Thursday, 5 September 2013

ORIENTATION WEEK - DAY 3


Assalamualaikum semua. Hari ni merupakan hari ke-3 aku di UUM. 

Lepas breakfast kitorang kena gerak ke DMAS lagi. Jalan kaki jugak, huu nanti boleh tercabut kaki ni.



Rendahnya saya..tak macam budak U pun kan? Haha

Selfie jap  dengan roommate.


Hari ni ada majlis bersama Pusat Kokurikulum Universiti. Nasib baik aku dah setel register ko-k online tu. 

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti lagu Biru Warna. Terasa semangat pulak hari ni time menyanyi lagu rasmi UUM tu..lalala


Ada beberapa ketua dari unit ko-k yang bagi briefing tentang - Palapes, Suksis, Rela, Pbsm dll. Yang ni persembahan multimedia ko-k Suksis. Memang tough bagai la sape yang join kelab ni.

Dalam pukul 4 kitorang dah start slot Oh My English. Slot ni mengetengahkan kepentingan berbahasa Inggeris untuk diaplikasikan dalam kerjaya. Then dia sentuh tentang Muet pulak. Band 3 ja aku ni..sobs. Need to improve more.

Next, ada taklimat daripada unit kebajikan yang meliputi masalah kesihatan, biasiswa, bantuan and banyak lagi.

Hampir pukul 12am jugak baru habis program ni. Then, balik semula ke Dpp. Para fasi bagi sedikit maklumat untuk aktiviti hari esok. Yang tak bestnya reramai kena bletiaq la pulak or as known as SOFT torture. Entah..ada lah tu sapa-sapa yang buat hal. Torture dengan orientasi ni dah sinonim sangat dah. Teringat lagi masa Form 1 dulu, malam pertama kat hostel Soksek tu kitorang ramai-ramai kena torture sampai pukul 3 pagi..huu terrible horrible gila lah. Aku tak pasti apa puncanya, lupa pulak. Haha

So, aktiviti hari ni tamat pukul 3 pagi. Letih to the max weh. 














No comments:

Post a Comment