Tuesday, 3 September 2013

ORIENTATION WEEK - DAY 1





Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kelmarin, 2 Sept 2013 aku telah selamat mendarat di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah. Bertolak dari rumah lepas subuh untuk mengelak dari jammed, huu.



Masuk ja terus register di setiap DPP masing-masing. Antara dpp kat sini - Dpp Petronas, YAB, Sme, Bank Rakyat, Mas and lain-lain. Oh ya aku dapat Dpp Bank Muamalat yang satu- satunya didiami oleh mahasiswi sahaja. Rasa macam special case di situ, hehe.


Selesai register nama and sesi penyerahan kunci bilik,  aku dengan akak pergi cari bilik kat dpp tu. Nasib baik satu bilik dua orang ja. Roomate aku pulak orang Terengganu, Jieha namanya. Tu muka saja senyum padahal sebak je sebab mak dah nak balik lepas aku habis kemas barang dalam bilik. Masa sebelum bertolak pun aku nangis, wuuuuu.

Before pukul 2 mak, abah, akak and abang ipar aku dah bertolak balik.Lagipun pukul 2 tu aku ada semakan dokumen peribadi plus buat kad matrik. Hmm menang sebak teramat la bila diorang nak balik. Tahankan je la nak nangis malu, hihi. Alah macam tak biasa dok hostel, paling takpun sehari ja homesick.

Dewan Penginapan Pelajar Bank Muamalat. Banyak blok sebenarnya, pening aku jadinya.

Dengan Shazana, coursemate  aku. Orang Klate, kenal dari Fb ja before this.


Selesai buat kad matrik, kitorang naik ke bilik. Nasib baik dapat bilik ground floor, tak payah rushing sangat naik turun tangga. Aku difahamkan orientasi berlangsung selama 6 hari bermula dari hari ini. 

Then, rehat dan solat serta urus diri. Pukul 6.30 pulak berkumpul di dataran berdekatan dpp untuk makan malam. Kena roll call lagi, leceh lah.. Lepas makan, solat maghrib secara berjemaah di surau. Lepas tu pulak ada bacaan Yaasin beserta solat hajat diikuti solat Isha'.



Pukul 9.30 kitorang dikehendaki memasuki Dewan Mawar untuk taklimat dan LDK. Mulanya ada ucapan daripada Pengetua Dpp Bank Muamalat, diikuti slot video korporat UUM. Lepas tu kitorang dibahagikan kepada 10 orang dalam setiap group untuk sesi ice breaking.Time ni memang dah mengantok sangat. Selesai sesi bersama group, kakak fasi serahkan jadual waktu kat kitorang. Pening lah aku tengok dengan tak cukup jam kredit pulak tu, huk. Fasi tu kata boleh tukar jadual masa sesi add/drop nanti.

Memang mengantok tahap dewa la hari ni. Pukul 1.30 baru boleh balik bilik. So pukul 2am jugak la aku tido. Nak bangun pukul 5am esoknya. Fuhhh letih...

Ok guys, nanti aku update pulak untuk aktiviti orientasi hari kedua. Stay tuned!
















No comments:

Post a Comment