Monday, 12 August 2013

HAPPY EID MUBARAK 2013 - DAY 1


Assalamualaikum semua. First of all, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kat korang semua. Dengan rasa rendah dirinya, aku nak mintak maaf kalau aku ada buat salah silap kat korang secara sengaja ataupun tak sengaja. Sekejap ja rasa sebulan puasa kan, tengok2 dah raya. Pagi ni aku just nak update pasal moment raya pertama untuk tahun ni. 

Kuih raya? Takda la buat banyak pun - corn flakes, semprit, biskut nestum and moist cake. Yang lain beli ja, hehe. 

Macam biasa pagi raya kitorang satu family akan buat sesi mintak maaf before pergi sembahyang raya. Rasa sebak pulak time ni, huu. Lepas tu pergi surau untuk sembahyang raya. Memang penuh la surau tu dengan anak menantu yang balik beraya di kampung Batas Pinang ni.

Balik ja dari sembahyang hari raya, aku tengok dah ada segerombolan budak-budak yang datang beraya rumah by rumah. Bestnya jadi budak-budak boleh kumpul duit raya banyak, huu. Teringat lagi masa zaman aku dulu kitorang siap pusing satu kampung tau lepas tu ke kampung seberang pulak. Yang nakalnya, sampai dua kali pergi pun ada. Sekali waktu pagi and second round waktu petang. Haha..nasib baik tuan rumah tu tak peraaan. Fuhh duit raya memang kumpul banyak la penuh poket haa.
Sempat jugak bergambar. Mak dengan abah tersayang. Ce tengok muka aku macam mak atau abah? konpem la abah, hehe

Adik, akak, mak abah. Kakak aku yang first, kembar kepada yang dalam pic ni takda. Dia dah kahwin so beraya rumah suami tahun ni. 


Younger brother. Kalau pi mana mana orang mesti ingat dia abang aku. Mana tak nya, nala punya tinggi daripada aku. Sokay, terasa macam anak bongsu pulal, hii. Sampai ada sedara yang dah lama tak balik kampung tanya, "Ni yang bongsu ka? Kecik ja tengok." Haihh bila la aku nak membesar lagi.


Juadah wajib hari raya. Ketupat, rendang daging, gulai ayam. Aku makan banyak gila hari ni sampa isenak perut, huu.

Hari pertama raya ni memang sibuk layan tetamu sedara mara yang datang. Maklum la family aku besar. Sibling sebelah mak pada asalnya 10 orang, now tinggal 9 sebab Pak Ngah dah meninggal. Yang sebelah abah berbelas jugak tak silap aku. The more the merrier. Kan?

Petang tu baru la sempat pi beraya rumah Mak Long. Ok la setakat ni ja entri untuk first day raya. Nanti aku publish entri second day raya pulak k. Stay tune.




No comments:

Post a Comment