Wednesday, 17 July 2013

SEMAKAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA AMBILAN SEPTEMBER 2013


Assalamualaikum semua. Selamat menjalani ibadah puasa, hari ni kalau tak silap 8 Ramadhan. Lamanya tak update blog, ada la masalah teknikal sikit cewah. 



Seperti yang kita sedia maklum, keputusan permohonan kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda ambilan September 2013 telah pun diumumkan pada 11 Julai lalu, tepat jam 12.00 tengahari. Apa pun alhamdulillah aku masih berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah. Sebenarnya HR ni pilihan ketiga aku since tak dapat UPSI. Huhu agak sedih sebab tak dapat tawaran UPSI ni. USM pun tak dapat untuk kos Sastera dengan Pendidikan. 


"Kira ok la Mas, dapat U jugak, kat luar sana tu ramai lagi yang tak dapat."

"HR pun ok, banyak dapat peluang kerja."


"Kalau tak minat pun, boleh adapt nanti."


''Ala jangan sedih Mas. rezeki sebelah sini kut."


Antara kata-kata penyedap hati dan penguat semangat daripada kawan-kawan. Bukan taknak bersyukur dengan apa yang aku dapat, tapi korang yang follow entry2 aku before ni mesti dah sedia maklum memang minat aku ke arah bidang pendidikan. My parents pun nak sangat anak diorang ni bergelak pendidik. So, bila kita nak sangat sesuatu tu plus kita dah letakkan harapan yang tinggi - tiba-tiba tak dapat. Perasaan sedih terus menghantui diri. Hmm mungkin tak ada rezeki aku dalam bidang pendidikan. Rasanya dah boleh beralih minat dari bidang pendidikan kepada kos yang aku dapat ni. Insyallah.



Untuk kawan-kawan seperjuangan yang berjaya dapat tawaran U, tahniah ! Tak sia-sia susah payah kita di Tingkatan 6 dulu. 


Dare to say Incik Farid, kita akan semakin jauh la lepas ni. Awak nun jauh di Shah Alam, saya pulak sebelah utara ni. Sudah. Sudah. Dah janji kan taknak ungkit-ungkit. Biar jauh, asal hati tak berubah, biar tak jumpa asal hati tak lupa. Jarak bukan halangan. Hafal mati ayat ni ye awak, huu.


Ada jugak member yang dapat uum ni - Safwan, Shuhada, Nadia




Si Nadia ni la dengan gigihnya addkan aku ke group mahasiswa UUM. 

Sekarang pun tengah berinteraksi dengan mereka yang dapat kos sama n senior-senior jugak. Ramai sungguh senior UUM yang concern pasal kitorang. Kesian kena jawab macam-macam soalan , hehe.



Aku ingatkan senior ni, rupanya sama umur. Dia offerkan diri bagi guideline tentang HR dan UUM.


Haa ramai dah complain problem nak sahkan tawaran la, nak bukak url uum tak boleh, plus macam-macam. Biasa la, system buzy lantas menyebabkan server down sebab ramai nak masuk link ni. Bukan seorang dua. Nasib baik aku dah sahkan tawaran. Nak tunggu line ok sikit, baru isi and print out apa yang patut.



Itu lah. 


Apa yang kita nak tak selalu dapat. Ada hikmah di sebalik apa yang Allah dah aturkan . Siapa la kita nak interfere dengan apa yang telah ditetapkan oleh Dia. Terima seadanya. Hope aku boleh adapt dengan subjek-subjek dalam HR ni. Dulu punya taknak jumpa dah Math segala bagai ni. Tapi nampak gaya memang kena hadap jugak lah, huu. Sabar Mas, sabar. 


Kunfayakun. 


Till then, jumpa di next entry. Sekian.


4 comments:

  1. tahniah dapat UUM, teruskan usaha untuk berjaya

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mas syg, HR pn boleh jd cikgu...My aunty dlu stdy HR smpai ke London, balik2 Malaysia jd ckgu BI..Tak jd msalah..Believe Allah syg, Allah know everything...Allah is the best planner... :)

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam Nina.. erm yaka.. bukan apa, mas rasa macam kos ni dah lari dari bidang pendidikan..huu.
    Thanx atas nasihat ni Nina.. Insyallah. Allah maha mengetahui segalanya.. :)

    ReplyDelete