Thursday, 31 October 2013

HALLO MIDTERM


Assalamualaikum semua. Ampun beribu-ribu ampun beta mohon kerana sudah lama beta tidak mengupdate blog ini. Diharap rakyat-rakyat beta tidak berkecil hati. Wiwiwi.

Cukup la dengan laras bahasa istana tu..terasa perasan sejekap. Macam perasan je..macam perasan je..macam comel je..haha. (Marah pulak Shasya tu nanti).

Sepanjang 2 minggu ni aku sibuk dengan midterm bermula dari 22 Oktober - 29 Oktober tapi ada gap jugak dalam dua tiga hari. Lima subjek pulak tu yang masuk exclude Titas - Business Account, Marketing, Management, Kenegaraan dan Entrepreneurship.

  
Disebabklan ini first time aku ambil exam di peringkat universiti, rasanya agak berlainan sedikit kalau nak dibandingkan masa STPM. STPM dulu rasa macam lebih rilek dan santai ja. Haha. Bila mai sini, nah ambik kau. Kalau dah study untuk midterm pun sampai camni taktau nak kata la untuk final nanti. Apa-apa pun study smart la kan..plus work hard. Subjek management pun agak berat bagi aku sebab midterm ni masuk dari chapter 1 sampai 7, almost every chapter banyak subtopik, point-point dia yang memerlukan kefahaman yang tinggi ditambah lagi ingatan yang kental. Untuk final nanti cover dari chapter 1 sampai chapter 17. Gitu haa 'bestnyaa'. Fuhhhh. Second, of course Business Account yang amat merisaukan aku. Serious talk, sebab account ni kan ada calculating di mana aku amat lemah dalam pengiraan. Midterm ni pun rasa macam markah down ja..huu. Tapi takpa la, ni first exam, Insyallah, kalau ada usaha boleh ja nak faham tu.



Tunggu untuk paper yang terakhir. Yeahh.

Minggu ni jugak telah berlangsungnya Pilihan Raya Kampus (PRK) UUM, iaitu tarikh pengundian calon dijalankan pada 28.10.2013. Tahniah la kepada yang menang. 
 
 
Fitrah wanita la suka ambil gambar, tak gitu? Hehe. Ni before pi cucuk HPV. Selesai dah pun injection HPV dos kedua hari selasa yang lepas. Balik ja exam, terus pergi PKU. Giler sakit baq hang, sampai sekarang dok rasa sengal kat tangan sebelah kiri ni. Nak tido pun sebelah ja. Huhh buat teruk ja aku ni. Tapi tu la, memang sakit jugak dari dos pertama tu since aku kan takut cucuk-cucuk ni. Taktau la dos ketiga nanti rasa macam mana sakitnya. Disebabkan nurse tu nampak muka aku teramat pucat, dia pun suruh aku baring dulu atas katil relax-relax. Haha..punya penakut tu. Nasib baik tak pengsan.



Ok la, tu ja aku nak ceghita sebenaqnya. Makaseh naa sudi mai singgah lepak sini baca entry pendek sebegini. Tudiaaa keluaq dah loghat utagaha dia. Tak puaih hati pa? Ikut suka la, blog ceq kan.. 

Melawak ja noh. Toksah nak sentap sangat la.. Kbai.


Saturday, 12 October 2013

I SHARE, I CARE


Assalamualaikum semua. Sihat? Mintak maaf la sebab dah sebulan tak update blog ekoran kesibukan yang agak melampau di Sintokyo ni di tambah lagi dengan line wifi begitu slow untuk update. Cehh..alasan2..haha. Orait, entri hari ni meh nak story aktiviti-aktiviti yang i've joined sepanjang sebulan ni.

23 Sept 2013

Hari Isnin malam ni aku menghadiri sesi ceramah yang santai iaitu berkisar tentang topik 'Aku, Dia & Kamu'. Haa tengok topik la kan..memang menarik. Ceramah sembang-sembang santai ni disampaikan oleh Ustaz Nasri dan sape lagi sorang lupa pulak nama. Memang tak menahan gelaknya sebab both of them are so funny..hehe. Fokus utama adalah mengenai iktilat iaitu- pergaulan antara lelaki dan wanita. Insaf sebentar masa ni, huu.

24 Sept 2013
 
Keesokan harinya pulak, ada program Training Of Trainee (TOT) yang dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Siswa (PRS) di bawah pimpinan Unit Kaunseling Universiti. Saja la nak aktifkan diri kat sini di samping menambah markah SIRA, hii. Overall, aktiviti yang dijalankan hari ni sangat best especially explorace since aku lebih berminat dengan aktiviti outdoor macam ni. Jujur aku bagitau, ini lah explorace yang paling memenatkan aku pernah alami sebab dari checkpoint ke checkpoint yang seterusnya mengambil jarak yang begitu jauh sampai termengah-mengah dok kejar masa. Apepun, semangat berpasukan dan keseronokkan tetap mengatasi rasa penat yang menghimpit jiwa raga tu. Perghh.
Pada sebelah malamnya pulak ada persembahan daripada setiap kumpulan. Group aku, ditugaskan buat persembahan berbentuk parodi. Apa lagi, buat parodi 'Budak Kapel Seminggu' tu la, haa. At the end, group kitorang yang diberi nama "Kerengga" dapat naib johan untuk keseluruhan aktiviti. Good job korang !

4 0kt 2013

Next, dengan sukacitanya aku join program Family Day @ Sports Day anjuran Human Resource Management club. Untuk aktiviti ni, aku memegang peranan as AJK aktiviti. Family Day ni bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar-pelajar HR dan juga para senior. Antara aktiviti yang dijalankan - Raja belon, piramid manusia, simpulan kasih, tasik asid terompah gergasi dan tarik kali. Aku kena incharge untuk aktiviti Tasik asid. Bila kita betul-betul enjoy untuk main, baru la kita akan rasa nikmat enjoy tu dan secara tak langsung tekanan study pun dapat dikurangkan..cewah. Apa yang penting..kerjasama antara ahli kumpulan. 
 Terompah gergasi. Nampak tu muka eksaited aku? Haha

 Yeahhh..second place for Raja Belon
 
Barisan peserta dan AJK. You gus are so sporting. Jumpa lagi next program!


8 0kt 2013


Pada 1-9 Oktober 2013 berlangsungnya Festival Kebudayaan Universiti bertempat di Dataran Budaya, UUM. Kalau tak silap aku, ni merupakan kali ke-3 festival ni diadakan. Err okay. Pelbagai acara dipertandingkan termasuklah - Nyanyian Irama Melayu, Dikir Barat, Tarian Cina, Tarian India, dan Boria. Setiap Dpp diwajibkan menghantar penyertaan. 

 Dengan Zana, dia join dikir barat. Set klate blako ni..huu

 Aku join apa? Ofkos boria. Haha first time kot masuk boria..sebab nak asah skill menari ja. hikss
Boria Dpp Bank Muamalat. 


OK guys, cukup la kot setakat ni. Aku nak siap-siap pi ko-k ni. Orkestra tetap menjadi pilihan nombor satu..euphonium tetap di hatiku. Hihi..kbai.