Monday, 13 May 2013

TEMUDUGA USM-PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN PENDIDIKAN

Assalamualaikum  semua. Hari ni, aku telah menghadiri satu sesi temuduga untuk kemasukan ke USM bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (ST01) yang bertempat di USM Penang. 



   Nampak tu..jambatan Pulau Pinang yang kedua nun jauh di sana


Memang la rasa nervous sangat, ni merupakan kali kedua pengalaman interview aku. Lepas daftar, kami semua diarahkan menunggu di luar bilik yang telah ditetapkan mengikut program yang dipohon. Aku dapat kat Bilik Sajian bersama dengan 14 calon yang lain, giliran ke 8. Bila seorang demi seorang dah keluar dari bilik tu, makin cuak, cirin, gelabah la aku dibuatnya. Tarik nafas dalam-dalam..fuhhh fuhhh.

Then, tiba la giliran aku. Noted that first impression tersangat la penting. Aku melangkah dengan sopan, senyuman tak lekang di bibir, dan tertib sambil memberi salam kepada dua orang panel temuduga dalam bilik tu. Portfolio diserahkan kepada panel dan aku duduk bila diarah berbuat sedemikian. (Kenapa ayat skema semacam ni? Huu) Ada la beberapa soalan yang ditanya. Part speaking – dia just suruh huraikan faedah yang aku dapat berdasarkan penyertaan aku dalam kokurikulum di sekolah.

First of all, mesti la kena introduce tentang diri kita. Nasib baik la dua orang ja, panel perempuan.

“Nor Masmida..jika diberi peluang menjadi guru, subjek mana yang akan dipilih?”
Aku jawab la subjek Bahasa Melayu dengan penuh semangatnya.. Muehehe

“Sebagai  seorang guru Bahasa melayu apakah inisiatif yang awak boleh ambil untuk menanamkan sikap cinta akan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar? ”

“Pendapat awak tentang Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik yang telah ditukar semula ke dalam Bahasa Melayu.”

“Penguasaan Bahasa Melayu sekarang semakin kurang memberangsangkan , apakah yang anda patut lakukan untuk memartabatkan Bahasa Melayu?

And soalan last sekali – “Awak dari Nibong Tebal kan, apa tempat menarik kat sana yang kami boleh lawat?”

“Hutan Lipur Bukit Panchor !” Haha slamber ja aku bagi tempat tu padahal kat sini bukan ada tempat menarik sangat pun. :-p

Antra soalan yang diajukan kat aku. Setiap orang berbeza, ada yang kena deklamasi sajak, menyanyi, demo mengajar, beri pendapat tentang politik and macam-macam lagi. Ok jugak la sebab aku boleh jawab semua soalan-soalan tu. Cuma salah seorang daripada panel tu cuba untuk push, atau bidas pendapat kita, mungkin dia nak tengok sama ada keyakinan kita tu berkurang atau tak. 


Sempat jumpak dengan diorang ni. Member-member kat Soksek dulu. Safwan a.k.a Kayu still tak berubah dengan perangai gila-gila dia tu..haa.



Dengan Cik Ain

Dengan Cik Azhanis


Lepas habis semua singgah kat rumah cousin , solat and lunch kat situ sekali.
Dah buat sehabis baik. Doa , tawakkal la lepas ni. Kalau ada rezeki, dapatla masuk situ. Incik Kesayangan kata, “Makin jauh la kita nanti, huu”. 






36 comments:

  1. salam. intebiu in english o malay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. interbiu ni dia tnya dua2..in english n malay. tapi depends jugak kat panel tu

      Delete
  2. salam, nak tya utk permohonan dia just melalui internet saja kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. yup untuk interneT sahaja..kena isi UPU. :)

      Delete
  3. Salam, nak tanya kalau pemohon dr negeri lain kena pergi penang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. Ikut jugak la surat temuduga tu dia kata kena pergi mana..

      Delete
  4. dapat tak masuk situ ? sy cdg nak apply usm jgk :) kalau tk lulus temudga cmnee ? leh wt rayuan ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. saya xdapat pun masuk usm ni.. huhu.. skrg sy kat uum. erm boleh ja buat rayuan kalau xdapat. :)

      Delete
  5. Salam , kalau tak lulus temuduga tu boleh wat rayuan ke ?

    ReplyDelete
  6. nak tanya,. kalau tak lulus temuduga, usm ada bagi tawaran program lain yg tak pyh temuduga tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. tapi melalui sistem rayuan la. :)

      Delete
  7. untuk portfolio, ape je yang awak bagi? maksud sy awak ada buat ke resume or just sijil-sijil? n sijil spm kena bawa ke? just confuse coz.... tq :)

    ReplyDelete
  8. untuk portfolio tu, awak bagi ape jer? ada ke awak buat resume or just bagi sijil? n sijil time spm kena bawa juga ker? just confuse.. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh xpayah resume pun.. just bagi sijil2 akademik kopko yg kita ada.. sijil spm pun kena jugak..

      Delete
  9. this is random, but if u could help me...result upsr n pmr dorang nak tgk skali tak? lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep..awak bawak je semua result tu.. dia akan minta fail yg ada sijil2 awak..so awak letak sekali je dalam tu..

      Delete
  10. panel 2 ada berapa orang selalunya?

    ReplyDelete
  11. Klu msuk pogram ni mod kja sbgai cikgu ek??

    ReplyDelete
  12. Klu kluar pogram ni kja sbgai cikgu ek??

    ReplyDelete
  13. Klu msuk pogram ni mod kja sbgai cikgu ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep khusus untuk cikgu..sebab dia kan under kos 'pendidikan' . :)

      Delete
  14. Salam,perkongsian yg menarik....pendidikan usm kita dijamin tak jadi cikgu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. insyallah..kalau ada rezeki mesti boleh.. huhu.. sebab sekarang kan peluang pekerjaan makin susah..rmai bersaing untuk apply kos perguruan..

      Delete
  15. Assalamualaikum.. hi, terima kasih kerana share pengalaman iv.. huhu sy pun dpt kos ni.. 11.5 sy g iv.. berdebar rasanya... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. sama2.. baguslah..kos ni sy nak sgt..tapi xdak rezeki..now sy kat uum. huu. all da best ye! :-D

      Delete
  16. klu kita dapat temuduga kat usm tuh tapi kita x g temuduga tuh sebab silap pilih course....akan ada kesan buruk tak??mean mcm kena black list ke??

    ReplyDelete
  17. klu kita dapat temuduga kat usm tuh tapi kita x g temuduga tuh sebab silap pilih course....akan ada kesan buruk tak??mean mcm kena black list ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh xdela sampai mcm tu dik.. hehe.. yg kena blacklist tu slalunya SPA kot

      Delete
  18. Sis.. klu tk pegi temuduga tu kene blacklist ke ?

    ReplyDelete
  19. Sis.. klu tk pegi temuduga tu kene blacklist ke ?

    ReplyDelete