Saturday, 4 January 2014

2 DAYS, 1 NIGHT IN PENANG


Assalamualaikum.

Hari Khamis lepas aku, Jieha, Ika, Adiba, Afzan, Safwan, Mat, Sazali and Hakim (Tuuu mention habis nama, haha) round Penang, saja nak hangout since lama tak lepak situ. So lepas deal dengan abang yang bagi sewa kereta, kami bertolak pukul 6.30 petang. Actually, sebelum final lagi aku dengan Jieha dah plan nak pi Penang. Ini pun sebab gap exam lama, ada jugak yang dah habis exam. Heaven la korang dapat release tension sepenuhnya.

Safwan pulak ajak member, so kitorang pergi konvoi dua buah kereta.Stop kejap Maghrib kat R&R Gurun, then kitorang terus ke Padang Kota Lama.



Isi perut dulu, dah berkeroncong dari petang tak makan. Bila mai Padang Kota, harus la makan Char Kue Teow and pasembur atau dalam bahasa utaranya, pasemboq.


Set2 laki tu semua ore Terengganu, except Safwan - first time mai Penang katanya

.Adiba, Ika, aku n Jieha



Puas bergambar, kitorang gerak ke Batu Feringhi satu jam jugak dari Padang Kota. kalau malam-malam camni, ada orang lepak-lepak ja la.  Tepi- tepi jalan tu pulak ada booth jual barang-banang macam beg, baju, jam.. Memang overnight la sampai pukul berapa tah..


Boleh pulak lepak kat luar pagar USM. Masa ni tengah tunggu kawan Safwan si Amirul tu ambik kitorang. Plan nak tumpang tido kat USM, better daripada overnight kat tepi jalan, haha.

Late dinner kat Restoran Khaleel. Dekat ja dengan USM ni.. Untungla budak usm depan belakang kiri kanan, ada macam-macam. Nak pi QB, Perangin, Gurney semua da. Kami kat Sintok ni, paling dekat pun Changlun. Huu sobss sobss.

Meet my unbiological twin, Safwan Othman :-p

View dari blok mahasisiwi Desa Teku, USM

Gegirls tumpang bilik Ira ni la, bff aku since Form 6. Thanks sangat weh, and sorry menyusahkan hang. Nanti mai la UUM pulak , hehe.

Esoknya, pagi Jumaat kitorang gerak awal sikit nak pergi breakfast sebab next destination pulak ke Bukit Bendera.
Mat Luthfi versi ganu with Afzan 
Lepas makan- window shopping kat Perangin Mall jap . Sesuai dah tu Afzan nak beli baju kat anak, haha.

Menuju ke Bukit Bendera.Cuaca memang nice sangat.


Tunjuk ic, kad matrik dapat la harga RM4 untuk student. (Nasib baik tak lupa bawak kad matrik,  nampak tak jimat kat situ? :-p) Kalau ikut standard rate, RM15 setiap sorang.


 
Kecoh bergambar dalam train

Dah sampai atas. Pic credit to foreigner yang tolong snap.

view dari atas Penang Hill ni..tak clear sebab ada kabus



Sibuk nak pose dengan aku si Afzan ni.

 Eh, ada mamat handsome tu atas jambatan Pulau Pinang. Haha
Comel tak ittew ? Haha periuk kera abad ini.

Time nak naik train turun bawah. Tiket sebagai bukti, huu

Petang - time to chillax kat Queensbay . Lama kot tak pi QB.
Bila gegirls start shopping, memang suka sangat snap pic dalam kedai yang ada cermin besar, huu. Sekarang tengah ada sale, untung la nak shopping baju. Tapi tak puas sangat sebab kesuntukan masa.
Sementara tunggu yang lain-lain tu, kitorang santai-santai kat luar dulu tepi pantai. 
Fefeeling Titanic pulak. Sweet tak? Haha mohon clash.
Lol, apa ni Safwan interframe pulak. 

 
Around pukul 3, kitorang pun gerak balik. Naik feri la best sikit.

Sampai ja jeti, terus singgah beli jeruk Pak Ali. Untuk set2 ganu ni, tak feel la mai Penang kalau tak merasa jeruk Pak Ali - antara yang famous kat sini. Then, terus balik Sintokyo sebab kena hantar kereta sewa ni pukul 6 petang, sewa 1 hari la makna kata. Dah nak sampai Uum, kereta bebudak laki tu terstop, nasib amat baik la tak stop kat traffic light. Minyak kering dowh. Haha tu la, taknak isi awal-awal kan..nasib baik ada Caltex dekat area situ. Haihhh sabar je la, huu

Dalam pukul 6.30 camtu sampai Uum. Puasnya dapat hangout ramai-ramai macam ni. Dapat jugak release tension kejap. Next semester kita pi Langkawi pulak k, hehe. Orang kata, masa kat U la ada masa pi keluar dengan member sekali. Takkan nak terperap kat bilik 24/7 dengan buku ja, tak dak life la zaman universiti kita. Yedop ? Bukan selalu nak happening macam ni.

Sekian. Sorry la panjang sungguh entri ni dengan pic yang berlambak-lambak.


Friday, 3 January 2014

2014 RESOLUTION


2014 Resolution? 

Disebabkan kekangan  masa, aku agak terlambat untuk update azam tahun 2014 ni. tapi before tu aku nak review sikit azam 2013 yang dah accomplised or belum.

Kerajinan tu steady ja, tak rajin sangat and tak malas sangat. Haha yaka ni? Masih menjadi anak yang taat pada perintah ibu bapa, berat ideal tu dah dapat kot sebab tu nampak makin chubby sekarang. Then, aktiviti blogging masih diteruskan sampai ke hari ini. Erm apa ja yang kecundang? First, pasal cinta hati tu la. Putus di tengah jalan, lol. Pastu, lesen kereta tak sempat test lagi.

Ni 2014 punya, check it out , 

1. Fokus study - since aku dah melalui semester satu sebagai pelajar universiti, baru aku tau banyaknya komitmen dengan kuliah, tutorial, assignment, aktiviti dan lain-lain lagi. So, insyallah aku nak berusaha capai CGPA 3.0 ke atas, kalau 3.5 lagi lah bagus kan. 

2. Terus menjadi anak yang baik dan mendengar kata

3. Pasal lesen tu memang aku nak setelkan cuti semester ni nanti .

4. Blog - Blog ni dah kira macam diari hidup aku plus port nak luahkan perasaan even ada jugak beberapa part yang aku tak cerita secara sepenuhnya. So, aku memang akan terus berblogging

5. Love - Bosan ke takdak couple? Tak up to date? Mohon clash la weh, ini semua donia semata-mata, haha. To me, dengan adanya members yang happening, caring, sporting, dan havoc aku tak perlukan couple buat masa sekarang ni. Replacement? Ada someone yang aku adore tu - biar aku ja yang tahu siapakah gerangan dia. Rilek la, kita tak tau pun siapa jodoh yang Allah dah tetapkan. Kalau bercinta banyak kali tapi dia bukan jodoh kita, apa point weh? Think. Bazir duit, masa, tenanga, and macam-macam lagi.




Haa ni ja lah kot resolution untuk tahun 2014. Semoga terlakasana !

Thursday, 2 January 2014

HAPPY NEW YEAR AND HAPPY BIRTHDAY TO ME !


Welcome 2014 ! Happy New Year !

Pantas sungguh masa berlalu, rasa macam semalam baru masuk tahun 2013, huu. Bersyukurlah sebab kita masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi yang terbentang luas ciptaan Ilahi ini.

Dengan bermulanya detik 12.00 malam, 1 Januari 2014 maka aku secara rasminya telah berusia 21 tahun. Rasa macam dah tua. Macam nak forever 20 ja weh. Sobss.




Nak dijadikan cerita, aku ada paper Marketing 1hb ni.. Apa perasaan korang bila birthday korang kena exam, final exam pulak tu? Huu. Semalam kena prank jugak dengan roomate n member-member, Tapi nasib baik jugak lah ada exam hari ni sebab kalau takdak memang diorang nak prank dengan tepung telur bagai tu. Tak pasal-pasal kena mandi tengah malam buta kan. Masa tengah study lah kononnya, mengadap buku Marketing, pukul 12.05 ada orang ketuk pintu. Aku pun pi bukak. Silap pulak pi bukak time tu - terus kena sembur dengan bedak. Habis belemoih la muka dengan baju kelawar..dah la pakai bedak Tanaka dah kat muka, ni diorang dok tambah bedak lagi. Haha sabaq ja la..anyway thank you so much kat mana yang terlibat semalam. 


 Lenguh tangan dok reply "Tq" kat korang.. haha




Poyo taw panggil ittew little c. Btw C tu sebenarnya membawa maksud Chubby.
Sampai hati, huu


Asal setiap kali masuk tahun baru ja, umur pun meningkat..awal pulak tu dari member-member..dah lali kena perangat 'dah tua' . hehe

Terima kasih banyak-banyak lah yang wish kat aku, prank n bagi hadiah..harapan untuk diri sendiri semoga lebih matured dan lebih rajin study. Haha
Sayounara.

Wednesday, 1 January 2014

REVIEW - 2013's MEMORIES


Assalamualaikum semua.
Entri kali ni nak review sikit apa yang aku lalui sepanjang detik-detik dalam tahun 2013. 

Awal tahun 2013, aku buat part-time je la since baru habis STPM. Cuti 9 bulan kot, tak kan nak dok rumah ja. Kerja kat Jaya Warisan, alhamdulillah dapat jugak kumpul duit poket sendiri.

Mac




1 Mac 2013 ni merupakan first anniversary aku dengan dia. Tapi..tinggal kenangan ja lah kan. Sokay, takdak jodoh nampaknya.



Sangat terharu sebab berjaya memperoleh keputusan STPM yang tidak menghampakan. 


Hujung bulan Mei, aku dah retired kerja part-time then terus ambil lesen kereta.






August

Yang paling membahagiakan aku bulan ni adalah bila dia sanggup travel datang tempat aku and spent time selama 2 hari. 



September


2/9/2013 aku mula menjejakkan kaki ke Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah course Bachelor of Human Resource Management with Honour. walaupun perasaan bercampur-baur aku cuba terima seikhlas hati. Kenapa? Dulu frust tak dapat UPSI ,  USM . huhu


Tapi takpa, aku dah boleh adapt jugak dengan course ni ditambah lagi kehadiran kawan-kawan yang memeriahkan kehiduopan aku kat sini, cewah. Haha ayat.


Rasa sangat terharu sebab dapat join balik ko-k Orkestra kat UUM dengan Safwan. Masih setia sebagai seorang Euphonist dengan bermain Euphonium. Only banders know how it feels when playing music instrument. cewah. :D

November

Bulan ni memang agak sucks la sebab konflik dengan orang yang pernah mendapat tempat di hati aku. At last..berpisah adalah keputusan yang terbaik since masing-masing tak dapat pertahankan dah. Moral value kat sini - "Fall in love when you are ready, not when you are lonely". Then, kalau ada jodoh senang saja jalan yang Dia dah tetapkan dan begitulah sebaliknya. Mohon faham apa yang aku cuba sampaikan. #Deep


Disember

Bulan ni banyak jugak benda happening yang berlaku sepanjang aku kat Sintokyo nih. Bahagia sangat ka atau stress ka sampai berat bertambah sangat. See, pic aku kat bawah ni. Nampak sangat chubby weh.




Erm yang paling menggembirakan ialah - study untuk final exam. Haha ayat terbalik ka apa tah. Seriously cuak sangat nak exam kali ni, final exam yang pertama kali untuk aku sebagai pelajar semester 1. Ada satu lagi paper, Business Account 11/1/2014 nanti, merangkap paper yang aku paling risau teramat sangat sangat dan sangat. Hope result tak mendukacitakan. Doa-doakan lah eh.





And this - That moment when someone you adore replied your message. Rasa macam nak lompat bintang tak? Haha. Just adore.


Ok setakat ni ja review untuk tahun 2013. Nantikan entri aku untuk 2014 pulak ok. Sekian !