Sunday, 28 July 2013

MAAF


Maaf.

Aku paling tidak senang dengan individu yang gemar memandang rendah akan kekurangan orang lain.
Merasakan dirinya hebat, umpama tiada insan lain yang lebih hebat dan gah di mayapada ini selain dirinya.

Aku tak suka individu yang gemar menggunakan psikologi untuk mencari kelemahan dan kekurangan emosi yang ada pada orang lain. Merasakan diri mereka boleh memanipulasi minda orang lain dengan tujuan yang negatif seolah-olah dirinya saja yang mampu mengetahu segalanya.

Aku tak suka individu yang gemar mengkritik tindakan orang lain sewenang-wenangnya melainkan orang yang dikritik memang mempunyai sebab yang paling munasabah dia dikritik.
Bercakap bebas, memberi kritikan yang tidak membina langsung lantas memandang rendah akan individu yang dilawan bercakap dengannya.

Hebat. Hujah yang hebat selalu digunakan. Mengapa tidak jadi lawyer saja?

Mampu bercakap tanpa henti di khalayak ramai semata-mata ingin menonjol kelebihan sendiri. Kelebihan yang dirasakan terlalu perlu ditonjolkan seolah-olah insan lain di sekelilingnya bodoh-bodoh belaka.

Tidak salah menggunakan kekerasan dan kekasaran nada untuk menyedarkan serta menasihati individu lain.

Tapi.

Tidak sedarkah entiti kehalusan berbahasa yang harus dipraktikkan dalam masyarakat saban hari?
Mencaci, memaki, menempelak dan membahan individu lain dengan ayat-ayat yang sangat menyentap hati. Puas ka begitu? Tidak penatkah? Atau memang sedari azali dirinya begitu?

Menyindir biar berasas, memuji biar terisi.

Tak salah menggunakan medium jenaka kasar andai tujuan itu hanya lah ingin menimbulkan suasana ‘humor’.

Tapi.

Berpada-pada lah. Hati manusia ada yang keras umpama batu, kering umpama dedaun yang sudah kekuningan dan begitu tersentuh umpama daun semalu.

Ada yang pandai mengawal emosi, ada yang tidak.

Memberi nasihat itu perlu.
Tapi biar lah kena dengan caranya.
Jangan sampai diri tidak disenangi orang lain hanya kerana bersikap ‘over’.
Tahu over itu apa?

Fikir-fikirkan sendiri.



Tak lagi dirinya budayawan desa, pembela bahasa tidak juga.
Kini dia niagawan haloba pemburu kuasa paling selesa.
Memang bukan lagi cucu desawan; segebu dirinya kuasawan.
Dilupa Syair Siti Zubaidah dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah.
Sangatlah selesa dan bangga-dirinya tulen peludah bahasa.
 - A.SAMAD SAID-

No comments:

Post a Comment