Monday, 1 July 2013

PASAR KEMBOJA - SYURGA TUDUNG


Assalamualaikum semua. Sihat? Cuaca agak suram hari ni, Penang pun dah dibasahi hujan yang lebat pada waktu subuh dan awal pagi. Sedapnya landing atas katil, sejuk..hehe.




Sapa yang dok area Nibong Tebal kalau tak pernah datang pasar kemboja sini memang pelik la. Pasar Kemboja yang dikenali sebagai syurga tudung ni terletak di area Permatang Tok Mahat berdekatan sempadan Pulau Pinang ke Perak tu. Gegirls yang datang borong kat sini memang akan rambang mata sebab mostly- ada tudung , baju, blouse yang cantik-cantik, beraneka warna dan pelbagai saiz. Maaf la kaum lelaki, sini takda barang–barang lelaki pun, huu.  Disebabkan dah lama tak datang beli kat sini, akak pun ajak aku pagi tadi. Bayangkan la kereta bersusun tepi jalan tu, memang susah nak dapat parking. Pasar ni dibuka setiap hari Isnin dan Jumaat dari awal pagi dan mungkin ada jugak peniaga yang akan stay sampai petang.


Tribal peplum yang menjadi trend remaja sekarang 

Kebiasaannya, peniaga dari tempat lain akan borong stok-stok tudung dan baju kat sini untuk dijual kat tempat mereka. Memang untung kalau sesiapa nak jual baju or tudung online-beli kat sini ambil satu dozen ka berapa banyak pun sebab murah-murah ja. So, kebarangkalian nak dapat untung berlipat ganda tu memang senang sangat. Rasa macam nak buat bisnes online la suatu hari nanti, haha.

 My sis - dia dah rembat sehelai jubah tadi, kaler oren tu . Jubah kat sini pun harga berpatutan, cantik and tak jarang around RM 48-RM 70


shawl jenis tribal pun ada - memang dah rambang mata tadi. Huu..tapi aku dah malas nak beli shawl. Sekarang lebih suka pakai tudung bawal, simple !


Nak yang kaler apa? Merah, kuning, pink, purple, hijau semua ada. 

Ni yang jenis tudung Fareeda tu, yang tiga layer pun ada. Cantik sangat, banyak corak. 


Hasil tangkapan pagi ni, huu. Lately, dah suka collect pin yang jenis bunga tu. Boleh pakai dengan tudung bawal, syria . Yang kaler purple tu tudung bawal, satu lagi pun bawal jugak tapi ada corak-corak. The last one, tribal peplum kaler oren. I loike ! Tak jarang plus tak terlalu ketat and agak labuh menutupi 'bumper'.

Ok guys, last but not least untuk sesiapa yang nak shopping tudung, baju, jubah, kain telekung, blouse etc sila datang ke sini. Barang yang dibeli bukan sahaja dengan harga yang berpatutan, bahkan cantik lagi memuaskan hati. 

P/S : Dengar kata nak dekat-dekat raya nanti memang tiap-tiap hari akan dibuka dari pagi sampai petang. Ambik kau !

k bye !

4 comments:

  1. oh. tengok pun macam best je dear. fuhh...borong sakan kalau g sana ni
    eh. namapk tudung fareeda tu corak dia cantik. tak nampak macam langsir 3 lapis.

    ReplyDelete
  2. memang kalau nak borong sakan kena bawak duit berkepuk-kepuk. hehe. tempting sgt..banyak sungguh booth yg jual tudung. xtahu nak pilih yang mana..haa.

    tdung fareeda tu mmg byk yg cntik.. x sempat nak snap gambar banyak2.. :)

    ReplyDelete
  3. klaw mcm baju,blaus ke apa ke,smpay saiz apa ada??

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm ada yg besar jugak dari saiz s, m smpai saiz L. tapi selalunya free size la cmtu.

      Delete