tanda tanya seluruh warga dunia especially di Malaysia, sama-sama la kita mohon doa kat Allah supaya semua baik-baik saja. Sesungguhnya Allah tu sebaik-baik perancangan. Kita berserah saja pada Dia. Apa yang menyedihkan, timbulnya pelbagai spekulasi yang kurang enak dari segelintir pihak yang tak bertanggungjawab. Yang pasal bomoh la, apa la. Haihhh tak bertamadun sungguh. Sedih aku tengok. Geleng kepala banyak kali. Malunya kat negara luar. Nama negara kita jugak yang dijaja diburukkan sebab sikap rakyat Malaysia sendiri yang buat sesuatu tanpa berfikir. Sigh.

Still, #PRAYFORMH370

No comments:

Post a Comment