Saturday, 31 August 2013

LE SISTER'S ENGAGEMENT


Assalamualaikum semua, first of all bersempena tanggal 31 0gos 2013 ni aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun Merdeka yang ke-56. Adakah kita telah merdeka sepenuhnya dari setiap sudut? Fikir-fikirkan lah.


Alhamdulillah hari ni juga telah selamat berlangsungnya majlis pertunangan kakak aku yang kedua. 

Awal pagi lagi dalam pukul 8:30 aku teman akak untuk make up kat Amie Anjung, Parit Buntar. Huu awalnya make up sebab sis yang kat butik ni kata ramai orang nak make up untuk nikah and bertunang hari ni tu la kena awal.


Cantik butik ni..baju2 pun ohsem.



Kalau tak silap aku dia guna M.A.C and apa tah yang lain

Sementara tunggu akak habis make up, snap la pic sikit. Tambah lighting pun best je kat sini..hii

Kakak sulung aku, kembar kepada yang nak engage ni.


Dalam pukul 10.00 tu dah selesai make up..simple ja sebab baru bertunang. Tak silap aku RM100.


Then terus balik rumah. Event hari ni terus buat sekali dengan kenduri arwah secara kecil-kecilan. Just panggil orang kampung and saudara-mara terdekat. Kalau kenduri kahwin xpela nak buat lebih sikit. Ada sedara mara yang datang tolong kemas and masak bihun seawal 8.30 pagi. Kali ni pun pakai katering dari orang kampung jugak. Ayam masak merah and daging masak hitam dia pun superb.

Hantaran untuk pihak lelaki - 15 bekas, banyak disponsor oleh sedara sendiri

Pukul 11.00 orang dah masuk rumah start baca tahlil, doa.. Then, start makan. 


Around 1pm, rombongan lelaki pun sampai. Ada la dalam 3 buah kereta. Mulanya macam biasa la, berbincang tentang duit hantaran tarikh nikah bla bla bla. 

11 bekas daripada rombongan pihak lelaki. 

Sesi sarungkan cincin pertunangan oleh mak mertua. Eh bakal mak mertua..hii. Sure akak nervous gila time ni.



Alahai kedingnya future brother-in-law aku ni..hikk


Baju kaler hitam tu Kak Saliza and sebelah Abang Wazir, husband dia...mummy to be. Bestfriend Kak Laila since zaman Asasi. Mesti baby dia nanti comel amat. 


Selesai semua, rombongan pihak lelaki pun bergerak pulang. Nak jalan-jalan kat Penang katanya. Maklum la datang jauh dari Ipoh.

Aku doakan semoga pertunangan diorang kekal, then terus nikah dalam tempoh setahun dari sekarang. Incik Farid, lepas awak grad moh ler kita bertunang pulak. Hehe.




Kbai.






















Wednesday, 28 August 2013

UUM - PREPARATION


Assalamualaikum. Hari ni nak story tentang preparation aku untuk ke universiti. Haa korang yang lain tu camna? Mesti dah siap packing barang semua, tunggu nak start enjin kereta je kan kan..hii. 


Surat tawaran rasmi dari UUM dah selamat sampai di rumah.

Dokumen yang perlu dibawak semasa hari pendaftaran..hope takdak yang tercicir.

Yuran pun dah selesai dibayar hari Isnin lepas. Mahal dowh.. So please belajar elok-elok Masmida Ahmad..nasihat diri sendiri, huk.


Berlungguk-lungguk belum dikemas. Abah suruh bawak banyak-banyak macam aku nak dok kat Sintokyo tu 4 tahun tak balik2 rumah dah..haha.

Stationeries. 

Latest punya checklist document semalam. Tengok la bilik pun dah macam tongkang pecah. Blur sikit pic ni, huu


Pagi ni start kemas pakaian. Bab pack in and pack out barang la aku paling tak suka buat plus malas..haha. Besar sangat tak luggage tu, mak la suruh bawak yang besar macam tu. Entah muat ke tak kereta. Baju kurung bawak banyak untuk ke kelas.. :-p

Ration kena banyak bagi yang kuat makan macam aku ni, hik


Letih2..aku kena siap packing barang at least before Jumaat nanti sebab hari Sabtu tu buat    majlis pertunangan akak aku pulak. Hari Jumaat tu jugak anak menantu sebelah abah nak datang tido sini, so mesti tak menyempat dah nak kemas hari tu. Ditambah lagi dengan anak sedara yang buas dan kecoh belaka, huhu. Hmm..4 days to go. Kenapa aku macam tak cukup ready ni? Lol. Semoga semuanya dipermudahkan..aminn. 


Kbai.













Thursday, 22 August 2013

THURSDATE WITH LE SISTER


Hai. Selamat malam semua. Dah lama tak update blog so hari ni ada la satu entri.
Petang tadi keluar jap dengan akak. Bukan kejap, lama la jugak huu. Mulanya pergi survey make up kat Anjung Amie, berdekatan Secret Resipe tu. My sis la, dia nak cari pakej make up yang simple untuk hari bertunang nanti.

Serious cakap baju pengantin kat sini cantik-cantik and vogue belaka. Tempting aku dibuatnya. Rasa macam nak kahwin la pulak, hii.


Yang kaler turqoise tu cantik kan. Isteri Dato' Zainol tu pun datang make up sini masa wedding diorang dulu. Depends la kat customer yang nak satu pakej sekali dengan pelamin atau tak. Bestnya tengok tadi, huu. Kak aku nak make up simple ja katanya Nanti untuk nikah takpa la up sikit. Nak tumpang sekaki boleh? :-p



Selesai beturusan dengan tuan empunya butik tu, aku ajak akak singgah Dynamic sebab nak beli stationeries. Setiap kali keluar ada ja yang dibeli untuk kelengkapan universiti nanti. Pening aku dibuatnya. Tu pun still lagi tak cukup barang keperluan ni.

Then, singgah Tutti Frutti jap sebab craving benda ni. Sekali dok syok pilih aiskrim, sampai berbelas-belas total semua. Fuhh.


Aku makan sesorang ja sebab akak puasa. Kesian dia, huu.


Then singgah Fruit King pulak. Kali ni dia belanja single chicken burger. Tenkiu akak. Lebiuu lah !


Now, tengah sambil kemas-kemas barang ni. Banyak kot. Aku paling malas bab nak pack in and pack out barang la since dok hostel dulu. Huu help me please.


See, belum dikemas. Ada lagi yang patut ditambah sebenarnya. Huwaaa. Tinggal seminggu lebih ja lagi before menapak ke UUM.


Berat nanang kena beli lagi kalkulator baru. Kalkulator lama kena bagi kat adik aku gara-gara dia punya dah rosak. Grrr sabar je lah. Nak tak nak kena jumpak subjek calculating lagi nanti. T.T

Orait, ni ja yang aku nak update pasal hari ni. 

Keep calm and read my blog.Hehe kbai.

Wednesday, 14 August 2013

OUTING WITH LE FRIENDS


Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan, kelmarin dapat jugak kitorang hang out sekali lagi before masing-masing masuk study semula.

Mulanya aku ajak Kucai, Amin, Azi and Sarah datang beraya kat rumah dulu. Then, dalam pukul 12 tengahari baru kitorang gerak ke Jusco Bandar Perda.







Aeon Perda

Sampai ja sana, kitorang terus naik atas untuk survey tiket movie. 

Kami sebulat suara nak tengok movie ’The Conjuring’ . Kucai dengan gigihnya convinced aku untuk tengok cerita ni berbanding Adnan Sempit 3. Cerita Melayu bosan katanya plus boleh download bila-bila masa kalau nak tengok. Katanya lah. Fine, huu. Masa ni, abang yang tolong jaga kaunter siap mintak IC sebab nak make sure kitorang bukan under age sebab movie ni 18 ke atas. Haha muka kitorang ni tak nampak macam 20 tahun langsung ke bro?






Boleh tahan ramai jugak orang sampaikan semua soft drink kat situ sold out.

Movie start pukul 2pm. Sementara tunggu lagi sejam, kitorang turun Food Court teman Amin ni makan. Dah lapar katanya. Aku suruh Bad join kitorang masa ni sebab rumah dia dekat ja dengan Jusco, then risau pulak aku kalau tak sempat jumpak dia before masuk UUM nanti. 







Aku, Azi and Sarah

Azi and Sarah

Aku, Sarah and Azi naik atas balik sebab kitorang tak lapar lagi. Plan nak makan lepas habis movie ja. So naik atas la.




Azi pergi date kejap dengan kekasih hati dia masa ni. Tinggal aku dengan Sarah dok lepak atas kerusi urut auto ni sambil tunggu Bad. Untung la bf dok dekat sini, huu.

Tepat pukul 2pm kitorang masuk cinema get ready untuk tengok movie. The Conjuring ni mengisahkan tentang solusi atau kes penyingkiran untuk hapuskan rasukan, sihir oleh syaitan yang mengganggu sebuah family ni. Tapi yang pastinya it based on true story. Thumbs up jugak la tengok movie horror Inggeris berbanding Melayu. Seram dia tu mencuakkan sungguh. Unlike movie hantu melayu yang banyak part jerit ja, bosan. 

Habis ja movie, perut pun dah lapar. Atas cadangan aku, kitorang lunch kat KFC.








Meet my bestie, bestfriend and girlfriend forever since Standard 1. Bad dah ada penampilan baru. Sopan dan comel, keep it up sayang ! Katanya dia akan belanja aku next time disebabkan pokai. Haha.


Kenyang perut suka hati. Bad pulak kena balik awal. Pukul 5pm kitorang keluar dari Jusco. Kucai bawak lepak Bagan Ajam kejap, kitorang on je lah.





Takdak la yang menarik sangat pun kat area Bagan Ajam ni, cuma pesisir pantai ja. Sesuai untuk orang yang nak cari ketenangan, lepak-lepak dengan family or dating. :-p


Pukul 6pm kitorang gerak balik rumah. Nasib baik Kucai selaku driver setia kitorang ni sangat memahami and sporting. Dia dah sedia maklum, kalau bawak aku keluar mesti kena sampai rumah before Maghrib.

Sempat sampai rumah on time. Sangat happy dapat hang out dengan diorang kelmarin. Nanti free kita jumpak lagi k ! 


Adious !

HAPPY EID MUBARAK - DAY 3 &4


Assalamualaikum , selamat pagi. Fuhh hari ni baru sempat nak update lagi. 

Hari raya ketiga kat kampung aku masih lagi meriah sebab ramai yang masih cuti raya. Hari ni pulak ada kenduri sepupu aku kat Jawi.




Alhamdulillah. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. :-)


Hari ni just pergi kebduri sepupu ni ja. Balik rumah, ada sedara datang jugak. Anak menantu abah i mean family kakak abang tiri aku.


Esoknya pulak pergi beraya rumah Pak Jang kat area Perda. Isteri dia pulak tengah sakit.

Jalan jammed sungguh nak masuk Tol Juru tu..dengan kereta bas gigih dok potong q. Ada jugak yang gigih lalu lorong motosikal. Geram gila aku, nasib baik aku tak ambil gambar kereta yang kat laluan moto then bagi kat JPJ. Baru padan muka..haa.


Bosan. Tak masuk highway pun takpa, guna jalan Bukit Tambun. 

Nak dekat maghrib baru kitorang sampai sana. Kesian kat Mak Jang, kaki dia jadi bengkak-bengkak sampai demam jadinya. Kalau tak sakit, Mak Jang nampak tough ja dengan uniform polis dia.

Lepas isyak kitorang gerak balik rumah. Late dinner jugak la, huk.


Ok la, aku pun dah kehabisan modal nak story. Lagipun gambar tak sempat snap banyak. 

Selamat membaca, yang nak pulang ke bandar tu hati-hati du jalan raya ye.


Wassalam.