Thursday, 28 November 2013

FREEDOM

Assalamualaikum semua. Hari ni entri sesimple habis mungkin. Aku pun sekarang tengah sibuk training and rehearsal untuk persembahan muzik iringan Brassband bersempena dengan Hari Konvokesyen Universiti Utara Malaysia bermula 30 November sehingga 3 Disember 2013.Member-member peliks, baru sem 1 dah boleh join show untuk konvo. Bukan sebab apa pun, ada basic band ja. Huu.

Ok guys, actually selama sebulan ni makna kata bulan ni la, tercetusnya sesuatu yang begitu memberi kesan antara aku dan orang yang terlibat tu. Malas la nak story panjang kan. Berbalik kepada tajuk entri kali ni, 'Freedom'. Agak-agak apa? Tapi memang betul-betul rasa freedom la, since dah tak leh go on lagi dah. Alhamdulillah dapat settle secara matang, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. 




Credit to my bestie, Muhammad Fuad for this pic. Dia yang banyak memahami, menasihati, menolong, take care, sharing, ada time senang and susah etc. Kadang-kadang bersama sahabat tu lebih baik dari bersama bf/gf kita bak kata tweet famous @MohonClash. Haha promote twitter pulak.

Ok la tu ja pengisian kali ni. Thank you so much plus sorry tahap infinity lah pada SI DIA.

Thursday, 21 November 2013

TRAINING BRASSBAND

Assalamualaikum. Malam ni baru terasa lapang nak update blog. Buzy dengan assignments, kuiz, tutorial and minggu ni pulak aku ada training band untuk show time konvo nanti. 

Know what, bila serabut dengan assignment and study, bermain muzik adalah satu inisiatif yang efektif untuk kita hilangkan keserabutan tu. Cewah, hehe. Training ni start dari malam Selasa hari, tiga hari berturut-turut sampai la malam ni. Hari first sangat la hambar sebab tak ramai datang, especially bebudak chinese tu. Erm mungkin alasan nak midterm2 keesokan harinya. Aku pun ada midterm jugak, tapi try datang jugak training since dah memang sukarela nak masuk ko-k ni. So pandai-pandai fikir la diorang fikir. Hmm. 



Cekang yang main trumpet tu. Sound dia mantap jugak la.


Setakat ni kitorang dah prektis untuk lagu Darah Satria and Samudera. Lagu marching sebab nanti kitorang akan main untuk perarakan graduan masuk dalam DMAS. Yang Orkestra akan buat show, mungkin diorang lebih banyak lagu.


Legend Orkestra Pusat Kokurikulum UUM- Cikgu Rizal & Cikgu Che Mat
Kenapa aku panggil cikgu? Macam kat sekolah lagi ja.. haha. Dah terbiasa..mungkin sebab persekitaran dalam band. Teringat Cikgu Suhaimee pulak, huu. Abang Myrul pun rajin datang jenguk kitorang malam-malam, katanya dia training petang. Kejap main bass drum, kejap snare drum, pastu simbal pulak. Hehe terbaik la, puji sikit eh.

Dan aku masih setia dengan Euphonium. Haha

Safwan Othman - French Hornist 
Semalam lawak giler la Wan ni, aku still tak boleh lupa haha. Dia nak acah-acah angkat Tuba (instrument yang besar gedabak tu, sama bentuk macam Euphonium tapi 2x ganda saiz) lepas tu air liur melimpah-ruah dari mouthpiece Tuba tu kena dia punya seluar. Haha ayat aku hiperbola sikit. Euwwww geli amat. Kesian Wan. Mintak maaf la aku gelak guling-guling kat hang semalam.. :-p

Eksyen ja ni. Oleh kerana mouthpiece French Horn dengan Eupho berbeza saiz, agak sukar untuk aku nak blow siput emas ni

Poyos. Haha

Acah-acah main piano.

Nak try main Clarinet pulak lepas ni katanya. Katanya lah. -.-'

Ni pun sama. Macam best ja main Clarinet, tapi susah sikit nak baca skor sebab Clarinet kan woodwind pakai treble clef, aku pulak dah terbiasa dengan bas cleff baritone b.c. Main recorder boleh la, haha.
Snare Drum


Yang ni pulak Mellophone. Seiras Trumpet and Horn. Tapi mouthpiece besar kecik sikit dari Horn. Bunyi jugak aku tiup, tapi semput la huu.

Euphonium punya mouthpiece. Besar kan, tapi Tuba punya lagi besar. Boleh seksi bibir hanya dengan main brass instrument semata-mata. Hehe. 

So next training hari Ahad nanti pulak. 

Music is cool. Hanya banders yang memahami. Good night uolsss

Sunday, 3 November 2013

MIDSEM BREAK


Konichiwa mina san~

Setelah lebih kurang 2 bulan berada di Sintokyo, bermula la cuti mid semester selama 9 hari bermula hari Jumaat yang lalu, 1 November. 

Seronok cuti? Mesti la, giler tak seronok. Lepas ni sebulan lebih jugak la tak cuti sementara tunggu cuti sem pertengahan bulan 1 tahun depan. Tapi midsem break ni dihujani dengan assignment yang melimpah-ruah. Pheww ayat hiperbola. Yang pastinya, semua kena hantar lepas cuti, huu.

Ni la sajian assignments yang mesti aku siapkan dalam tempoh 9 hari : 

1) Titas - Grouping
2) Management - Grouping, Chapter 11
3) Kenegaraan - Slide for presentation
4) Entrepreneurship - Grouping, Biography of one successful Intrepreneur
5) Portfolio Ko-k Orkestra - Euphonium
6) Study Marketing - cover chapter 6-8 for midterm 2

See, mampu ka nak siapkan. Tepuk dada tanya iman, huu. Next assignment, Business Account and Marketing menanti selepas cuti ni. Yeahhh 'suka' sangat. 



ekceli, semalam baru start buat dengan gigihnya. :3


Ni gambar hiasan. haha. Spek baru dah siap. Huiii macam makcik-makcik sangat pakai spek gitu. 

Pesanan penaja : Jagalah mata anda sebaik mungkin, jangan sampai rabun macam makcik kat atas ni. 

Kbai.