Wednesday, 11 September 2013

BERMULANYA KULIAH SEMESTER 1



Assalamualaikum, salam 1 Malaysia. Pada hari Ahad yang lepas, 8 September 2013 telah bermulanya kuliah pertama bagi pelajar-pelajar Semester 1 ambilan September 2013/2014 Universiti Utara Malaysia. Kuliah hari Ahad? Standard la dok Kedah kan.

Antara subjek yang harus diambil bagi kos aku (Bachelor Of Human Resource Management) -

1. Tamadun Islam & Asia
2. Kenegaraan Malaysia
3. Fundamental of Entrepreneurship
4. Business Account
5. Principle of Marketing
6. Principle of Management
7. Ko-Kurikulum

Semua dah cukup 19 jam kredit untuk Sem 1 ni. Untuk English For Communication 1, aku dapat transfer kredit since Muet aku Band 3. 

Kelas ni depends jugak kalau ada International Student, lecturer akan speaking sepanjang kuliah. So, subjek Titas dengan Kenegaraan saja la guna Bahasa. Tapi soalan untuk subjek lain dwibahasa so that tak kisah la lecturer nak speaking ka tak. Erm yang pasti soalan berbentuk MCQ, agak cuak bagi aku..huu.


Beratur seawal 7.20 pagi tunggu bas. Kena awal la sebab first time ke kelas kan takut sesat nak cari dewan kuliah. Kalau naik bas dari dpp ke kampus lebih kurang 10 minit jugak. Nak jalan kaki tak payah la.

Snap pic tak kira di mana jua anda berada. :-p


Berjaya jugak cari dewan kuliah. Tapi pening jugak aku sebab banyak bangunan pusat pengajian lain jugak. Kelas pertama hari tu ialah Titas which subjek yang aku agak suka. Yela Sejarah kan dah belajar since Form 1 sampai Form 6. Lecturer dia pun best and funny - Encik Khadafi. Semua lecturer kat Uum ni ada PhD kalau tak silap aku. Akak aku dapat interview kat sini tak nak datang pulak, tak bersedia nak ambik PhD lagi katanya. Haihh.


Next class - Business Account
Err ni la subjek yang aku kurang minat. Tapi nak buat macam mana dah subjek teras U kena la ambik jugak.



Kelas ketiga - Principle of Marketing
Ya Rabbi mengantuk yang amat.. Lect ni nama apa aku lupa dia just ganti En Zolkifli yang tak dapat datang hari tu. Erk..how to say..Sir ni muka iras Hritik Roshan tapi dia cakap slow sangat even pakai mic pun. Mau tak mengantuk..huu. Then tetiba dia kata ok end of Chapter 1. Aku dengan blur tahap plus mengantuk kalih kat Tasha, member sebelah. Haha daebak la Sir ni !

Then kelas yang terakhir untuk hari pertama iaitu Principle of Management. So far ok la sebab aku still dalam fasa menyesuaikan diri dengan subjek-subjek baru ni. Hope dapat skor dengan baik. So baru la aku realize yang peghh macam ni rupanya life as a student kat universiti. Ada kuliah, sibukkan diri dengan assignment, kuiz and bla bla bla. Berbeza sangat kalau nak dibandingkan dengan zaman sekolah. Dulu boleh la harapkan cikgu ja bagi worksheet semua tu, now semua kena berdikari. Notes kena print sendiri, makan pun beli kat kafe bukan disediakan kat Dewan Makan macam asrama penuh tu. Huhu pandai-padai la survive kat sini. 

Last but not least, Im glad to say that no homesick sepanjang seminggu ni. Yeayyy sila tepuk tangan kat aku. Haha.


K la hope enjoy baca entri ni. 

Bye.

No comments:

Post a Comment