Tuesday, 30 July 2013

ANDAI LELAKI TAHU


Andainya lelaki tahu...Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya.. tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu...Apabila seorang perempuan itu mengalirkan airmata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu...Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu...Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andainya lelaki tahu... Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit @ hadiah sedozen, tapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andainya lelaki tahu... Apabila perempuan jarang mengatakan 'i love u', itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya...bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andainya lelaki tahu... Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar2 maksudkannya..Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain dimatanya.

Andainya lelaki tahu... Apabila perempuan kata lelaki lain lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya.

Andainya lelaki tahu... Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan karenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut andai kena caranya... Jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andainya lelaki tahu... Apabila perempuan berkata "tolong tinggalkan saya!", dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya...dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar. Apabila dia kembali tenang, percayalah...dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar2 menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andainya lelaki tahu... Sememangnya Allah mencipta lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.


Jadi...hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia bukan didatangkan dari kelemahan saja tetapi juga kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan yang bekerjaya, isteri juga menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 anda.







Source : google.com





Sunday, 28 July 2013

MAAF


Maaf.

Aku paling tidak senang dengan individu yang gemar memandang rendah akan kekurangan orang lain.
Merasakan dirinya hebat, umpama tiada insan lain yang lebih hebat dan gah di mayapada ini selain dirinya.

Aku tak suka individu yang gemar menggunakan psikologi untuk mencari kelemahan dan kekurangan emosi yang ada pada orang lain. Merasakan diri mereka boleh memanipulasi minda orang lain dengan tujuan yang negatif seolah-olah dirinya saja yang mampu mengetahu segalanya.

Aku tak suka individu yang gemar mengkritik tindakan orang lain sewenang-wenangnya melainkan orang yang dikritik memang mempunyai sebab yang paling munasabah dia dikritik.
Bercakap bebas, memberi kritikan yang tidak membina langsung lantas memandang rendah akan individu yang dilawan bercakap dengannya.

Hebat. Hujah yang hebat selalu digunakan. Mengapa tidak jadi lawyer saja?

Mampu bercakap tanpa henti di khalayak ramai semata-mata ingin menonjol kelebihan sendiri. Kelebihan yang dirasakan terlalu perlu ditonjolkan seolah-olah insan lain di sekelilingnya bodoh-bodoh belaka.

Tidak salah menggunakan kekerasan dan kekasaran nada untuk menyedarkan serta menasihati individu lain.

Tapi.

Tidak sedarkah entiti kehalusan berbahasa yang harus dipraktikkan dalam masyarakat saban hari?
Mencaci, memaki, menempelak dan membahan individu lain dengan ayat-ayat yang sangat menyentap hati. Puas ka begitu? Tidak penatkah? Atau memang sedari azali dirinya begitu?

Menyindir biar berasas, memuji biar terisi.

Tak salah menggunakan medium jenaka kasar andai tujuan itu hanya lah ingin menimbulkan suasana ‘humor’.

Tapi.

Berpada-pada lah. Hati manusia ada yang keras umpama batu, kering umpama dedaun yang sudah kekuningan dan begitu tersentuh umpama daun semalu.

Ada yang pandai mengawal emosi, ada yang tidak.

Memberi nasihat itu perlu.
Tapi biar lah kena dengan caranya.
Jangan sampai diri tidak disenangi orang lain hanya kerana bersikap ‘over’.
Tahu over itu apa?

Fikir-fikirkan sendiri.



Tak lagi dirinya budayawan desa, pembela bahasa tidak juga.
Kini dia niagawan haloba pemburu kuasa paling selesa.
Memang bukan lagi cucu desawan; segebu dirinya kuasawan.
Dilupa Syair Siti Zubaidah dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah.
Sangatlah selesa dan bangga-dirinya tulen peludah bahasa.
 - A.SAMAD SAID-

Saturday, 27 July 2013

MASIH ADA PELUANG


Selamat pagi pembaca blog mrs mcbride.       Hope korang semua sihat. 

Happy, mrs mcbride is happy.

Why? 




At last dapat jugak register ko-k .Orkestra Kumpulan A. Masa mula-mula nk try hari tu tak boleh, ko-k ni dah full katanya. Tapi dua tiga hari lepas tu aku cuba bukak balik link u pastu laju ja dah boleh register. Fuhh nasib baik, sebab memang nak ko-k ni pun since dah lama sangat tak join band. Takkan nak join ko-k SUKSIS and Palapes pulak. Memang tak lah, ketinggian tak mencukupi huu. 



Antara khazanah yang masih disimpan. Dalam ni ada banyak skor lagu orkestra plus lagu formation untuk euphonium. Sampai bila-bila pun akanku simpan folder ni. Cewah.



Kalau dapat feeling2 lagu ni kat rumah memang best. Ada sesapa nak kasi hadiah euphonium sebijik kat aku? :-p

Kalau boleh nanti nak try main trumpet pulak cuma kena back to basic la teori tu sebab dari bass clef kepada treble clef. Hmm buku teori pulak tak jumpak, mana la aku letak. Selalu ada ja kat rak buku lama tu. Huk. 

Sokay, try cari jugak sampai jumpak. 

Tak ada watermark pulak kat gambar dalam entri ni. Update pakai hp ka, malas nak edit dah, huu. Tapi line kena peghh peghh la. Nasib baik pakai digi. :-)


Tuesday, 23 July 2013

MY HANDSOME BOY - OSCAR


Assalamualaikum, selamat tengahari. Dah masuk hari ke 14 kita berpuasa kan. Cepat jugak masa berlalu, dua minggu dah. 

Rasanya ni first entry aku nak mengomel tentang kucing kesayangan ni - Oscar namanya. Kenapa mesti Oscar? Stail Japanese kan.. Haha bukan fooball player tu ok. 

By the way tahun yang lepas-lepas pun ada bela kucing, tapi dah mati. uwuwuwu


Ni la dia Oscar saya. Kucing kampung biasa ja, bukan persian macam korang punya. Kisah pulak aku? Hehe. Tak ingat la sejak bila Oscar datang dalam hudup aku, cewah..tak silap aku hujung tahun lepas kot. Mulanya ternampak kucing ni depan rumah ja. Disebabkan aku suka dengan kehandsomannya, aku start kasi dia makan. Dia pun on ja..makan banyak pulak tu. Makin lama makin rapat la sampai dah jadi manja sangat. 


Dulu dia kurus ja. Sekarang tengok la gemok dah. Oscar ni lebih prefer makan nasi digaul dengan lauk. Aku ada bagi dia makan Friskies jugak, tapi dia tak berapa layan sangat.. Lately makin manja pulak jadinya. Kalau before ni kena acah-acah panggil baru nak terjah bilik aku- tapi sekarang tak payah panggil pun dia tanpa segan silu masuk bilik, landing atas karpet. Yang lagi tak menahan siap tidur terus atas katil aku. Haa melampau Oscar ni..


Peghh peghh tengok tu. Slamber kering kontang hati dia ja. Terbongkang sampai nampak bebird. Tak malu la Oscar, haha ! Tu aku siap cuit-cuit lagi takmau menyahut langsung..kemain dia kan. 

Dear Oscar, tuan awak yang baik ni dah nak masuk U nanti - pandai-pandai la jaga diri eh. Ada masa lebih kurang sebulan lebih kita nak bermanja-manja. Lepas tu, lama pulak baru nak jumpak. Ke nak tuan awak ni bungkus awak sekali pi sana? Huu memang tak lah. Kalau boleh aku bawak jaaa. :-p

Monday, 22 July 2013

THE 10 TRAITS OF EXTREMELY SUCCESSFUL PEOPLE



Success is something that all of us wish to attain. But if it were so easy, everyone who wanted it would have it – it’s relative elusiveness is what makes it special. It’s exclusive to a handful of people who did extraordinary things in their lives to get them to where they are today. And it wasn’t because they were lucky or because it was just handed to them.
Most successful people in this world started from the bottom and worked their way up in life. The only time luck plays a role is when you are in the right place at the right time, but it’s up to you to get yourself there and then.

Being successful is all about how badly you want it and how much you’re willing to work for it – it’s about the traits you possess to help get you there. Do you have what it takes? The best way to figure that out is to look at the traits of extremely successful people and see how you can begin adapting them into your life so that you can eventually end up just like them.
1. They Work Extremely Hard
Successful people understand that without hard work you get nowhere in life. They know the basic science of life: your input will equal your output. They don’t depend on luck to get them anywhere, they depend on their skills and ambition to get them to where they want. They have sacrificed everything to get to their position and will eat and sleep thinking about work. It becomes a part of their life and even if they have to stay up for a few days or be up at 5am every morning, they make sure they do it because they love it.
They will rarely complain about how hard they are working because they know that all their hard work will pay off. They expect the utmost from themselves — and when they are focused, there is nothing that can stop them.
2. They Are Incredibly Curious And Eager To Learn.
Most people are stubborn; they don’t like to learn or explore new things and are very narrow-minded. Successful people are the complete opposite. They are very open-minded and are always studying something new, learning and constantly asking questions so that they can find out more information. They know that knowledge is the backbone of success and they are hungry for more information because the more they know the easier it makes it for them. They apply or take advantage of what they learn in life. Successful people want to learn everything about everything!
3. They Network.
Your network is your net worth, as the good old saying goes. They don’t have to be the life of the party or the loudest one in the room. In fact they are usually quiet because they move in silence rather then being too loud.
They are constantly networking with others, exchanging information and asking people what they do before they even ask their name. Successful people have a Rolodex full of people who value their friendship and return their calls. In today’s world, it is all about the people you know and how they help you get to where you want to be.
4. They Work On Themselves And Never Quit!
Peasants are stagnant, they never grow and they get very comfortable with where their life is. The truly successful people are the ones that are always working on themselves and their lives. They are working on their personality, leadership skills, management skills, as well as every other detail of life. Successful people don’t tolerate flaws; they fix them.
5. They Are Extraordinarily Creative.
There are those who just accept everything in life and don’t like change and then there are successful people who like to question the status quo and change things that are too consistent. They go around asking, “Why not?” They see new possibilities and opportunities where others see problems. They wake up in the middle of the night yelling, “I’ve got it!” Successful people create stuff and innovate things. They are the ones that change the world.

6. They Are Self-Reliant And Take Responsibility.
Many people will find things to shift blame towards or find excuses as to why they are not successful so that they can make themselves feel better about the situation. All they are doing is giving themselves bullshit reasons. Incredibly successful people don’t worry about blame, and they don’t waste time complaining. They make decisions and move on. Extremely successful people take the initiative and accept the responsibilities of success.
7. They Are Usually Relaxed And Keep Their Perspective.
Even in times of stress or turmoil, highly successful people keep their balance. They breathe easy, ask the right questions, and make sound decisions, even in a crisis. They understand that when you let emotions get in the way of something, that’s when it all goes down hill. Life is about dealing with problems and successful people are the best problem solvers on planet earth because they don’t dwell on it.
8. Extremely Successful People Live In The Present Moment.
They know that “now” is the only time they can control. Successful people don’t waste time; they use it! They understand that the past is the past and they have learned from it. The future is what will happen when they are exceling in their present. They are always focused on the current moment and don’t get lost in the game of time.  They “look over the horizon” to see the future. Extremely successful people live in the present, with one eye on the future!
9. Repeatedly Successful People Respond Instantly!
When technology, a new competitor or a change in the economic situation requires an adjustment, successful people are the first and quickest to respond. They don’t let things drag on or take too long to do something. They understand that time is everything…and that things need to happen fast.
10. Successful People Never Quit
Most people in today’s world will walk away from something because they find it too hard, whereas successful people love challenges. They understand that if it were easy, they wouldn’t want it and sacrifice it all to defeat the challenge at hand. They would rather die than quit at what they are doing. Their goal is to be the best always and to be on top because that is where their ambition and passion lies.



Friday, 19 July 2013

SIJIL ORIGINAL STPM



Assalamualaikum adik, kakak, abang, makcik pakcik. Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan tawadu'k. Puasa tak hari ni? Lol. 

Sijil ori STPM dah keluar. Yeay! Nasib baik Kalai update kat FB, Nad pulak ajak aku pi ambil kat sekolah. So pagi  tadi pergi la SMKTAR kejap, ambil sijik STPM. 



Masih sempat nak selfie.

Pergi dengan Puan Nad, haha dah tak boleh Cik okay. Ingatkan dia datang dengan husband, tapi drive seniri ja. Untung la Nad, dapat kos Pendidikan Moral kat UPSI. I am sooo jelous. Enough Mas ! Dia pun nak dapatkan pengesahan daripada pengetua sekali. Lepas ambil sijil, pergi jumpa our beloved teachers kat bilik guru. Sempat la jugak sembang-sembang dengan Cikgu Siti, Cikgu Nik, Cikgu Rosmawati and Tc Norehan. Pakat dok tanya la dapat sambung belajar mana, huu then bagi nasihat kat kitorang untuk sambung belajar nanti.Tc Norehan pulak semangat nak buat gathering ramai-ramai nanti after Raya. Yelah, lepas tu kitorang masing-masing dah nak kena daftar U.




Wah wah, blok Tingkatan 6 dah ada bumbung. Kemain gitu haa. Siap nanti redup ja, hujan panas tak tempias dah. Untung budak Form 6 kat Tunku. Kau hado? Pffftt.

Settel semua, balik la. Aku terus ke cc nak print out buku panduan pendaftaran pelajar baru Uum ni dengan borang permohonan dermasiswa pendidikan negeri. Jenuh la kalau printer kat rumah rosak. Semua nak kena print kat cc. (Semua nak rosak kan. Bila tak guna, takmau pulak dia nak rosak) Sigh.



Link uum still problem. Gangguan capaian sistem la.

Ralat.

Error.

Haih sabar je la. Nak kemaskini biodata pun terbantut, tu sebab tak boleh print surat tawaran lagi. 


Thursday, 18 July 2013

TANAKA OH TANAKA


Selamat pagi. Salam 1 Malaysia. Salam 9 Ramadhan.

Entri hari ni just nak promote bedak sejuk Tanaka kat uolss. Rasanya ramai dah tahu kot tentang bedak tanaka ni since makin digunakan among gegirls termasuklah hot stuff - Nora Danish, Nisa Kay, Amoi Heaxa and so on. Aku pun tak terkecuali untuk mencuba. Lebih kurang sebulan jugak start pakai Tanaka ni. 

Take note ya, bedak ni memang menunjukkan kesan positif di mana parut jerawat kat muka pun dah semakin mengecut. Tapi takda la hilang semua sekaligus. Lagi satu, lepas bangun tidur ja muka dah tak berminyak sangat. Before this, bangun tidur ja muka mesti macam berminyak ja. Step by step la kan..at least bagi kesan positif kepada si pemakainya. :-)




Cara nak pakai senang ja, renjis air di muka sikit macam kita pakai bedak sejuk. 







Tak payah gelak tengok muka mak jemah tengah bertanaka ni. huu


For more info about Tanaka, boleh tengok FB my sis ni. Dia ada jual produk lain jugak secara online.

atau visit blog dia, 

ataupun boleh WhatsApp terus - 012 473 5681


Ok guys, yang berminat tu sila contact link yang aku bagi tu! Bye~

Wednesday, 17 July 2013

SEMAKAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA AMBILAN SEPTEMBER 2013


Assalamualaikum semua. Selamat menjalani ibadah puasa, hari ni kalau tak silap 8 Ramadhan. Lamanya tak update blog, ada la masalah teknikal sikit cewah. 



Seperti yang kita sedia maklum, keputusan permohonan kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda ambilan September 2013 telah pun diumumkan pada 11 Julai lalu, tepat jam 12.00 tengahari. Apa pun alhamdulillah aku masih berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah. Sebenarnya HR ni pilihan ketiga aku since tak dapat UPSI. Huhu agak sedih sebab tak dapat tawaran UPSI ni. USM pun tak dapat untuk kos Sastera dengan Pendidikan. 


"Kira ok la Mas, dapat U jugak, kat luar sana tu ramai lagi yang tak dapat."

"HR pun ok, banyak dapat peluang kerja."


"Kalau tak minat pun, boleh adapt nanti."


''Ala jangan sedih Mas. rezeki sebelah sini kut."


Antara kata-kata penyedap hati dan penguat semangat daripada kawan-kawan. Bukan taknak bersyukur dengan apa yang aku dapat, tapi korang yang follow entry2 aku before ni mesti dah sedia maklum memang minat aku ke arah bidang pendidikan. My parents pun nak sangat anak diorang ni bergelak pendidik. So, bila kita nak sangat sesuatu tu plus kita dah letakkan harapan yang tinggi - tiba-tiba tak dapat. Perasaan sedih terus menghantui diri. Hmm mungkin tak ada rezeki aku dalam bidang pendidikan. Rasanya dah boleh beralih minat dari bidang pendidikan kepada kos yang aku dapat ni. Insyallah.



Untuk kawan-kawan seperjuangan yang berjaya dapat tawaran U, tahniah ! Tak sia-sia susah payah kita di Tingkatan 6 dulu. 


Dare to say Incik Farid, kita akan semakin jauh la lepas ni. Awak nun jauh di Shah Alam, saya pulak sebelah utara ni. Sudah. Sudah. Dah janji kan taknak ungkit-ungkit. Biar jauh, asal hati tak berubah, biar tak jumpa asal hati tak lupa. Jarak bukan halangan. Hafal mati ayat ni ye awak, huu.


Ada jugak member yang dapat uum ni - Safwan, Shuhada, Nadia




Si Nadia ni la dengan gigihnya addkan aku ke group mahasiswa UUM. 

Sekarang pun tengah berinteraksi dengan mereka yang dapat kos sama n senior-senior jugak. Ramai sungguh senior UUM yang concern pasal kitorang. Kesian kena jawab macam-macam soalan , hehe.



Aku ingatkan senior ni, rupanya sama umur. Dia offerkan diri bagi guideline tentang HR dan UUM.


Haa ramai dah complain problem nak sahkan tawaran la, nak bukak url uum tak boleh, plus macam-macam. Biasa la, system buzy lantas menyebabkan server down sebab ramai nak masuk link ni. Bukan seorang dua. Nasib baik aku dah sahkan tawaran. Nak tunggu line ok sikit, baru isi and print out apa yang patut.



Itu lah. 


Apa yang kita nak tak selalu dapat. Ada hikmah di sebalik apa yang Allah dah aturkan . Siapa la kita nak interfere dengan apa yang telah ditetapkan oleh Dia. Terima seadanya. Hope aku boleh adapt dengan subjek-subjek dalam HR ni. Dulu punya taknak jumpa dah Math segala bagai ni. Tapi nampak gaya memang kena hadap jugak lah, huu. Sabar Mas, sabar. 


Kunfayakun. 


Till then, jumpa di next entry. Sekian.


Friday, 5 July 2013

APA-APA JE LAH



Terkadang happy, terkadang emo, sejenak sedih, sejenak kelakar, terkadang sensitif tak semena-mena, terkadang semangat tak downdown, kekadang stress seciput, terkadang mengarut sesuka hati, yang pasti selalu bersahaja. Babbling apa ni Mas? Nothing- mungkin nak nenggambarkan diri aku sahaja berdasarkan persepsi sendiri. Bosan di pagi hari. Siap mandi kemas rumah basuh baju semua, lepak-lepak kejapdalam bilik. Online saja kerjanya. Kalau tak Facebook, pergi ke Twitter, dah bosan singgah ke Instagram lepas tu ke facebook balik. Then pergi ke Twitter balik scroll timeline lelaju lepas tu menapak kat Facebook balik baca apa apa yang menarik kat newsfeed. Yang pastinya dah tak melepak kat Mlife , Tagged, dan myspace. Eh rasa macam pernah buat account Mface tapi disebabkan tak berapa tau nak handle, dibiarkan saja sepi macam tu. Kahkah. Lately lebih aktif di Twitter dan Instagram plus Blog(kalau ada benda nak update saja la).


Baca la lagi. 



Kelip-kelip mata denyut-denyut nadi, dup dap dup dap jantung , tik tok tik tok jam di dinding, krik krik krik bunyi cengkerik, ong ong ong sahut sang katak, meow meow meow si Oscar handsome - sebenarnya tengah sesak memikirkan result upu dan test untuk lesen memandu. Huwaa.


Mengikut hearsays - result upu minggu kedua July. Bermakna minggu depan, tapi tarikh spesifik tak dapat dikenal pasti lagi. Menunggu dan terus menunggu. Sebelum exam, cuak tunggu nak exam. Sedang exam, teruja nak habiskan paper. Habis semua paper, cuak memikirkan result. Dapat dapat result , lega la sikit boleh tarik nafas separa dalam. Isi upu, cuak tunggu result upu la pulak. Dapat ka tidak continue study , kat mana jauh ka dekat. Course apa yang dapat. Fuhh banyaknya penantian. Banyaknya yang harus difikirkan demi masa depan. Tak sabar rasanya nak kembali berdepan dengan buku-buku, suasana dengan kawan-kawan baru, suasana di universiti, suasana nak buat assignment. 


Cewah, over kau jah ! 




Kita dah usaha - doa dan tawakal sahaja. Allah lebih mengetahu yang terbaik.


Monday, 1 July 2013

PASAR KEMBOJA - SYURGA TUDUNG


Assalamualaikum semua. Sihat? Cuaca agak suram hari ni, Penang pun dah dibasahi hujan yang lebat pada waktu subuh dan awal pagi. Sedapnya landing atas katil, sejuk..hehe.




Sapa yang dok area Nibong Tebal kalau tak pernah datang pasar kemboja sini memang pelik la. Pasar Kemboja yang dikenali sebagai syurga tudung ni terletak di area Permatang Tok Mahat berdekatan sempadan Pulau Pinang ke Perak tu. Gegirls yang datang borong kat sini memang akan rambang mata sebab mostly- ada tudung , baju, blouse yang cantik-cantik, beraneka warna dan pelbagai saiz. Maaf la kaum lelaki, sini takda barang–barang lelaki pun, huu.  Disebabkan dah lama tak datang beli kat sini, akak pun ajak aku pagi tadi. Bayangkan la kereta bersusun tepi jalan tu, memang susah nak dapat parking. Pasar ni dibuka setiap hari Isnin dan Jumaat dari awal pagi dan mungkin ada jugak peniaga yang akan stay sampai petang.


Tribal peplum yang menjadi trend remaja sekarang 

Kebiasaannya, peniaga dari tempat lain akan borong stok-stok tudung dan baju kat sini untuk dijual kat tempat mereka. Memang untung kalau sesiapa nak jual baju or tudung online-beli kat sini ambil satu dozen ka berapa banyak pun sebab murah-murah ja. So, kebarangkalian nak dapat untung berlipat ganda tu memang senang sangat. Rasa macam nak buat bisnes online la suatu hari nanti, haha.

 My sis - dia dah rembat sehelai jubah tadi, kaler oren tu . Jubah kat sini pun harga berpatutan, cantik and tak jarang around RM 48-RM 70


shawl jenis tribal pun ada - memang dah rambang mata tadi. Huu..tapi aku dah malas nak beli shawl. Sekarang lebih suka pakai tudung bawal, simple !


Nak yang kaler apa? Merah, kuning, pink, purple, hijau semua ada. 

Ni yang jenis tudung Fareeda tu, yang tiga layer pun ada. Cantik sangat, banyak corak. 


Hasil tangkapan pagi ni, huu. Lately, dah suka collect pin yang jenis bunga tu. Boleh pakai dengan tudung bawal, syria . Yang kaler purple tu tudung bawal, satu lagi pun bawal jugak tapi ada corak-corak. The last one, tribal peplum kaler oren. I loike ! Tak jarang plus tak terlalu ketat and agak labuh menutupi 'bumper'.

Ok guys, last but not least untuk sesiapa yang nak shopping tudung, baju, jubah, kain telekung, blouse etc sila datang ke sini. Barang yang dibeli bukan sahaja dengan harga yang berpatutan, bahkan cantik lagi memuaskan hati. 

P/S : Dengar kata nak dekat-dekat raya nanti memang tiap-tiap hari akan dibuka dari pagi sampai petang. Ambik kau !

k bye !