Wednesday, 14 August 2013

HAPPY EID MUBARAK - DAY 2


Selamat malam. Orait kita teruskan dengan hari kedua raya.

Sepagian hari ni pun family aku menerima kunjungan daripada saudara mara yang datang dari jauh mahupun dari dekat. 



Pic ni yang malam raya pertama ekceli.
Dapat duit raya..yeyerzz


Family Pak Ndak datang pulak lepas tu. Dapat jumpak budak comel ni, Zara namanya anak sepupu aku. Geram sangat, dah la putih gebu..huu.

Petang tu pulak ada mini open house untuk sedara mara kat rumah tok. Kampung tok aku memang dekat sangat dengan rumah, tak sampai 10 minit perjalanan tau. Yela sebab aku pun memang duk area kampung. Rumah Mak Lang aku pulak sebelah rumah ja, hehe. Bila bagitau Incik Farid tu dia gelak pulak. :-p


Pose sikit




Kata orang, kesempatan yang ada pada hari raya dengan kenduri la kita nak kenal sedara mara yang jauh. Masa ni la dapat berkumpul ramai-ramai. Nak tunggu masa lain bukan senang nak gathering sesama sebab masing-masing dah ada keluarga and komitmen sendiri. Macam isu aku dengan Ali, sepupu sebelah abah. Disebabkan dah beberapa tahun tak jumpak, kitorang pun macam tak rapat. Ada sekali tu aku dapat taw yang si Ali ni satu sekolah dengan Kucai. Lepas tu taktau la macam mana boleh kecoh sampai ke pengetahuan family kami mengatakan si Ali ni cuba tackle aku, iaitu sepupu dia sendiri. Haha malu giler aku kena perangat dengan Pakcik Makcik aku masa raya tahun lepas kat rumah Tok. 

Outfit raya kedua. :-)
Apa yang best kemeriahan raya la even letih layan tetamu plus basuh pinggan-mangkuk..huu.

Macam-macam makanan ada..yang paling bestnya rendang ayam kampung by our Mak Uda. Sedap walaupun liat..huu biasa la daging ayam kampung.

Sampai ni ja entri raya kedua. Next, tunggu aku update entri raya ketiga pulak ok. 

Bye. 


























No comments:

Post a Comment