Thursday, 21 November 2013

TRAINING BRASSBAND

Assalamualaikum. Malam ni baru terasa lapang nak update blog. Buzy dengan assignments, kuiz, tutorial and minggu ni pulak aku ada training band untuk show time konvo nanti. 

Know what, bila serabut dengan assignment and study, bermain muzik adalah satu inisiatif yang efektif untuk kita hilangkan keserabutan tu. Cewah, hehe. Training ni start dari malam Selasa hari, tiga hari berturut-turut sampai la malam ni. Hari first sangat la hambar sebab tak ramai datang, especially bebudak chinese tu. Erm mungkin alasan nak midterm2 keesokan harinya. Aku pun ada midterm jugak, tapi try datang jugak training since dah memang sukarela nak masuk ko-k ni. So pandai-pandai fikir la diorang fikir. Hmm. 



Cekang yang main trumpet tu. Sound dia mantap jugak la.


Setakat ni kitorang dah prektis untuk lagu Darah Satria and Samudera. Lagu marching sebab nanti kitorang akan main untuk perarakan graduan masuk dalam DMAS. Yang Orkestra akan buat show, mungkin diorang lebih banyak lagu.


Legend Orkestra Pusat Kokurikulum UUM- Cikgu Rizal & Cikgu Che Mat
Kenapa aku panggil cikgu? Macam kat sekolah lagi ja.. haha. Dah terbiasa..mungkin sebab persekitaran dalam band. Teringat Cikgu Suhaimee pulak, huu. Abang Myrul pun rajin datang jenguk kitorang malam-malam, katanya dia training petang. Kejap main bass drum, kejap snare drum, pastu simbal pulak. Hehe terbaik la, puji sikit eh.

Dan aku masih setia dengan Euphonium. Haha

Safwan Othman - French Hornist 
Semalam lawak giler la Wan ni, aku still tak boleh lupa haha. Dia nak acah-acah angkat Tuba (instrument yang besar gedabak tu, sama bentuk macam Euphonium tapi 2x ganda saiz) lepas tu air liur melimpah-ruah dari mouthpiece Tuba tu kena dia punya seluar. Haha ayat aku hiperbola sikit. Euwwww geli amat. Kesian Wan. Mintak maaf la aku gelak guling-guling kat hang semalam.. :-p

Eksyen ja ni. Oleh kerana mouthpiece French Horn dengan Eupho berbeza saiz, agak sukar untuk aku nak blow siput emas ni

Poyos. Haha

Acah-acah main piano.

Nak try main Clarinet pulak lepas ni katanya. Katanya lah. -.-'

Ni pun sama. Macam best ja main Clarinet, tapi susah sikit nak baca skor sebab Clarinet kan woodwind pakai treble clef, aku pulak dah terbiasa dengan bas cleff baritone b.c. Main recorder boleh la, haha.
Snare Drum


Yang ni pulak Mellophone. Seiras Trumpet and Horn. Tapi mouthpiece besar kecik sikit dari Horn. Bunyi jugak aku tiup, tapi semput la huu.

Euphonium punya mouthpiece. Besar kan, tapi Tuba punya lagi besar. Boleh seksi bibir hanya dengan main brass instrument semata-mata. Hehe. 

So next training hari Ahad nanti pulak. 

Music is cool. Hanya banders yang memahami. Good night uolsss

No comments:

Post a Comment