Tuesday, 17 September 2013

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT UNIVERSITI UTARA MALAYSIA




Assalamualaikum semua. Semalam telah berlangsungnya sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56 dan Hari Malaysia peringkat Universiti Utara Malaysia. Seriously meriah yang amat.


Pasukan perbarisan Dpp Bank Muamalat

Dpp Misc


Semangat tak? Haa



Program bermula setelah ketibaan vip dan tetamu kehormat. Haihh nak tunggu diorang sampai satu jam. Macam biasa, nyanyian lagu Negaraku dan Biru Warna diikuti bacaan doa. Sepatutnya bacaan doa dulu la lebih afdal..huu. Then, bermula la perarakan masuk kontinjen perbarisan daripada semua dpp. Kereta berhias pun turut serta.Bila sampai time perbarisan Dpp Bank Muamalat, mula la rasa cuak gila. Tapi jalan je la dengan konfidennya. Haha. Untung duduk baris tepi orang dok ambik gambar, lol.Bila semua kontinjen dah masuk padang, then ada ucapan pulak oleh Dato' VC and the others.


Pasukan cheers Dpp Bank Muamalat

Pertunjukan apa tah nama benda ni?

Then, kitorang dihiburkan oleh Aris Ariwatan dengan tiga buah lagu. Antaranya lamunan terhenti. Biasala Uum ni memang suka jemput artis. Kenapa la tak jemput Lee Min Ho ja, huu.

Pertunjukan bunga api

Tepat pukul 12, countdown merdeka. Pastu menyanyi lagu patriotik.

Yang pastinya, Dpp Bank Muamalat dapat naib johan untuk perbarisan. Yeayyyy. Dpp yang satu-satunya didiami oleh semua pelajar perempuan dan memang tak pernah kalah dalam perbarisan kata senior. Katanya lah.

Apa-apa pun memang enjoy la. :D







Wednesday, 11 September 2013

BERMULANYA KULIAH SEMESTER 1



Assalamualaikum, salam 1 Malaysia. Pada hari Ahad yang lepas, 8 September 2013 telah bermulanya kuliah pertama bagi pelajar-pelajar Semester 1 ambilan September 2013/2014 Universiti Utara Malaysia. Kuliah hari Ahad? Standard la dok Kedah kan.

Antara subjek yang harus diambil bagi kos aku (Bachelor Of Human Resource Management) -

1. Tamadun Islam & Asia
2. Kenegaraan Malaysia
3. Fundamental of Entrepreneurship
4. Business Account
5. Principle of Marketing
6. Principle of Management
7. Ko-Kurikulum

Semua dah cukup 19 jam kredit untuk Sem 1 ni. Untuk English For Communication 1, aku dapat transfer kredit since Muet aku Band 3. 

Kelas ni depends jugak kalau ada International Student, lecturer akan speaking sepanjang kuliah. So, subjek Titas dengan Kenegaraan saja la guna Bahasa. Tapi soalan untuk subjek lain dwibahasa so that tak kisah la lecturer nak speaking ka tak. Erm yang pasti soalan berbentuk MCQ, agak cuak bagi aku..huu.


Beratur seawal 7.20 pagi tunggu bas. Kena awal la sebab first time ke kelas kan takut sesat nak cari dewan kuliah. Kalau naik bas dari dpp ke kampus lebih kurang 10 minit jugak. Nak jalan kaki tak payah la.

Snap pic tak kira di mana jua anda berada. :-p


Berjaya jugak cari dewan kuliah. Tapi pening jugak aku sebab banyak bangunan pusat pengajian lain jugak. Kelas pertama hari tu ialah Titas which subjek yang aku agak suka. Yela Sejarah kan dah belajar since Form 1 sampai Form 6. Lecturer dia pun best and funny - Encik Khadafi. Semua lecturer kat Uum ni ada PhD kalau tak silap aku. Akak aku dapat interview kat sini tak nak datang pulak, tak bersedia nak ambik PhD lagi katanya. Haihh.


Next class - Business Account
Err ni la subjek yang aku kurang minat. Tapi nak buat macam mana dah subjek teras U kena la ambik jugak.



Kelas ketiga - Principle of Marketing
Ya Rabbi mengantuk yang amat.. Lect ni nama apa aku lupa dia just ganti En Zolkifli yang tak dapat datang hari tu. Erk..how to say..Sir ni muka iras Hritik Roshan tapi dia cakap slow sangat even pakai mic pun. Mau tak mengantuk..huu. Then tetiba dia kata ok end of Chapter 1. Aku dengan blur tahap plus mengantuk kalih kat Tasha, member sebelah. Haha daebak la Sir ni !

Then kelas yang terakhir untuk hari pertama iaitu Principle of Management. So far ok la sebab aku still dalam fasa menyesuaikan diri dengan subjek-subjek baru ni. Hope dapat skor dengan baik. So baru la aku realize yang peghh macam ni rupanya life as a student kat universiti. Ada kuliah, sibukkan diri dengan assignment, kuiz and bla bla bla. Berbeza sangat kalau nak dibandingkan dengan zaman sekolah. Dulu boleh la harapkan cikgu ja bagi worksheet semua tu, now semua kena berdikari. Notes kena print sendiri, makan pun beli kat kafe bukan disediakan kat Dewan Makan macam asrama penuh tu. Huhu pandai-padai la survive kat sini. 

Last but not least, Im glad to say that no homesick sepanjang seminggu ni. Yeayyy sila tepuk tangan kat aku. Haha.


K la hope enjoy baca entri ni. 

Bye.

ORIENTATION WEEK - DAY 6


Assalamualaikum. Hari ni dah orientasi yang terakhir, kejap ja rasa. Program yang first ialah untuk hari ni, Karnival Sukan UUM yang bertempat di Pusat Sukan. Aku tak take part apa-apa game sebab nak involve dalam Go Green project petang tu. So diorang yang lain ada yang masuk bola baling, bola jaring, tarik tali and banyak lagi game.

Dimulakan dengan senamrobik. Semangat lah pulak, hoho. 



Zana la tu semangat..hii





Masa game dah start, aku dengan Ayu just round padang tu. Mulanya pergi kat tempat horse riding. Nak try ride kuda la katakan.


Malangnya, aku dengan Ayu tak sempat nak naik kuda tu sebab ramai sangat orang q nak naik plus kuda-kuda tu pun dah lapar nak makan. Sobss.

Then, aku dengan Ayu mencuba nasib kat Go Kart. Malangnya, kat sini pun tak dapat naik disebabkan 'kerendahan'. Haha spoil mood betul la. Bila nak tinggi ni???


Dengan perasaan yang sebak ekoran terpaksa melupakan hajat untuk naik Go Kart, aku dengan Ayu terus ke Pusat Sukan ja. Apa yang menariknya kat Pusat Sukan UUM ni - Swimming Pool, Gym, Sauna, Futsal, Badminton Court and macam-macam lagi. 

Lepak kat gym dulu.


Ni bukan bina muscle tapi bina pipi haha.

Tak puas lagi bergambar sebenarnya. :-p

Pukul 12 tengahari kitorang balik semula ke Dpp. Next , pukul 2 petang kitorang gerak  ke tapak untuk Go Green Project yang terletak bersebelahan SAC, dan berdekatan Bangunan HEP. Panas ni, burn terok muka aku, huk.

Firstly ada demo cara untuk tanam pokok apa tah nama dia, lupa dah..huu


Wowww gigihnya mencangkul, haha. Step pertama kita kena cangkul tanah sedalam 500mm kalau tak silap aku supaya muat untuk saiz pokok tu. Then, letak sedikit baja supaya pokok tu dapat membesar dengan subur.

Letakkan anak pokok tadi ke dalam lubang. Make sure tak pegang batang pokok tu untuk elakkan terbantut. Cabut plastik tu perlahan-lahan.

Timbus balik dengan sedikit tanah yang disediakan. Then pacak kayu tepi pokok tu, ikat pokok tepi kayu. Cara ni dapat elakkan pokok tu daripada terbalik bila angin kuat ataupun hujan.


Lastly - Siram anak pokok tu penuh kasih sayang dengan harapan ia membesar dengan baiknya. Cewah.

Done tanam 28 batang anak pokok. Yeah ! Misi hijaukan UUM dalam proses.


Dengan berakhirnya Go Green Project, maka berakhirlah minggu orientasi bagi semua pelajar kemasukan Semester satu sesi ini. 

Sekian, ini je yang dapat aku kongsikan. Thanks untuk yang sudi baca. :-)


























Monday, 9 September 2013

ORIENTATION WEEK - DAY 5


Assalamualaikum. Fuhh lambat update pulak tentang orientasi hari ke-5 ni. Busy la katakan. Hari ni pun dah start kelas. Nak dijadikan cerita pagi hari tu aku dengan roommate terbangun lewat. Huhu memang tak sedar langsung taw. Bukak mata tengok eh kenapa cerah semacam ja bilik ni? Tengok jam dah pukuk 7.50am. Apa lagi aku dengan Jieha bukan main cuak la, then Jieha call salah seorang kak senior bagitaw kami bangun lewat. Nasib baik kak tu rilek ja tak marah. Ish ishh..haha.


Aktiviti hari tersebut ialah Campus Tour Treasure Hunt. Kitorang dibawa menjelajahi kawasan kampus oleh kakak-kakak fasi. Fyi, UUM ni sangat la luas sampai confuse aku dibuatnya. 



College Of Business UUM




Meet new friends - Jieha, Adiba, Ikah, Shazana


Tempat menunggu bas. Tak susah nak dapatkan bas sebab bas akan rotate dalam masa setengah jam.


Selesai tawaf satu kampus tu, kitorang balik ke Dpp. Rehat kejap and get ready untuk aktiviti sebelah malam.

Majlis Malam Apresiasi Seni ni bermula pada jam 9.00 malam. Setiap dpp dikehendaki mempersembahkan tarian, nyanyian , sketsa atau sebagainya mengikut pilihan masing-masing.






Cheers dari Dpp Petronas..semangat kau~


Lastly, tarian Xi Shua Shua oleh semua fasi yang terlibat. Not bad la..huu.

Most of persembahan dari Dpp memangg menarik and funny. Walaupun masa yang diberikan terhad, tapi diorang yang take part dalam persembahan ni mampu lakukan yang terbaik. 


Ok setakat ni saja untuk orientasi hari ke-5. Jumpa lagi di next entry..bye.