Sunday, 15 December 2013

HANG OUT BEFORE FINAL EXAM


Hai hai hai. Hari ni rajin pulak update sekali 2 entri. Dulu kalau dah lama tak update, mesti ada someone tu dok bebel kat aku..huu.

Kelmarin Izah ajak aku dengan Jieha plus lagi 3 orang member hang out. Asalnya just nak pi makan stimboat kat Aloq Staq. Kitorang gerak dari Dpp pukul 6.00 petang, sewa Myvi ja..huu. seriously 6 orang satu kereta dari pergi sampai balik. Bila lalu kat gate pintu utama tu, pandai-pandai cover sorang nyorok. Nasib baik UK tu tak perasan..haha.

Memangdangkan kemarin ada friendly Kelantan vs Kedah kat Stadium Alor Star tu, Mat Nordin dengan Khairi ajak tengok bola dulu. Mentang-mentang la ore klate, semangat sungguh nak tengok Klate lawan. Siap pakai baju Anak Kelantan, pastu letak bendera kat tingkap kereta. Adoyai, orang dok usha peliks ja..huu.

Sampai kat stadium around pukul 7.30 then terus solat maghrib. Masa ni dah ramai orang, parking pun agak penuh. Nordin kata kalau kat Kelantan memang sesak habis la. Lepas solat Izah pi beli tiket, sorang RM5. Ekceli tak berapa nak tengok pun game tu, kitorang gegirls ni nak pi fun fair kat tepi stadium tu ja. Tapi ,Mat Nordin tak bagi, kalau nak pi kena pi sekali sampai la habis game..risau katanya kalau jadi apa-apa. Lol.

Friendly Kelantan vs Kedah

Separuh masa pertama menyaksikan 1 gol dari Kedah sementara Kelantan masih tidak menjaringkan gol. Then, separuh masa kedua pulak Kedah berjaya jaringkan 1 lagi gol. Haha why Kelantan why? Apek kenapa Apek? Mungkin banyak players baru sebab tu pertahanan kurang ok.

Gomo klate gomo !
Budak-budak UUM jugak ni.
At the end, Kedah menang 3-0



Habis ja game dalam pukul 10.30 kitorang masuk Happy Fun Park kat sebelah stadium tu. Erm, tak dapat pi pesta Penang sini ja mampu. Lol. Tapi fun fair ni biasa ja kalau nak dibandingkan dengan pesta Penang yang dibuat besar-besaran setiap hujung tahun. Dah lama tak pi pesta Penang...sobs.

Mulanya aku dengan Jieha plan nak naik Discovery ni tapi tak jadi pulak, sebab bila tengok benda ni rotate sampai atas rasa macam gayat gila padahal Solero dengan Flying Coaster kat Genting tu boleh ja aku naik dulu. Haha mungkin dah lama tak mencabar diri dengan ketinggian macam ni kot jadi takut pulak. Benda first yang kitorang naik yang macam cendawan tu, tapi jenis swing macam buaian. Tengok macam tak tinggi sangat. Tapi bila dah naik pakat menjerit. Aku kata kat Jieha jerit la puas-puas tanda release tension padahal tengah gayat . Haha

Squidward gergasi

Selfie before naik sotong tu. Acah-acah cool. Kat sini la menjerit sampai sakit tekak. Lol rasa macam nak turun lepas sotong ni bergerak makin tinggi. Siap mengucap tau. Huu




yang ni roda bulat pusing-pusing tu

Sampai sekarang dok terasa sakit tekak kesan menjerit macam halilintar tu. Dah puas lepaskan gian dalam park tu, kitorang gerak cari restoran sebab lapaq amat. Tak jadi la nak makan stimboat sebab dah pukul 12 lebih of course kedai dah tutup. So, singgah kat restoran tepi jalan tu apa tah nama dia. 


Mat Nordin dengan Khairi muka mengantuk dah masa ni

Sedap jugak tomyam dia sebab orang Siam yang masak. Lepak lama kot kat restoran ni. Sebenarnya kitorang nak balik kampus pun dah tak sempat sebab gate tutup pukul 12 lagipun malas nak kantoi kalau UK  buat spot check kang tak pasal-pasal kena saman RM30. So we end up untuk 'overnight' saja. Bukan selalu nak macam ni dengan members, last aku overnight pun masa kat Penang dulu lepak Padang Kota pukul 3 pagi dengan budak kelas. Memang ohsem lah.

Khairi la ni suka snap pic candid

Ain nak tumbuk sapa tu..


Dok borak-borak jam dah pukul 2 pagi. Kitorang pulak taktau nak pi mana lagi, Nordin ajak tidoq kat masjid mana-mana ja. Izah pulak kata booking mana-mana hotel kat Changlun. Aku pulak ajak pi lepak kat Penang, haha tapi tak sempat jugak rasanya sebab esok pagi tu Nordin ada ko-k Suksis pukul 8. Then, kitorang gerak je la pusing Alor Star tu sampai pukul 3, 4 pagi dok asyik u-turn . Haihh sengaja nak perabih minyak kan.. .Memang takdak arah langsung la, hihik. Driver pun dah penat, nasib baik Izah dengan Jieha boleh drive jugak so tukar-tukar la drive. Aku pun tak tidur , dok sembang saja dalam kereta sampai jumpak masjid pi solat Isyak jap.
Pukul 5.30 gerak balik kat area Masjid Zahir tu kitorang stop kejap sementara tunggu Subuh. 
Pukul 5.40 pagi masih mampu dok bergambar kat sini. Bajet macam kat i-city pulak. Haha.


Mata pedih tahan mengantuk tapi still have fun

Izah apesal putih semacam? :-p

Kat sini pun boleh..huu


Selesai solat Subuh, kitorang pun gerak balik uum. Fuhh memang letih sangat la. Sakit habis badan-badan dok lama sangat atas kereta. Dalam pukul 7.30 sampai uum, terus hantar Khairi dengan Nordin kat Dpp diorang pastu hantar pulak Nordin kat kor Suksis.

Sampai-sampai bilik ja terus tidur dengan nyenyaknya. Haha. Budak uum memang havoc amat, macam-macam benda tah pape nak buat. Hadoii. Pape pun memang enjoy la keluar dengan korang, lepas ni fokus kat final exam pulak. Omaigoooood rasa macam cuak gila nak final ni.

Ok uolss sampai sini ja , aku pun nak tidur dah ni esok kelas pukul 9.30. Baru perasan panjang pulak entri pasai ni. -_-
Good night, sweet dreamz!

No comments:

Post a Comment