Thursday, 27 June 2013

LESEN MEMANDU


Assalamualaikum semua. Blog kembali beroperasi setelah lama mendiamkan diri. Baru ja pi bayar broadband petang tadi, huu. Faham-faham la broadband maxis ni kalau tak bayar bukan main lembab lagi line, kalah siput vavi. Laju lagi si siput tu. Enough babbling. Entry malam ni berkisar tentang latihan lesen memandu aku ja. Stail lambat kan, orang lain lepas SPM ja terus cepat-cepat ambil lesen kereta. Bak kata Ekin dengan nada sinis, “Aku dah buat benda ni 2 tahun lepas.”  What to do, baru masa ni ada kesempatan aku nak ambil lesen kereta.


Lesen L tak bermakna sangat pun selagi tak test JPJ 

Masuk minggu ni dah 5 jam latihan memandu, so baki lagi 5 jam. Hari Sabtu lepas aku start belajar bawak kereta kat Akademi Memandu Berjaya tu selama 2 jam. Kak Ana selaku agent lesen memandu aku sendiri yang tolong ajar. Dia kata boleh ja nak orang lain, tapi kebanyakannya yang garang-garang. Huu, aku prefer Kak Ana yang ajar aku start dari awal sebab dia sporting ja takdaknya nak marah-marah. First day belajar kereta memang tak dinafikan agak kekok and nervous. Bayangkan la, aku mana pernah pegang stereng before this, I mean tak pernah bawak kereta pun. Yang aku tau start enjin kereta ja, haha noob. Lepas suai kenal kereta kancil tu, Kak Ana pun ajar la cara duduk pegang stereng gear semua. Disebabkan fizikal aku yang rendah, seat memang kena tarik habis sampai ke depan kalau tak mana sampai kaki nak tekan clutch, brek dengan pedal minyak tu. :-p 





Institut ni asalnya ladang kelapa sawit ja, huu



Part naik bukit. Jangan terlebih dari line kuning tu ye.


Untuk permulaan, kena guna gear 1 dulu. Best rupanya dapat bawak kereta ni, huu. Pengawalan stereng aku ok bak kata Kak Ana sebab aku boleh kawal dengan baik masa nak masuk simpang kiri dan kanan. Masa mula-mula tu asyik mati enjin ja, mungkin sebab masa nak slow aku tak tekan clutch sampai habis. Lepas belajar jalan lurus and simpang, Kak Ana suruh bawak kat jalan kampung dengan pusingan S. Actually dua part ni tak masuk dalam test JPJ pun tapi sebagai permulaan, baik cuba ja. Kat jalan kampung tu agak ok jugak tapi masa try kali pertama, terkena divider sikit lepas tu dah smooth. Part naik bukit pulak tak menjadi hari first tu. Haha lawak sungguh. Dah elok sampai kat atas bukit tu, aku tak dapat nak balance untuk tekan pedal and angkat clutch. Dah tu lambat pulak lepaskan handbrake, so kereta pun asyik reverse la. Banyak kali aku ulang kat part naik bukit tu, malunya kat yang lain. Mesti diorang kata, “Apa la budak ni, kat bukit pun tak lepas-lepas lagi.” Huu standard la , aku baru nak pegang kereta hari tu, korang pun mesti merangkak jugak masa nak mula belajar dulu. Yedop?


Kali kedua latihan kereta, aku bertambah confident and kurang sikit nervous tu. Ambil masa 3 jam pulak.Belajar part tiga penjuru and parking plus bagi smooth kat naik bukit. Untuk tiga penjuru mulanya terlebih step, sebab aku terlambat pusing stereng masa nak masuk ke tengah tu. Then, enjin mati dah jadi banyak step kan. Kat tiga penjuru ni tak boleh lebih daripada 3 step kot. Bila dah ulang banyak kali, aku dah boleh masuk dengan baik. Latihan diteruskan lagi kat parking. Bersungguh-sungguh Kak Ana ajar aku, huu. Kat parking ni macam agak susah sikit la bagi aku. Nak kena ingat step tu betul-betul. Baru kali kedua , Kak Ana dah suruh aku drive sorang-sorang. Aku pun bawak ja la dengan eksaitednya, haa. Hope next latihan nanti, aku boleh bawak dengan smooth kat jalan raya tu. Ramai yang cakap, part jalan raya kat Berjaya ni la paling senang kalau nak dibandingkan institut lain area sini sebab just masuk sikit kat jalan raya, then masuk dalam taman plus tak berapa banyak kereta. So senang nak lulus. Tapi depends la kat nasib kita kan, kalau persediaan tu cukup insyallah boleh ja lulus. Huu cuak jugak nak test nanti. Kak Ana dah booking awal-awal untuk test JPJ tu, genap sebulan dah boleh terus test. Tak sabar nak habiskan latihan memandu ni dengan sebaik mungkin, lepas tu dapat P kalau lulus test.

Ok korang, setakat ni saja nanti aku update lagi . Bye!



No comments:

Post a Comment