Thursday, 5 September 2013

ORIENTATION WEEK - DAY 4


Assalamualaikum semua.

Hari ni dah hari ke-5 aku di Uum. Orientasi hari ni dimulakan dengan Majlis Ikrar oleh semua pelajar kemasukan 2013/2014. Majlis bermula pukul 11.30 sehingga 12.30 tgh.



Still kena berjalan kaki ke DMAS tu. Skemanya semua galas beg tu, macam budak sekolah dah kan...hehe

Jieha, Mas, Adiba & Ika

Mahasiswi wajib pakai baju kurung kaler cerah, yang mahasiswa pulak baju melayu hitam or berkemeja putih bagi non-muslim. Girls ja yang dapat pashmina kaler biru tu, hii.

These are what we call postcard. Hehe..time ni sempat lagi abang senior tu edarkan 10 keping poskad untuk semua. Tak kisah nak pos kat sesiapa pun. Aku just bagi kat family n someone yang nun jauh di bumi Shah Alam. Hikss.




Majlis Ikrar dimulakan pada pukul 11.30 sehingga pukul 12.30 tgh. Selepas tamat bacaan ikrar, dengan rasminya kitorang telah bergelar mahasiswa/mahasiswi Universiti Utara Malaysia. Jyeahhh...silakan lompat bintang ramai-ramai.

Lepas makan tengahari n solat Zohor, program diteruskan lagi dengan LDK3- I love Malaysia. Kitorang dibahagi kepada kumpulan seramai 10 orang ahli dan ditugaskan menjawab dua soalan. Tugasan diselesaikan dan present kepada fasi yang jaga kitorang kat library tu. In conclusion, melalui LDK seperti ini of coursr dapat menyemai sikap bekerjadama antara ahli kumpulan. 

Selesai LDK, kitorang dibenarkan pulang ke Dpp untuk makan dan urus diri. Malamnya pulak ada program Hidup Harmoni di DMAS. Program yang dianjurkan oleh Pusat Islam UUM ni bermula jam 9.00 malam. Kitorang juga dihiburkan dengan slot perbincangan hal agama dan nadyid oleh kumpulan Nasyid Saujana.



Program habis pukul 12 camtu. Then balik ke Dpp masing-masing.














No comments:

Post a Comment