Tuesday, 11 June 2013

A DAY WITH KUCAI, SARAH AND AZIDAH

Assalamualaikum semua. Rasa macam lama sangat blog ni tak diupdate. Mesti ada yang ternanti-nanti entry baru aku kan. Phewww screw me please. Malam ni aku just nak story kelmarin punya event.  Cuti yang masih berbaki ni aku spend dengan family , kawan-kawan. Lagipun aku dah quit kerja part time. So semalam keluar la dengan Kucai (nama sebenar Khusyairi), Sarah and Azidah. Actually tak plan betol-betol pun. Mulanya ajak yang lain, tapi sebab last minute punya pasal ada la member yang tak dapat join. Nak ajak yang lain pun diorang dah balik U, Politeknik sebab cuti sem dah habis. Oleh hal yang demikian, Kucai pun ajak laSarah and Azidah. First time aku kenal diorang kelmarin, tapi yang bestnya cepat ja mesra alam. Haa dengan Si Sarah yang kecoh gila, kalau start bercakap tudia la payah nak stop. Azidah pun ok senang ja masuk kepala. Lepas Kucai ambil aku kat rumah, pergi ambil Sarah dengan Azi pulak. Pukul 12.30 pm jugak la baru pergi Pacific, Prai tu. Nasib la Kucai dia sorang ja lelaki melayu terakhir yang hang out sesama . Dia la driver and bodyguard kami, haha. Sampai ja Pacific, terus naik level 4 nak survey wayang and seat dulu. Why must be Pacific yang bosan sangat tu? Selalunya ni port bangla or budak-budak sekolah yang nak dating ja. Sebab nak main bowling sekali,sini je la lagipun dapat jimat masa rather than pergi Sunway or Queensbay. Sekarang ni mana orang layan Pacific and Megamall sini dah, tapi redah je la kelmarin tu. 
Masih mampu tersenyum kalau kena tembak?

MU. Coming soon. Dah kenapa aku nampak gemuk bila pakai baju ni? :/

Lepas bayar tiket, kitorang pergi bowling dulu sebab cerita Now You See Me tu pukul 4. Kalau ikutkan aku dengan kucai nak tengok Jurassic Park, tapi Sarah berjaya yakinkan kitorang untuk tengok cerita ni.


Saiz 3 baru muat. 

Sarah yang pakai shawl, Azi yang depan. Mana gambar Kucai? haha

Kitorang ada lebih kurang  3 jam before wayang start. Lama sangat dah aku tak sentuh bola bowling, memang tempah longkang la kan. Kitorang main satu game ja. Tak dinafikan la Kucai terror, berapa kali strike la. Aku jugak yang dok masuk longkang.Tapi kira ok la, ranking ke 3 daripada 4. :-p

Next, perut pun dah lapar so lunch dulu kat KFC. Ingat nak makan Food Court ja tapi tak jadi la sebab mostly Chinese yang masak. Aku memang dah lapar, habis la dua ketul ayam set Snack Plate tu, huu. Banyak benda la jadi topik nak sembang since masing-masing dah lama tak lepak sama-sama. 


Sementara tunggu pukul 4, kitorang jalan-jalan ja pusing satu Megamall tu. Tak beli apa sangat pun. 


Pukul 4 petang, kitorang masuk cinema . Cerita ni sebenarnya tentang magis, di mana 4 orang horseman memang stail giler buat silap mata dengan cara yang tersendiri. Impressive ! Punya seronok dok tengok, part last tu jadi macam tak expect langsung kenapa macam tu. Details please, korang tengok seniri la aku taktau nak story macam mana, huk.

Dua jam jugak cerita tu, dalam pukul 6.00 kitorang turun bawah . Masa ni berpecah, Sarah dengan Azi pergi tengok lens. Kucai pulak ajak aku teman dia beli hadiah kat someone. Katanya, aku ni perempuan tau la apa yang perempuan minat, hehe. Aku ada Tanya dia, “Lelaki ni kalau dia nak beli barang kat someone special memang tak kisah pasal harga mahal eh?” Kucai jawab, “Tak kisah pun.” Haa aku tanya sebab kalau dia nak bagi kat kawanbiasa, tak la semahal tu. Cewah. Dalam hati aku kata,“Untung la that girl”.

Yang tak boleh blahnya masa ni Sarah dengan Azi sesat masa nak turun bawah, sebab diorang tak biasa dengan Pacific ni. Aku dengan Kucai pun bijak sangat pi tinggal diorang , hee.

Settle semua, kitorang pun balik. Lambat dah sebenarnya, pukul 7.30 kot  baru sampai rumah. By the way korang, aku enjoy sangat dapat hang out sama-sama. Tambah dua orang member pulak dalam masa sehari. Baru perasan takdak pulak gambar sekali, adoi. Hope kita bleh keluar lagi bila free nanti. :-)

2 comments: