Wednesday, 11 September 2013

ORIENTATION WEEK - DAY 6


Assalamualaikum. Hari ni dah orientasi yang terakhir, kejap ja rasa. Program yang first ialah untuk hari ni, Karnival Sukan UUM yang bertempat di Pusat Sukan. Aku tak take part apa-apa game sebab nak involve dalam Go Green project petang tu. So diorang yang lain ada yang masuk bola baling, bola jaring, tarik tali and banyak lagi game.

Dimulakan dengan senamrobik. Semangat lah pulak, hoho. 



Zana la tu semangat..hii





Masa game dah start, aku dengan Ayu just round padang tu. Mulanya pergi kat tempat horse riding. Nak try ride kuda la katakan.


Malangnya, aku dengan Ayu tak sempat nak naik kuda tu sebab ramai sangat orang q nak naik plus kuda-kuda tu pun dah lapar nak makan. Sobss.

Then, aku dengan Ayu mencuba nasib kat Go Kart. Malangnya, kat sini pun tak dapat naik disebabkan 'kerendahan'. Haha spoil mood betul la. Bila nak tinggi ni???


Dengan perasaan yang sebak ekoran terpaksa melupakan hajat untuk naik Go Kart, aku dengan Ayu terus ke Pusat Sukan ja. Apa yang menariknya kat Pusat Sukan UUM ni - Swimming Pool, Gym, Sauna, Futsal, Badminton Court and macam-macam lagi. 

Lepak kat gym dulu.


Ni bukan bina muscle tapi bina pipi haha.

Tak puas lagi bergambar sebenarnya. :-p

Pukul 12 tengahari kitorang balik semula ke Dpp. Next , pukul 2 petang kitorang gerak  ke tapak untuk Go Green Project yang terletak bersebelahan SAC, dan berdekatan Bangunan HEP. Panas ni, burn terok muka aku, huk.

Firstly ada demo cara untuk tanam pokok apa tah nama dia, lupa dah..huu


Wowww gigihnya mencangkul, haha. Step pertama kita kena cangkul tanah sedalam 500mm kalau tak silap aku supaya muat untuk saiz pokok tu. Then, letak sedikit baja supaya pokok tu dapat membesar dengan subur.

Letakkan anak pokok tadi ke dalam lubang. Make sure tak pegang batang pokok tu untuk elakkan terbantut. Cabut plastik tu perlahan-lahan.

Timbus balik dengan sedikit tanah yang disediakan. Then pacak kayu tepi pokok tu, ikat pokok tepi kayu. Cara ni dapat elakkan pokok tu daripada terbalik bila angin kuat ataupun hujan.


Lastly - Siram anak pokok tu penuh kasih sayang dengan harapan ia membesar dengan baiknya. Cewah.

Done tanam 28 batang anak pokok. Yeah ! Misi hijaukan UUM dalam proses.


Dengan berakhirnya Go Green Project, maka berakhirlah minggu orientasi bagi semua pelajar kemasukan Semester satu sesi ini. 

Sekian, ini je yang dapat aku kongsikan. Thanks untuk yang sudi baca. :-)


























No comments:

Post a Comment