Wednesday, 1 January 2014

REVIEW - 2013's MEMORIES


Assalamualaikum semua.
Entri kali ni nak review sikit apa yang aku lalui sepanjang detik-detik dalam tahun 2013. 

Awal tahun 2013, aku buat part-time je la since baru habis STPM. Cuti 9 bulan kot, tak kan nak dok rumah ja. Kerja kat Jaya Warisan, alhamdulillah dapat jugak kumpul duit poket sendiri.

Mac




1 Mac 2013 ni merupakan first anniversary aku dengan dia. Tapi..tinggal kenangan ja lah kan. Sokay, takdak jodoh nampaknya.



Sangat terharu sebab berjaya memperoleh keputusan STPM yang tidak menghampakan. 


Hujung bulan Mei, aku dah retired kerja part-time then terus ambil lesen kereta.






August

Yang paling membahagiakan aku bulan ni adalah bila dia sanggup travel datang tempat aku and spent time selama 2 hari. 



September


2/9/2013 aku mula menjejakkan kaki ke Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah course Bachelor of Human Resource Management with Honour. walaupun perasaan bercampur-baur aku cuba terima seikhlas hati. Kenapa? Dulu frust tak dapat UPSI ,  USM . huhu


Tapi takpa, aku dah boleh adapt jugak dengan course ni ditambah lagi kehadiran kawan-kawan yang memeriahkan kehiduopan aku kat sini, cewah. Haha ayat.


Rasa sangat terharu sebab dapat join balik ko-k Orkestra kat UUM dengan Safwan. Masih setia sebagai seorang Euphonist dengan bermain Euphonium. Only banders know how it feels when playing music instrument. cewah. :D

November

Bulan ni memang agak sucks la sebab konflik dengan orang yang pernah mendapat tempat di hati aku. At last..berpisah adalah keputusan yang terbaik since masing-masing tak dapat pertahankan dah. Moral value kat sini - "Fall in love when you are ready, not when you are lonely". Then, kalau ada jodoh senang saja jalan yang Dia dah tetapkan dan begitulah sebaliknya. Mohon faham apa yang aku cuba sampaikan. #Deep


Disember

Bulan ni banyak jugak benda happening yang berlaku sepanjang aku kat Sintokyo nih. Bahagia sangat ka atau stress ka sampai berat bertambah sangat. See, pic aku kat bawah ni. Nampak sangat chubby weh.




Erm yang paling menggembirakan ialah - study untuk final exam. Haha ayat terbalik ka apa tah. Seriously cuak sangat nak exam kali ni, final exam yang pertama kali untuk aku sebagai pelajar semester 1. Ada satu lagi paper, Business Account 11/1/2014 nanti, merangkap paper yang aku paling risau teramat sangat sangat dan sangat. Hope result tak mendukacitakan. Doa-doakan lah eh.





And this - That moment when someone you adore replied your message. Rasa macam nak lompat bintang tak? Haha. Just adore.


Ok setakat ni ja review untuk tahun 2013. Nantikan entri aku untuk 2014 pulak ok. Sekian !

No comments:

Post a Comment