Thursday, 22 August 2013

THURSDATE WITH LE SISTER


Hai. Selamat malam semua. Dah lama tak update blog so hari ni ada la satu entri.
Petang tadi keluar jap dengan akak. Bukan kejap, lama la jugak huu. Mulanya pergi survey make up kat Anjung Amie, berdekatan Secret Resipe tu. My sis la, dia nak cari pakej make up yang simple untuk hari bertunang nanti.

Serious cakap baju pengantin kat sini cantik-cantik and vogue belaka. Tempting aku dibuatnya. Rasa macam nak kahwin la pulak, hii.


Yang kaler turqoise tu cantik kan. Isteri Dato' Zainol tu pun datang make up sini masa wedding diorang dulu. Depends la kat customer yang nak satu pakej sekali dengan pelamin atau tak. Bestnya tengok tadi, huu. Kak aku nak make up simple ja katanya Nanti untuk nikah takpa la up sikit. Nak tumpang sekaki boleh? :-p



Selesai beturusan dengan tuan empunya butik tu, aku ajak akak singgah Dynamic sebab nak beli stationeries. Setiap kali keluar ada ja yang dibeli untuk kelengkapan universiti nanti. Pening aku dibuatnya. Tu pun still lagi tak cukup barang keperluan ni.

Then, singgah Tutti Frutti jap sebab craving benda ni. Sekali dok syok pilih aiskrim, sampai berbelas-belas total semua. Fuhh.


Aku makan sesorang ja sebab akak puasa. Kesian dia, huu.


Then singgah Fruit King pulak. Kali ni dia belanja single chicken burger. Tenkiu akak. Lebiuu lah !


Now, tengah sambil kemas-kemas barang ni. Banyak kot. Aku paling malas bab nak pack in and pack out barang la since dok hostel dulu. Huu help me please.


See, belum dikemas. Ada lagi yang patut ditambah sebenarnya. Huwaaa. Tinggal seminggu lebih ja lagi before menapak ke UUM.


Berat nanang kena beli lagi kalkulator baru. Kalkulator lama kena bagi kat adik aku gara-gara dia punya dah rosak. Grrr sabar je lah. Nak tak nak kena jumpak subjek calculating lagi nanti. T.T

Orait, ni ja yang aku nak update pasal hari ni. 

Keep calm and read my blog.Hehe kbai.

No comments:

Post a Comment