Thursday, 31 October 2013

HALLO MIDTERM


Assalamualaikum semua. Ampun beribu-ribu ampun beta mohon kerana sudah lama beta tidak mengupdate blog ini. Diharap rakyat-rakyat beta tidak berkecil hati. Wiwiwi.

Cukup la dengan laras bahasa istana tu..terasa perasan sejekap. Macam perasan je..macam perasan je..macam comel je..haha. (Marah pulak Shasya tu nanti).

Sepanjang 2 minggu ni aku sibuk dengan midterm bermula dari 22 Oktober - 29 Oktober tapi ada gap jugak dalam dua tiga hari. Lima subjek pulak tu yang masuk exclude Titas - Business Account, Marketing, Management, Kenegaraan dan Entrepreneurship.

  
Disebabklan ini first time aku ambil exam di peringkat universiti, rasanya agak berlainan sedikit kalau nak dibandingkan masa STPM. STPM dulu rasa macam lebih rilek dan santai ja. Haha. Bila mai sini, nah ambik kau. Kalau dah study untuk midterm pun sampai camni taktau nak kata la untuk final nanti. Apa-apa pun study smart la kan..plus work hard. Subjek management pun agak berat bagi aku sebab midterm ni masuk dari chapter 1 sampai 7, almost every chapter banyak subtopik, point-point dia yang memerlukan kefahaman yang tinggi ditambah lagi ingatan yang kental. Untuk final nanti cover dari chapter 1 sampai chapter 17. Gitu haa 'bestnyaa'. Fuhhhh. Second, of course Business Account yang amat merisaukan aku. Serious talk, sebab account ni kan ada calculating di mana aku amat lemah dalam pengiraan. Midterm ni pun rasa macam markah down ja..huu. Tapi takpa la, ni first exam, Insyallah, kalau ada usaha boleh ja nak faham tu.



Tunggu untuk paper yang terakhir. Yeahh.

Minggu ni jugak telah berlangsungnya Pilihan Raya Kampus (PRK) UUM, iaitu tarikh pengundian calon dijalankan pada 28.10.2013. Tahniah la kepada yang menang. 
 
 
Fitrah wanita la suka ambil gambar, tak gitu? Hehe. Ni before pi cucuk HPV. Selesai dah pun injection HPV dos kedua hari selasa yang lepas. Balik ja exam, terus pergi PKU. Giler sakit baq hang, sampai sekarang dok rasa sengal kat tangan sebelah kiri ni. Nak tido pun sebelah ja. Huhh buat teruk ja aku ni. Tapi tu la, memang sakit jugak dari dos pertama tu since aku kan takut cucuk-cucuk ni. Taktau la dos ketiga nanti rasa macam mana sakitnya. Disebabkan nurse tu nampak muka aku teramat pucat, dia pun suruh aku baring dulu atas katil relax-relax. Haha..punya penakut tu. Nasib baik tak pengsan.



Ok la, tu ja aku nak ceghita sebenaqnya. Makaseh naa sudi mai singgah lepak sini baca entry pendek sebegini. Tudiaaa keluaq dah loghat utagaha dia. Tak puaih hati pa? Ikut suka la, blog ceq kan.. 

Melawak ja noh. Toksah nak sentap sangat la.. Kbai.


No comments:

Post a Comment