Tuesday, 30 July 2013

ANDAI LELAKI TAHU


Andainya lelaki tahu...Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya.. tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu...Apabila seorang perempuan itu mengalirkan airmata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu...Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu...Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andainya lelaki tahu... Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit @ hadiah sedozen, tapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andainya lelaki tahu... Apabila perempuan jarang mengatakan 'i love u', itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya...bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andainya lelaki tahu... Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar2 maksudkannya..Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain dimatanya.

Andainya lelaki tahu... Apabila perempuan kata lelaki lain lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya.

Andainya lelaki tahu... Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan karenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut andai kena caranya... Jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andainya lelaki tahu... Apabila perempuan berkata "tolong tinggalkan saya!", dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya...dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar. Apabila dia kembali tenang, percayalah...dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar2 menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andainya lelaki tahu... Sememangnya Allah mencipta lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.


Jadi...hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia bukan didatangkan dari kelemahan saja tetapi juga kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan yang bekerjaya, isteri juga menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 anda.







Source : google.com





No comments:

Post a Comment