Tuesday, 3 September 2013

ORIENTATION WEEK - Day 2


Hai semua..hari ni update simple ja sebab letih tahap dah. Ni pun curi-curi update time ada taklimat oleh MB Kedah.


Pagi macam biasa la urus diri solat and breakfast. Then, kitorang kena gerak ke Dewan Muadzam Shah (DMAS) mengikut course masing-masing. Yang disasternya kena jalan kaki dari Dpp ke DMAS tu. Jauh jugak weh..sabar je lah. Senior kata kalau pi kelas memang naik bas sebab jauh. Mungkin ni sebab minggu orientasi tu kena jalan je..tapi memang lagi kurus la aku pasni. :/



Ni la DMAS.

Litar Go-Kart. Uni ko ada? :-p

Boleh tahan besar jugak DMAS ni.

Taklimat tentang senarai course yang ditawarkan dalam Collage of Business oleh Dekan Fakulti COB.


Sempat lagi selfie dengan Zana. :3

'Cuaca' dalam DMAS ni memang best nak tido..huu. Dekan tu highlight kan course yang ada kat UUM ni plus peratusan student yang grad every year. Nama pun universiti pengurusan, memang banyak pasal management je la.

Then, lepas habis taklimat tu kitorang kena gerak ke dewan kuliah Pusat Pengajian masing-masing. 

Taklimat untuk slot akademik ni disampaikan oleh Puan Khulida. Katanya most of lecture dalam kelas mesti guna Bahasa Inggeris sebab ada beberapa orang International Student. 

Pukul 2 kitorang lunch then terus ke surau untuk solat. Ada lagi taklimat oleh Alumnai SBM, nama apa tah aku tak ingat. Untuk terus survive selama di Universiti ni kita kena enjoy doing anything we do. Katanya lah, hik.


Lega dapat habis awal pukul 4 , terus balik bilik sampai pukul 6.30 berkumpul balik untuk makan malam.

Selesai solat maghrib, kena pergi DMas pulak ada slot bersama Menteri Besar Kedah, Dato' Mukhriz Tun Dr Mahathir.




Slot ni macam santai sikit. So dengar ja la dia berucap panjang lebar, huu.

Pukul 11.30 majlis tamat dan balik semula ke Dpp.

Malam ni pun tidur lambat, dengan lenguh kakinya. Ni nak homesick ni..huhu.Habis sudah orientasi hari kedua. Esok aku update lagi. 














No comments:

Post a Comment