Saturday, 29 June 2013

SEPETANG BERSAMA KAK SARAH & ZATY



Short entry saja untuk hari ni.

At last, dapat jugak jumpa borak-borak sekali petang tadi. Lepas ni mungkin dah jarang jumpa since masing-masing dah bawak haluan sendiri. Perkenalan yang singkat tetapi rapat. Kitorang kenal masa berkhidmat di Jaya Warisan, tahun ni jugak almost 5 bulan yang lepas. Tapi Zaty dah kenal Kak Sarah terlebih dahulu daripada aku. Fatin, selaku anak bos tempat kitorang kerja tak dapat join sekali tadi sebab kena pergi kem di Sintok on the spot. Before this, kenal Zaty ni pun dari kawan-kawan sekelas ja then bila dah kerja sekali jadi close pulak. Seronok sebenarnya bila lepak sesama, bertukar-tukar topik, and gelak-gelak. Kalau dengan Kak Sarah masa kerja dulu, pantang ada benda pelik and funny mesti akan gelak sampai kejang perut. Haha, that moment bila kita tergelak dekat orang tu sebab dia….(opss tak patut diceritakan, unforgetable :-p). Ingat lagi tak Kak Sarah? Huu kitorang  ni kalau dah start gelak sungguh-sungguh memang payah nak stop meleret-leret jadinya. Sama la dengan Zaty pun, ada ja benda nak dijadikan bahan sembang. Bila dah stop kerja, ada la tanya , “Mana yang kecik-kecik tu? Mana yang tinggi-tinggi tu dah tak kerja sini ka? ” Kalau yang kecik-kecik tu aku la, sapa lagi. Lol. Tadi keluar pun dah lewat sebenarnya, so tak sempat nak borak puas-puas. Esok Zaty dah bertolak ke Kubang Kerian, Kelantan untuk sambung study , course nursing. Petang ni last la jumpa untuk masa terdekat ni. Kak Sarah pun dah kerja, memang payah la nak jumpa.

Apa-apa pun,take care kat sana plus study elok-elok. Dah la jauh Kelantan tu, mau homesick nanti. Cari mamat klate sorang kat i, Zaty. Mamat Klate kan segak-segak selalunya. Eh? Haha ini tak lawak la Mas. Kak Sarah pun, jaga diri jugak. Happy dapat kenal Kak Sarah, cepat ja kamceng and masuk kepala. Raya nanti boleh kot kita jumpak lagi. 


 dengan si manis, Izzati. Takdak pulak pic dengan Kak Sarah, alahai. 


Thursday, 27 June 2013

LESEN MEMANDU


Assalamualaikum semua. Blog kembali beroperasi setelah lama mendiamkan diri. Baru ja pi bayar broadband petang tadi, huu. Faham-faham la broadband maxis ni kalau tak bayar bukan main lembab lagi line, kalah siput vavi. Laju lagi si siput tu. Enough babbling. Entry malam ni berkisar tentang latihan lesen memandu aku ja. Stail lambat kan, orang lain lepas SPM ja terus cepat-cepat ambil lesen kereta. Bak kata Ekin dengan nada sinis, “Aku dah buat benda ni 2 tahun lepas.”  What to do, baru masa ni ada kesempatan aku nak ambil lesen kereta.


Lesen L tak bermakna sangat pun selagi tak test JPJ 

Masuk minggu ni dah 5 jam latihan memandu, so baki lagi 5 jam. Hari Sabtu lepas aku start belajar bawak kereta kat Akademi Memandu Berjaya tu selama 2 jam. Kak Ana selaku agent lesen memandu aku sendiri yang tolong ajar. Dia kata boleh ja nak orang lain, tapi kebanyakannya yang garang-garang. Huu, aku prefer Kak Ana yang ajar aku start dari awal sebab dia sporting ja takdaknya nak marah-marah. First day belajar kereta memang tak dinafikan agak kekok and nervous. Bayangkan la, aku mana pernah pegang stereng before this, I mean tak pernah bawak kereta pun. Yang aku tau start enjin kereta ja, haha noob. Lepas suai kenal kereta kancil tu, Kak Ana pun ajar la cara duduk pegang stereng gear semua. Disebabkan fizikal aku yang rendah, seat memang kena tarik habis sampai ke depan kalau tak mana sampai kaki nak tekan clutch, brek dengan pedal minyak tu. :-p 





Institut ni asalnya ladang kelapa sawit ja, huu



Part naik bukit. Jangan terlebih dari line kuning tu ye.


Untuk permulaan, kena guna gear 1 dulu. Best rupanya dapat bawak kereta ni, huu. Pengawalan stereng aku ok bak kata Kak Ana sebab aku boleh kawal dengan baik masa nak masuk simpang kiri dan kanan. Masa mula-mula tu asyik mati enjin ja, mungkin sebab masa nak slow aku tak tekan clutch sampai habis. Lepas belajar jalan lurus and simpang, Kak Ana suruh bawak kat jalan kampung dengan pusingan S. Actually dua part ni tak masuk dalam test JPJ pun tapi sebagai permulaan, baik cuba ja. Kat jalan kampung tu agak ok jugak tapi masa try kali pertama, terkena divider sikit lepas tu dah smooth. Part naik bukit pulak tak menjadi hari first tu. Haha lawak sungguh. Dah elok sampai kat atas bukit tu, aku tak dapat nak balance untuk tekan pedal and angkat clutch. Dah tu lambat pulak lepaskan handbrake, so kereta pun asyik reverse la. Banyak kali aku ulang kat part naik bukit tu, malunya kat yang lain. Mesti diorang kata, “Apa la budak ni, kat bukit pun tak lepas-lepas lagi.” Huu standard la , aku baru nak pegang kereta hari tu, korang pun mesti merangkak jugak masa nak mula belajar dulu. Yedop?


Kali kedua latihan kereta, aku bertambah confident and kurang sikit nervous tu. Ambil masa 3 jam pulak.Belajar part tiga penjuru and parking plus bagi smooth kat naik bukit. Untuk tiga penjuru mulanya terlebih step, sebab aku terlambat pusing stereng masa nak masuk ke tengah tu. Then, enjin mati dah jadi banyak step kan. Kat tiga penjuru ni tak boleh lebih daripada 3 step kot. Bila dah ulang banyak kali, aku dah boleh masuk dengan baik. Latihan diteruskan lagi kat parking. Bersungguh-sungguh Kak Ana ajar aku, huu. Kat parking ni macam agak susah sikit la bagi aku. Nak kena ingat step tu betul-betul. Baru kali kedua , Kak Ana dah suruh aku drive sorang-sorang. Aku pun bawak ja la dengan eksaitednya, haa. Hope next latihan nanti, aku boleh bawak dengan smooth kat jalan raya tu. Ramai yang cakap, part jalan raya kat Berjaya ni la paling senang kalau nak dibandingkan institut lain area sini sebab just masuk sikit kat jalan raya, then masuk dalam taman plus tak berapa banyak kereta. So senang nak lulus. Tapi depends la kat nasib kita kan, kalau persediaan tu cukup insyallah boleh ja lulus. Huu cuak jugak nak test nanti. Kak Ana dah booking awal-awal untuk test JPJ tu, genap sebulan dah boleh terus test. Tak sabar nak habiskan latihan memandu ni dengan sebaik mungkin, lepas tu dapat P kalau lulus test.

Ok korang, setakat ni saja nanti aku update lagi . Bye!



Tuesday, 11 June 2013

A DAY WITH KUCAI, SARAH AND AZIDAH

Assalamualaikum semua. Rasa macam lama sangat blog ni tak diupdate. Mesti ada yang ternanti-nanti entry baru aku kan. Phewww screw me please. Malam ni aku just nak story kelmarin punya event.  Cuti yang masih berbaki ni aku spend dengan family , kawan-kawan. Lagipun aku dah quit kerja part time. So semalam keluar la dengan Kucai (nama sebenar Khusyairi), Sarah and Azidah. Actually tak plan betol-betol pun. Mulanya ajak yang lain, tapi sebab last minute punya pasal ada la member yang tak dapat join. Nak ajak yang lain pun diorang dah balik U, Politeknik sebab cuti sem dah habis. Oleh hal yang demikian, Kucai pun ajak laSarah and Azidah. First time aku kenal diorang kelmarin, tapi yang bestnya cepat ja mesra alam. Haa dengan Si Sarah yang kecoh gila, kalau start bercakap tudia la payah nak stop. Azidah pun ok senang ja masuk kepala. Lepas Kucai ambil aku kat rumah, pergi ambil Sarah dengan Azi pulak. Pukul 12.30 pm jugak la baru pergi Pacific, Prai tu. Nasib la Kucai dia sorang ja lelaki melayu terakhir yang hang out sesama . Dia la driver and bodyguard kami, haha. Sampai ja Pacific, terus naik level 4 nak survey wayang and seat dulu. Why must be Pacific yang bosan sangat tu? Selalunya ni port bangla or budak-budak sekolah yang nak dating ja. Sebab nak main bowling sekali,sini je la lagipun dapat jimat masa rather than pergi Sunway or Queensbay. Sekarang ni mana orang layan Pacific and Megamall sini dah, tapi redah je la kelmarin tu. 
Masih mampu tersenyum kalau kena tembak?

MU. Coming soon. Dah kenapa aku nampak gemuk bila pakai baju ni? :/

Lepas bayar tiket, kitorang pergi bowling dulu sebab cerita Now You See Me tu pukul 4. Kalau ikutkan aku dengan kucai nak tengok Jurassic Park, tapi Sarah berjaya yakinkan kitorang untuk tengok cerita ni.


Saiz 3 baru muat. 

Sarah yang pakai shawl, Azi yang depan. Mana gambar Kucai? haha

Kitorang ada lebih kurang  3 jam before wayang start. Lama sangat dah aku tak sentuh bola bowling, memang tempah longkang la kan. Kitorang main satu game ja. Tak dinafikan la Kucai terror, berapa kali strike la. Aku jugak yang dok masuk longkang.Tapi kira ok la, ranking ke 3 daripada 4. :-p

Next, perut pun dah lapar so lunch dulu kat KFC. Ingat nak makan Food Court ja tapi tak jadi la sebab mostly Chinese yang masak. Aku memang dah lapar, habis la dua ketul ayam set Snack Plate tu, huu. Banyak benda la jadi topik nak sembang since masing-masing dah lama tak lepak sama-sama. 


Sementara tunggu pukul 4, kitorang jalan-jalan ja pusing satu Megamall tu. Tak beli apa sangat pun. 


Pukul 4 petang, kitorang masuk cinema . Cerita ni sebenarnya tentang magis, di mana 4 orang horseman memang stail giler buat silap mata dengan cara yang tersendiri. Impressive ! Punya seronok dok tengok, part last tu jadi macam tak expect langsung kenapa macam tu. Details please, korang tengok seniri la aku taktau nak story macam mana, huk.

Dua jam jugak cerita tu, dalam pukul 6.00 kitorang turun bawah . Masa ni berpecah, Sarah dengan Azi pergi tengok lens. Kucai pulak ajak aku teman dia beli hadiah kat someone. Katanya, aku ni perempuan tau la apa yang perempuan minat, hehe. Aku ada Tanya dia, “Lelaki ni kalau dia nak beli barang kat someone special memang tak kisah pasal harga mahal eh?” Kucai jawab, “Tak kisah pun.” Haa aku tanya sebab kalau dia nak bagi kat kawanbiasa, tak la semahal tu. Cewah. Dalam hati aku kata,“Untung la that girl”.

Yang tak boleh blahnya masa ni Sarah dengan Azi sesat masa nak turun bawah, sebab diorang tak biasa dengan Pacific ni. Aku dengan Kucai pun bijak sangat pi tinggal diorang , hee.

Settle semua, kitorang pun balik. Lambat dah sebenarnya, pukul 7.30 kot  baru sampai rumah. By the way korang, aku enjoy sangat dapat hang out sama-sama. Tambah dua orang member pulak dalam masa sehari. Baru perasan takdak pulak gambar sekali, adoi. Hope kita bleh keluar lagi bila free nanti. :-)