Saturday, 15 February 2014

NAFAS BARU UNTUK SEMESTER BARU


Assalamualaikum semua. Diarimrsmcbride kembali bersama anda setelah 1 bulan 2 minggu menyepi. Jangan tanya kenapa, lol.

By the way, cuti semester 1 dah pun melabuhkan tirai,  memberi ruang kepada mahasiswi dan mahasiswa untuk pulang semula ke menara gading masing-masing demi menuntut ilmu untuk menggapai masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ceh ayat. Orait, apa ja yang aku buat cuti sem ni? Kerja? Emmm memang tak lah. Alasan nak rehat sepuas-puasnya, haha amboi. Tunggu cuti sem depan lah baru nak buat part-time 3 bulan kot. Apa yang pastinya, cuti amat membahagiakan pelajar-pelajar sebab boleh duduk rumah dan makan sampai berat naik mendadak. Salah seorang yang mengalami gejala seperti ini ialah aku sendiri. Berat naik tak disangka, melebihi berat ideal yang aku nak. Huhu.
Result? 
Because getting 4 flat is too mainstream, haha. Result Sem 1 aku dah pun keluar 10hb Feb yang lepas. Aku tak target banyak pun, asal lulus sudah sebab sem 1 ni memang banyak main dan lagha di tambah lagi cuti 9 bulan selepas STPM dulu buat otak aku ni jammed dan agak berkarat. Yang tak boleh dimaafkan, kebanyakan paper aku keluar awal dari exam hall kecuali paper Management and Business Accounting. Masmida Ahamd, mohon semester yang seterusnya anda tidak melakukan hal sebegini lagi. Alasan? Exam hall sejuk sangat. Hiks hiks.  Gittew. Apa pun alhamdulillah result tu mampu buat mak abah tersenyum lega. Sem 2 kalau usaha lebih lagi, bleh lah nak target deanlist. Insyallah. :-)


So, esok dah start kelas bagi kami yang belajar kat negeri Kedah Darul Aman ni. Dah terasa dah nafas baru untuk semester ni, dengan harapan belajar lebih rajin dan dapat keputusan yang diidamkan. 

Sekian saja untuk entri kali ni.