Wednesday, 14 August 2013

HAPPY EID MUBARAK - DAY 3 &4


Assalamualaikum , selamat pagi. Fuhh hari ni baru sempat nak update lagi. 

Hari raya ketiga kat kampung aku masih lagi meriah sebab ramai yang masih cuti raya. Hari ni pulak ada kenduri sepupu aku kat Jawi.




Alhamdulillah. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. :-)


Hari ni just pergi kebduri sepupu ni ja. Balik rumah, ada sedara datang jugak. Anak menantu abah i mean family kakak abang tiri aku.


Esoknya pulak pergi beraya rumah Pak Jang kat area Perda. Isteri dia pulak tengah sakit.

Jalan jammed sungguh nak masuk Tol Juru tu..dengan kereta bas gigih dok potong q. Ada jugak yang gigih lalu lorong motosikal. Geram gila aku, nasib baik aku tak ambil gambar kereta yang kat laluan moto then bagi kat JPJ. Baru padan muka..haa.


Bosan. Tak masuk highway pun takpa, guna jalan Bukit Tambun. 

Nak dekat maghrib baru kitorang sampai sana. Kesian kat Mak Jang, kaki dia jadi bengkak-bengkak sampai demam jadinya. Kalau tak sakit, Mak Jang nampak tough ja dengan uniform polis dia.

Lepas isyak kitorang gerak balik rumah. Late dinner jugak la, huk.


Ok la, aku pun dah kehabisan modal nak story. Lagipun gambar tak sempat snap banyak. 

Selamat membaca, yang nak pulang ke bandar tu hati-hati du jalan raya ye.


Wassalam. 


No comments:

Post a Comment