Saturday, 4 January 2014

2 DAYS, 1 NIGHT IN PENANG


Assalamualaikum.

Hari Khamis lepas aku, Jieha, Ika, Adiba, Afzan, Safwan, Mat, Sazali and Hakim (Tuuu mention habis nama, haha) round Penang, saja nak hangout since lama tak lepak situ. So lepas deal dengan abang yang bagi sewa kereta, kami bertolak pukul 6.30 petang. Actually, sebelum final lagi aku dengan Jieha dah plan nak pi Penang. Ini pun sebab gap exam lama, ada jugak yang dah habis exam. Heaven la korang dapat release tension sepenuhnya.

Safwan pulak ajak member, so kitorang pergi konvoi dua buah kereta.Stop kejap Maghrib kat R&R Gurun, then kitorang terus ke Padang Kota Lama.



Isi perut dulu, dah berkeroncong dari petang tak makan. Bila mai Padang Kota, harus la makan Char Kue Teow and pasembur atau dalam bahasa utaranya, pasemboq.


Set2 laki tu semua ore Terengganu, except Safwan - first time mai Penang katanya

.Adiba, Ika, aku n Jieha



Puas bergambar, kitorang gerak ke Batu Feringhi satu jam jugak dari Padang Kota. kalau malam-malam camni, ada orang lepak-lepak ja la.  Tepi- tepi jalan tu pulak ada booth jual barang-banang macam beg, baju, jam.. Memang overnight la sampai pukul berapa tah..


Boleh pulak lepak kat luar pagar USM. Masa ni tengah tunggu kawan Safwan si Amirul tu ambik kitorang. Plan nak tumpang tido kat USM, better daripada overnight kat tepi jalan, haha.

Late dinner kat Restoran Khaleel. Dekat ja dengan USM ni.. Untungla budak usm depan belakang kiri kanan, ada macam-macam. Nak pi QB, Perangin, Gurney semua da. Kami kat Sintok ni, paling dekat pun Changlun. Huu sobss sobss.

Meet my unbiological twin, Safwan Othman :-p

View dari blok mahasisiwi Desa Teku, USM

Gegirls tumpang bilik Ira ni la, bff aku since Form 6. Thanks sangat weh, and sorry menyusahkan hang. Nanti mai la UUM pulak , hehe.

Esoknya, pagi Jumaat kitorang gerak awal sikit nak pergi breakfast sebab next destination pulak ke Bukit Bendera.
Mat Luthfi versi ganu with Afzan 
Lepas makan- window shopping kat Perangin Mall jap . Sesuai dah tu Afzan nak beli baju kat anak, haha.

Menuju ke Bukit Bendera.Cuaca memang nice sangat.


Tunjuk ic, kad matrik dapat la harga RM4 untuk student. (Nasib baik tak lupa bawak kad matrik,  nampak tak jimat kat situ? :-p) Kalau ikut standard rate, RM15 setiap sorang.


 
Kecoh bergambar dalam train

Dah sampai atas. Pic credit to foreigner yang tolong snap.

view dari atas Penang Hill ni..tak clear sebab ada kabus



Sibuk nak pose dengan aku si Afzan ni.

 Eh, ada mamat handsome tu atas jambatan Pulau Pinang. Haha
Comel tak ittew ? Haha periuk kera abad ini.

Time nak naik train turun bawah. Tiket sebagai bukti, huu

Petang - time to chillax kat Queensbay . Lama kot tak pi QB.
Bila gegirls start shopping, memang suka sangat snap pic dalam kedai yang ada cermin besar, huu. Sekarang tengah ada sale, untung la nak shopping baju. Tapi tak puas sangat sebab kesuntukan masa.
Sementara tunggu yang lain-lain tu, kitorang santai-santai kat luar dulu tepi pantai. 
Fefeeling Titanic pulak. Sweet tak? Haha mohon clash.
Lol, apa ni Safwan interframe pulak. 

 
Around pukul 3, kitorang pun gerak balik. Naik feri la best sikit.

Sampai ja jeti, terus singgah beli jeruk Pak Ali. Untuk set2 ganu ni, tak feel la mai Penang kalau tak merasa jeruk Pak Ali - antara yang famous kat sini. Then, terus balik Sintokyo sebab kena hantar kereta sewa ni pukul 6 petang, sewa 1 hari la makna kata. Dah nak sampai Uum, kereta bebudak laki tu terstop, nasib amat baik la tak stop kat traffic light. Minyak kering dowh. Haha tu la, taknak isi awal-awal kan..nasib baik ada Caltex dekat area situ. Haihhh sabar je la, huu

Dalam pukul 6.30 camtu sampai Uum. Puasnya dapat hangout ramai-ramai macam ni. Dapat jugak release tension kejap. Next semester kita pi Langkawi pulak k, hehe. Orang kata, masa kat U la ada masa pi keluar dengan member sekali. Takkan nak terperap kat bilik 24/7 dengan buku ja, tak dak life la zaman universiti kita. Yedop ? Bukan selalu nak happening macam ni.

Sekian. Sorry la panjang sungguh entri ni dengan pic yang berlambak-lambak.


No comments:

Post a Comment