Saturday, 31 August 2013

LE SISTER'S ENGAGEMENT


Assalamualaikum semua, first of all bersempena tanggal 31 0gos 2013 ni aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun Merdeka yang ke-56. Adakah kita telah merdeka sepenuhnya dari setiap sudut? Fikir-fikirkan lah.


Alhamdulillah hari ni juga telah selamat berlangsungnya majlis pertunangan kakak aku yang kedua. 

Awal pagi lagi dalam pukul 8:30 aku teman akak untuk make up kat Amie Anjung, Parit Buntar. Huu awalnya make up sebab sis yang kat butik ni kata ramai orang nak make up untuk nikah and bertunang hari ni tu la kena awal.


Cantik butik ni..baju2 pun ohsem.



Kalau tak silap aku dia guna M.A.C and apa tah yang lain

Sementara tunggu akak habis make up, snap la pic sikit. Tambah lighting pun best je kat sini..hii

Kakak sulung aku, kembar kepada yang nak engage ni.


Dalam pukul 10.00 tu dah selesai make up..simple ja sebab baru bertunang. Tak silap aku RM100.


Then terus balik rumah. Event hari ni terus buat sekali dengan kenduri arwah secara kecil-kecilan. Just panggil orang kampung and saudara-mara terdekat. Kalau kenduri kahwin xpela nak buat lebih sikit. Ada sedara mara yang datang tolong kemas and masak bihun seawal 8.30 pagi. Kali ni pun pakai katering dari orang kampung jugak. Ayam masak merah and daging masak hitam dia pun superb.

Hantaran untuk pihak lelaki - 15 bekas, banyak disponsor oleh sedara sendiri

Pukul 11.00 orang dah masuk rumah start baca tahlil, doa.. Then, start makan. 


Around 1pm, rombongan lelaki pun sampai. Ada la dalam 3 buah kereta. Mulanya macam biasa la, berbincang tentang duit hantaran tarikh nikah bla bla bla. 

11 bekas daripada rombongan pihak lelaki. 

Sesi sarungkan cincin pertunangan oleh mak mertua. Eh bakal mak mertua..hii. Sure akak nervous gila time ni.



Alahai kedingnya future brother-in-law aku ni..hikk


Baju kaler hitam tu Kak Saliza and sebelah Abang Wazir, husband dia...mummy to be. Bestfriend Kak Laila since zaman Asasi. Mesti baby dia nanti comel amat. 


Selesai semua, rombongan pihak lelaki pun bergerak pulang. Nak jalan-jalan kat Penang katanya. Maklum la datang jauh dari Ipoh.

Aku doakan semoga pertunangan diorang kekal, then terus nikah dalam tempoh setahun dari sekarang. Incik Farid, lepas awak grad moh ler kita bertunang pulak. Hehe.




Kbai.






















No comments:

Post a Comment