Tuesday, 23 July 2013

MY HANDSOME BOY - OSCAR


Assalamualaikum, selamat tengahari. Dah masuk hari ke 14 kita berpuasa kan. Cepat jugak masa berlalu, dua minggu dah. 

Rasanya ni first entry aku nak mengomel tentang kucing kesayangan ni - Oscar namanya. Kenapa mesti Oscar? Stail Japanese kan.. Haha bukan fooball player tu ok. 

By the way tahun yang lepas-lepas pun ada bela kucing, tapi dah mati. uwuwuwu


Ni la dia Oscar saya. Kucing kampung biasa ja, bukan persian macam korang punya. Kisah pulak aku? Hehe. Tak ingat la sejak bila Oscar datang dalam hudup aku, cewah..tak silap aku hujung tahun lepas kot. Mulanya ternampak kucing ni depan rumah ja. Disebabkan aku suka dengan kehandsomannya, aku start kasi dia makan. Dia pun on ja..makan banyak pulak tu. Makin lama makin rapat la sampai dah jadi manja sangat. 


Dulu dia kurus ja. Sekarang tengok la gemok dah. Oscar ni lebih prefer makan nasi digaul dengan lauk. Aku ada bagi dia makan Friskies jugak, tapi dia tak berapa layan sangat.. Lately makin manja pulak jadinya. Kalau before ni kena acah-acah panggil baru nak terjah bilik aku- tapi sekarang tak payah panggil pun dia tanpa segan silu masuk bilik, landing atas karpet. Yang lagi tak menahan siap tidur terus atas katil aku. Haa melampau Oscar ni..


Peghh peghh tengok tu. Slamber kering kontang hati dia ja. Terbongkang sampai nampak bebird. Tak malu la Oscar, haha ! Tu aku siap cuit-cuit lagi takmau menyahut langsung..kemain dia kan. 

Dear Oscar, tuan awak yang baik ni dah nak masuk U nanti - pandai-pandai la jaga diri eh. Ada masa lebih kurang sebulan lebih kita nak bermanja-manja. Lepas tu, lama pulak baru nak jumpak. Ke nak tuan awak ni bungkus awak sekali pi sana? Huu memang tak lah. Kalau boleh aku bawak jaaa. :-p

5 comments:

  1. sedih la pulak..saya pun ada jugak kucing..namaynay CHEKOBI...ahaks..rindu plak kat dia.. :P

    ReplyDelete
  2. hello blogwalking, comei ye kucing awk =) singgah2 follow2 plak nnti !

    ReplyDelete
  3. khairil : hehe..kemain mana tu, chekobi..

    Farhan Boo : hello..tenkiu follow..ok will follow u back.. :-)

    ReplyDelete
  4. Kekadang tu geram sungguh dengan kucing bila kita nak makan pun dia nak makan.

    Nak minum benda manis, dia sibuk acah acah ke gelas kita.
    Eh awok mana boleh minum benda manis! Nanti sakit perut la apa la!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izz Hazwani : Hehe tu la..kucing ni memang manja dgn tuan dia.. suka kcw bila mkn..

      Delete