Thursday, 2 January 2014

HAPPY NEW YEAR AND HAPPY BIRTHDAY TO ME !


Welcome 2014 ! Happy New Year !

Pantas sungguh masa berlalu, rasa macam semalam baru masuk tahun 2013, huu. Bersyukurlah sebab kita masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi yang terbentang luas ciptaan Ilahi ini.

Dengan bermulanya detik 12.00 malam, 1 Januari 2014 maka aku secara rasminya telah berusia 21 tahun. Rasa macam dah tua. Macam nak forever 20 ja weh. Sobss.




Nak dijadikan cerita, aku ada paper Marketing 1hb ni.. Apa perasaan korang bila birthday korang kena exam, final exam pulak tu? Huu. Semalam kena prank jugak dengan roomate n member-member, Tapi nasib baik jugak lah ada exam hari ni sebab kalau takdak memang diorang nak prank dengan tepung telur bagai tu. Tak pasal-pasal kena mandi tengah malam buta kan. Masa tengah study lah kononnya, mengadap buku Marketing, pukul 12.05 ada orang ketuk pintu. Aku pun pi bukak. Silap pulak pi bukak time tu - terus kena sembur dengan bedak. Habis belemoih la muka dengan baju kelawar..dah la pakai bedak Tanaka dah kat muka, ni diorang dok tambah bedak lagi. Haha sabaq ja la..anyway thank you so much kat mana yang terlibat semalam. 


 Lenguh tangan dok reply "Tq" kat korang.. haha




Poyo taw panggil ittew little c. Btw C tu sebenarnya membawa maksud Chubby.
Sampai hati, huu


Asal setiap kali masuk tahun baru ja, umur pun meningkat..awal pulak tu dari member-member..dah lali kena perangat 'dah tua' . hehe

Terima kasih banyak-banyak lah yang wish kat aku, prank n bagi hadiah..harapan untuk diri sendiri semoga lebih matured dan lebih rajin study. Haha
Sayounara.

No comments:

Post a Comment