Friday, 31 May 2013

DONE WITH 5 MONTHS PART TIME JOB

Assalamualaikum semua. Sihat? Alhamdulillah kalau sihat..aku baru ja diserang sakit perut and pening kepala, huk. Entry hari ni takda apa pun, just nak story yang aku dah menamatkan kerja part-time kat Jaya Warisan. Cukup la 5 bulan, aku start kerja situ awal bulan 1 tahun ni. Sebab? First, nak ambil lesen kereta plus nak rehat kat rumah before kursus nanti. Duit pun dah banyak kumpul, sapa nak suruh belanja mai bodek aku cepat hehe. Kira ok la kerja dulu sementara nak tunggu sambung study rather than duduk rumah makan tidur. Yedop? Duit poket pun terisi, tak payah nak mintak kat mak ayah kalau nak joli apa pun. Kerja mana yang tak penat kan, jadi GRO pun penat. Eh? Kena banyak sabar, macam aku setiap hari berdepan dengan customer memang tahan je la dengan perangai diorang. Ada yang ok takpa la, yang banyak songeh, cerewet, tak sabar etc tu yang buat aku pening kepala. Kadang-kadang rasa nak bebai. ‘Customer is always right’ tak dinafikan, tapi kalau dah salah tu tetap salah la. Aku kalau orang buat baik, aku balas baik. Tapi kalau sebaliknya, memang bukan jenis aku la nak berbaik-baik jugak. Lepas ni dah tak payah nak mengadap Si Khor , Si Rossi yang bajet handsome padahal poyo and Si Missauri yang kuat mengusik. Heaven sungguh rasanya, haa. Kesian Zaty, sabar je lah selagi boleh kan. Bila kerja part time ni ada faedahnya , boleh tambah pengalaman ikut bidang kerja kita tu. Ada satu hari tu sembang dengan Zaty, suatu hari nanti kita bukak bisnes sendiri  ada rezeki untung banyak, huu. Saban hari aku tengok keadaan sekeliling and pelbagai jenis ragam manusia menjadikan aku dah biasa dengan keadaan macam tu. Bak kata pepatah, ‘Alah bisa tegal biasa’. By the way, tak sabarnya nak dapat lessen kereta lepas tu fly ke Negeri Sembilan July nanti. Insyallah.


Ok guys, tu ja nak story. Jumpa lagi di next entry. Bye !

Saturday, 25 May 2013

LESEN MEMANDU - KELAS TEORI

Assalamualaikum semua. Hari ni aku telah menghadiri Kelas Teori (Kursus Pra L) untuk lesen kereta yang bertempat di Akademi Memandu Berjaya Sdn Bhd, Simpang Ampat. Noobnya, baru nak ambil lesen kereta padahal member-member dah lama ada CDL. Biasa la, faktor masa membataskan sedikit urusan kita. Pergi Pukul 9 pagi, dengan ajen lesen aku, Kak Ana. Kak Ana ni memang super duper sporting plus ramah sungguh, sembang ja apa pun semua dia layan. Kelas teori lebih kurang 3 jam, penerangan tentang cara-cara bawak kereta and semua tentang memandu. Tapi..agak mengantok sebab Mrs apa tah nama dia aku lupa yang mengajar tu direct and tak mesra alam, guna pulak projector yang jenis lama tu ja. Berapa kali menguap aku tadi, huu.

Bila nak tingi-tinggi taktau.

Insurans kemalangan. Nak duit lebih? Bagi la eksiden kat tempat belajar tu, haa

Kelas teori

Dua tahun lepas aku ambil lesen motor kat sini . Banyak jugak dah berubah, tandas tengah renovate. Tapak latihan motor pun dah bagi lagi luas, buat sekali dengan tapak belajar kereta. 

Habis kelas teori, tunggu Kak Ana datang then chow. Thanks Kak Ana belanja teh ais tadi, huu. Siap sijil plus gambar semua, dah dapat L kepas tu belajar memandu, yeay ! Tak sabar sungguh. 

P/S : Sapa-sapa yang nak ambil lesen (semua jenis lesen) kat Akademi Memandu Berjaya, roger aku nanti. Harga berpatutan, tambah-tambah tengah ada offer sekarang ni. Lagi satu, ada jawatan kosong. Apa-apa pm aku. (Kak Ana la ni suruh aku promote, hehe)

Monday, 20 May 2013

KEAJAIBAN MUZIK

Buat sesiapa yang suka dengar muzik macam aku, baca ni. 

Hasil penelitian daripada 400 kertas kajian dalam neuro kimia muzik mendapati ia boleh memperbaiki fungsi sistem imun badan dan merendahkan tahap tekanan yang dialami oleh seseorang. Malah kesan muzik juga didapati jauh lebih baik berbanding mengambil ubat bagi mengurangkan keresahan seseorang pesakit khususnya sebelum masuk ke dalam dewan pembedahan. Memang semua orang sukakan muzik malah Islam pun tidak melarang bermain atau mendengar muzik selagi tidak melanggar batas yang ditetapkan atau yang boleh melalaikan daripada menunaikan kewajipan harian. Otak kita ada dua bahagian, iaitu otak kiri (pemikiran logikal) dan otak kanan (pemikiran kreatif) yang boleh dihubungkan fungsinya melalui muzik. Otak bertindak balas terhadap muzik lembut dan tenang melalui beberapa pertukaran daripada fasa beta (pemikiran cergas dan peka) kepada alfa, teta, dan delta (ketika tidur lena, iaitu fasa yang sangat tenang).


  • Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Psikiatri British mendapati terapi muzik yang digabungkan dengan penjagaan standard, memberi kesan yang lebih baik dalam merawat kemurungan. 

  • Dalam kajian pada 2011 mencadangkan bahawa keterujaan mendengar atau bermain muzik sama seperti keterujaan seseorang terhadap makanan dan hubungan seks kerana ia mendatangkan keseronokan. 

  • Lembu yang didendangkan alunan seruling didapati lebih sihat dan menghasilkan banyak susu. 

  • Bayi berusia tiga bulan yang belajar tugas mudah sambil mendengar muzik klasik didapati boleh melakukan tugas berkenaan tujuh hari kemudian apabila muzik sama dialunkan. 

  • Pelajar yang mendengar muzik klasik didapati mempunyai pencapaian lebih cemerlang dalam pelajaran. 

  • Dua kajian yang disiarkan dalam jurnal Terapi Muzik melaporkan, wanita mendakwa berasa kurang sakit jika mendengar muzik ketika melahirkan anak. 

  • Memberi anak dalam kandungan mendengar muzik juga dikatakan dapat merangsang pendengaran janin dan sel otak. Ini boleh meningkatkan proses pembelajaran bayi dan kanak-kanak. 

  • Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diperdengarkan muzik klasik seperti Mozart lebih cepat ‘matang’, mempunyai rasa ingin tahu yang lebih tinggi, berdikari, yakin, ada sifat penyayang, cepat belajar dan memahami serta mampu menguasai bahasa dan kemahiran sosial lebih awal berbanding rakan sebaya. 

  • Bayi yang diperdengarkan alunan muzik juga didapati lebih tenang, mudah disusu dan ditidurkan, peka dan mudah berinteraksi serta memberi gerak balas. Lebih penting, bayi lebih mudah dijaga kerana kurang meragam. 


    Muzik juga digunakan sebagai satu daripada terapi dalam dunia perubatan silam. Pengamal perubatan klasik Cina percaya hati manusia suka pada muzik dan ia menjadi tenang apabila telinga mendengar muzik. 
    Menurut perubatan klasik Cina, apabila marah, kita perlu membuat bunyi ‘shhhh’ selama lima hingga 10 minit bagi meredakan kemarahan. Manakala bunyi ‘ha’ untuk rasa geram (ha seperti bunyi ketawa yang boleh menggembirakan) dan ‘ssss’ bila sedih. Kaedah perubatan kuno India juga ada unsur muzik dan bunyi seperti ‘ihhh’ untuk gangguan emosi, ‘ahhh’ (cinta), ‘eee’ (intuisi) dan ‘huuu’ bagi merangsang pemikiran kreatif. 

    Malah, dalam Islam juga ada irama atau ‘lenggok lagu’ yang sememangnya mampu membuatkan kita berasa tenang, contohnya bacaan al-Quran dan laungan azan. Kitab suci al-Quran ada cara tertentu untuk membacanya dan corak bacaan inilah yang memberikan kesan besar terhadap perasaan dan fikiran. Sejarah membuktikan ramai ilmuan dan doktor Islam seperti Zekeriya Er-Razi (854-932), Farabi (870-950) dan Ibnu Sina (980-1037) menggunakan terapi muzik untuk merawat pesakit yang mengalami gangguan psikologi. Berdasarkan pemerhatian kecil penulis, ramai memberikan maklum balas positif apabila ada yang memuatnaik alunan zikir daripada penyanyi nasyid atau penceramah agama. Bahkan ada yang menjadikan alunan zikir itu sebagai ‘lagu’ untuk didendangkan kepada bayi mereka yang ternyata mampu membuatkan si kecil berasa lebih tenang serta kurang meragam. 

    Pemilihan jenis muzik bergantung kepada cita rasa setiap individu. Namun, secara umumnya muzik lembut, terutama lagu klasik, memberi kesan besar kepada kebanyakan orang. Pemilihan muzik ini perlu setara dengan emosi yang dialami. Biasanya, ketika marah, kita lebih suka mendengar muzik kuat dan rancak; kemudian perlahan-lahan beralih ke muzik perlahan. Atau ketika sedih, hati rasa lebih serasi dengan lagu mendayu. Tidak mengapa jika lagu berkenaan membuatkan air mata mengalir kerana secara semula jadi selepas menangis hati, kita berasa lebih tenang. Namun, jika selama ini kita lebih cenderung kepada muzik yang ada pengaruh Barat, cubalah jinakkan hati mendengar muzik bercorak keagamaan atau mendekatkan kita dengan agama. 

    Penyelidik menemukan bukti kukuh bahawa muzik boleh memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan seseorang daripada bilik bedah kepada klinik keluarga. Malah saintis juga mendapati muzik memberi kesan ke atas empat perkara iaitu pengurusan emosi, tekanan, ketahanan badan dan hubungan sosial. Malah muzik juga dapat menyemarakkan semangat contohnya ketika bersenam. Alunan muzik bukan saja akan membuatkan kita berasa seronok, bahkan ia secara tidak disedari membantu meningkatkan ketahanan, merangsang emosi dan menjadikan kita terlupa akan masalah yang membelenggu jiwa. Dalam satu kajian lain penyelidik turut mendapati bahawa apabila kita mendengar muzik, badan akan menghasilkan endorfin iaitu hormon ‘rasa senang dan selesa’ yang menjadikan emosi bertambah baik serta memberi kita semangat untuk bersenam lebih lama. Pun begitu, jika muzik masih belum boleh memberi ketenangan yang kita cari, cubalah dengar alunan zikir atau bacaan al-Quran. Lebih baik jika kita sendiri yang mengucapkannya berulang kali. Kalimah ini bagai ada keramatnya, kerana dengan beberapa kali sebutan saja, hati akan jadi tenang. Ia adalah muzik terbaik untuk setiap jiwa sama ada yang tua atau muda.


    Sumber : Harian Metro
  • Saturday, 18 May 2013

    BELAJAR UBATI KEKECEWAAN

    Hai semua. Petang hari yang redup ni aku rasa terpanggil untuk mengupdate blog dengan tajuk entri di atas. Sumber yang diambil daripada sekeping keratan artikel yang diberi oleh seseorang kepada aku 5 tahun yang lepas, saat aku dilanda masalah. Ya, seseorang yang pernah hadir dan mendapat tempat di hati aku. 

    Rasa kecewa dan kesal ada pada setiap orang. Bagi remaja, perasaan ini memang sudah sinonim. Masalah keluarga, putus cinta, dan gagal dalam peperiksaan adalah antara punca utama. Kebiasaannya apabila sudah kecewa, ramai yang sukar mengikisnya. Bagaimanapun, jangan biar ia mendorong anda bertindak di luar dugaan dan mengalami tekanan yang boleh merosakkan diri dan kerjaya. Sebagai remaja, anda perlu mengharunginya dengan matang.

    TERIMA KENYATAAN - Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita. Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita insaf.

    BERFIKIR - Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan. Biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.

    BERFIKIRAN POSITIF - Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagiaan yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi. Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu anda apabila anda berdepan rasa kecewa. 

    LUAHKANNYA - Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan tekanan. Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang yang lebih rapat dengan anda. Bagi remaja, ibu bapa ialah individu paling sesuai. Jika anda mengadu, sedikit sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan,  nasihat dan semangat yang anda peroleh daripada mereka. 

    BERI TUMPUAN PADA HIDUP - Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa.



    Monday, 13 May 2013

    TEMUDUGA USM-PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN PENDIDIKAN

    Assalamualaikum  semua. Hari ni, aku telah menghadiri satu sesi temuduga untuk kemasukan ke USM bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (ST01) yang bertempat di USM Penang. 



       Nampak tu..jambatan Pulau Pinang yang kedua nun jauh di sana


    Memang la rasa nervous sangat, ni merupakan kali kedua pengalaman interview aku. Lepas daftar, kami semua diarahkan menunggu di luar bilik yang telah ditetapkan mengikut program yang dipohon. Aku dapat kat Bilik Sajian bersama dengan 14 calon yang lain, giliran ke 8. Bila seorang demi seorang dah keluar dari bilik tu, makin cuak, cirin, gelabah la aku dibuatnya. Tarik nafas dalam-dalam..fuhhh fuhhh.

    Then, tiba la giliran aku. Noted that first impression tersangat la penting. Aku melangkah dengan sopan, senyuman tak lekang di bibir, dan tertib sambil memberi salam kepada dua orang panel temuduga dalam bilik tu. Portfolio diserahkan kepada panel dan aku duduk bila diarah berbuat sedemikian. (Kenapa ayat skema semacam ni? Huu) Ada la beberapa soalan yang ditanya. Part speaking – dia just suruh huraikan faedah yang aku dapat berdasarkan penyertaan aku dalam kokurikulum di sekolah.

    First of all, mesti la kena introduce tentang diri kita. Nasib baik la dua orang ja, panel perempuan.

    “Nor Masmida..jika diberi peluang menjadi guru, subjek mana yang akan dipilih?”
    Aku jawab la subjek Bahasa Melayu dengan penuh semangatnya.. Muehehe

    “Sebagai  seorang guru Bahasa melayu apakah inisiatif yang awak boleh ambil untuk menanamkan sikap cinta akan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar? ”

    “Pendapat awak tentang Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik yang telah ditukar semula ke dalam Bahasa Melayu.”

    “Penguasaan Bahasa Melayu sekarang semakin kurang memberangsangkan , apakah yang anda patut lakukan untuk memartabatkan Bahasa Melayu?

    And soalan last sekali – “Awak dari Nibong Tebal kan, apa tempat menarik kat sana yang kami boleh lawat?”

    “Hutan Lipur Bukit Panchor !” Haha slamber ja aku bagi tempat tu padahal kat sini bukan ada tempat menarik sangat pun. :-p

    Antra soalan yang diajukan kat aku. Setiap orang berbeza, ada yang kena deklamasi sajak, menyanyi, demo mengajar, beri pendapat tentang politik and macam-macam lagi. Ok jugak la sebab aku boleh jawab semua soalan-soalan tu. Cuma salah seorang daripada panel tu cuba untuk push, atau bidas pendapat kita, mungkin dia nak tengok sama ada keyakinan kita tu berkurang atau tak. 


    Sempat jumpak dengan diorang ni. Member-member kat Soksek dulu. Safwan a.k.a Kayu still tak berubah dengan perangai gila-gila dia tu..haa.



    Dengan Cik Ain

    Dengan Cik Azhanis


    Lepas habis semua singgah kat rumah cousin , solat and lunch kat situ sekali.
    Dah buat sehabis baik. Doa , tawakkal la lepas ni. Kalau ada rezeki, dapatla masuk situ. Incik Kesayangan kata, “Makin jauh la kita nanti, huu”. 






    Saturday, 11 May 2013

    MEdSI DI UPSI

    Assalamualaikum semua. Seperti yang dinyatakan semalam, hari ni aku menghadiri ujian MEdSI di Universiti Pendidikan Sultan Idris , UPSI Tanjong Malim. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik smooth plus cuaca pun memang baik. Lebih kurang 2 jam setengah jugak dari rumah aku ke UPSI tu. Last pergi UPSI dua tahun lepas kot, dengan budak band.





    Luluhawa fizikal. Sebagai pelajar Geografi, adalah penting untuk aku memerhati alam sekitar fizikal yang terdapat pelbagai fungsi dan kegunaannya, huu. Bak kata Cikgu Nik, "Kalau pi mana-mana jangan tido saja dalam kereta, cuba tengok apa yang ada kat sepanjang highway tu.."







    Pukul 1.15 tengahari sampai di UPSI. Bangunan kuning tu la blok Pentagon yang menempatkan calon menduduki ujian MEdSI. Ramai jugak yang ambil ujian kat sini, tapi aku tengok lelaki berapa kerat ja. Nampak sangat diorang tak minat jadi cikgu, hehe. Untuk sesiapa yang ada temuduga USM dengan MEdSI hari ni mesti jenuh nak  terkejar-kejar, kalau rumah dekat dengan tempat ni takpa la jugak. Pukul 2 petang, ujian MEdSI pun dimulakan sampai pukul 3.10 petang. Aku siap ready dengan 4 batang pensel tau, tapi sekarang diorang dah buat MEdSI guna komputer macam kita nak ambil test komputer untuk Lesen motor/kereta, haa. 300 soalan dalam masa 1 jam 10 minit. Aku rasa dah jawab yang habis baik - lepas ni kalau ada rezeki diorang panggil untuk temuduga pulak. 


    Kebetulan pakai tudung hitam and baju kurung kaler merah sama dengan si Yana ni. Orang dok ushar peliks ja. Dah macam putri Umno pun ada kami ni.


    Auditorium

    Sempat snap pic ni dari jauh. UPSI memang mengingatkan aku kat Tun Syed Band, sebab almost every year kitorang akan singgah prektis kat sini dulu . Instruments kat sini pun banyak, so kami boleh guna jugak masa prektis tu. Miss that moment ! Bye2 UPSI, ada jodoh kita jumpak lagi. 


    Singgah lunch , solat kat R&R Tapah jap. Masa nak pi beli CoolBlog, ada budak-budak laki kat situ menyerlahkan kepoyoan mereka. "Hai adik, nama siapa, umur berapa?" 

    Hari Isnin nanti interview untuk USM pulak. Hope dapat buat yang terbaik. 

    Friday, 10 May 2013

    MINGGU YANG BUZY



    Salam semua.. Pagi tadi aku pergi SMKTAR, mantan sekolah aku Form 6 dulu, huu. Last pergi masa ambil result. Tadi pun just nak dapatkan pengesahan pihak sekolah untuk sijil-sijil. Sijil untuk apa? Sebenarnya aku ada dapat tawaran temuduga USM - course Sastera Dengan Pendidikan (ST01). Alhamdulillah. Mula-mula aku check, tak dapat pun. Tapi tiga hari lepas tu bila check balik aku dapat pulak. Nasib baik Ira ingatkan aku tentang ni. Mintak USM ni untuk back up bak kata akak aku.


    Lepas settle pengesahan sijil, aku dengan Nad masuk bik guru nak jumpak cikgu-cikgu Form 6. Sempat la jumpak Cikgu Mazidah, Cikgu Suriani, Cikgu Siti and Cikgu Nik. Tak sempat pulak jumpak Cikgu Marina sebab dia takda kat bilik guru tadi. Macam-macam benda nak dibualkan and fokus utama mesti la hala tuju nak sambung study kat mana.


    Turun bawah, tengok budak-budak Lower 6 yang baru tengah ada orientasi. Ramai jugak yang daftar tahun ni. Aminah, Suham and ada la beberapa budak batch aku yang datang jadi fasi untuk diorang. Err aku tengok baju MPP diorang tahun ni biru semacam ja. Dah macam baju Parti Barisan Nasional pulak, haa. Dah puas borak-borak dengan diorang, aku dengan Nad pun chow la. 

    Nak dijadikan cerita tengahari tadi baru aku dapat tau untuk check ujian MEdSI. Kalau tak, memang tak sempat la. Bayangkan, hari ni tau dapat ujian MEdSI, esok dah kena pi test kat UPSI. Giler rushing tu.. Agak ramai member aku yang dapat tapi tak sama tempat ujian tu. 


    Setakat ni aku dok tengok-tengok contoh soalan MEdSI kat internet. Kalau berjaya melepasi ujian MEdSI, baru diorang akan panggil temuduga pulak. Aku memang meletakkan harapan yang tinggi untuk masuk UPSI ni. Hope dapat buat yang terbaik untuk esok dan Isnin nanti. Kena bersedia mental dan fizikal, huu. Wish me luck ya ! 

    Sekian.

    Saturday, 4 May 2013

    HARI SABTU YANG SAKIT

    Assalamualaikum.. Sihat ka semua? Bukan hari Sabtu yang sakit sebenarnya, tuan empunya blog yang sakit, huu. Dah lama sihat, Allah bagi la sakit pulak..baru kita rasa nak ingat kat Dia selalu. 

    Bangun-bangun tidur pagi tadi dah rasa lembik gila. Macam nak pitam, tapi tak la sampai pengsan rasanya aku dah terjatuh kat tepi katil masa tu. Sakitnya kepala terhantuk kat situ. :-(.  Dari kemarin lagi dok rasa pening-pening plus sakit perut. Tapi, sakit perut kali ni lain macam  sebab rasa sakit tu kat bahagian sebelah kanan mencucuk-cucuk pulak tu. So mak tak bagi aku pi kerja hari ni, ambil cuti dan pergi klinik. 


    Muka budak terpaksa pi klinik

    Motif snap pic ni? Selamat mengundi esok !

    Sesampai di Klinik Hidayah, macam biasa la tunggu turn dipanggil. Then, doktor pun check perut aku . Nama Klinik Hidayah, tapi doktor lelaki..huk. Dia kata 80% aku ada Appendix sebab aku sakit bahagian bawah abdomen kanan tapi dia tak berani nak confirm kan. So, dia bagi surat rujuk terus kat hospital. 

    Terus ke Hospital Parit Buntar la, sebab dekat ja dari situ. Mula-mula doktor tu check blood pressure then buat urine test , plus check darah. Yela, nak confirm sama ada betul atau tak kehadiran appendix tu. Selama ni aku agak menjaga pemakanan, takdak pun nak makan benda-benda yang mendorong kepada appendix. Risau jugak takut kena operate, huhu.

    Ingat best ka kena inject? Sakit tahu? Harus la, aku anti darah dan jarum. Pembantu doktor laki tu pun dok gelak-gelak ja kat aku. "Takut ka adik?" "Tak mau la jarum tu..sakit tak? " Haha boleh tanya soalan macam ni kat dia. "Ala biasa la jarum, sakit sikit ja." Nasib baik dia buat slow-slow, kalau tak aku dah nangis dengan tak tau malunya dalam wad tadi. Lepas  ambil darah, kena masuk air la 2 botol. Tu la sapa suruh kurang minum air masak kan. First time kena tahan kat wad, mau ada 2 jam aku dalam tu, haih. Then, doktor pun datang check. Doktor lelaki lagi, malunya aku. Dah perut aku sakit, dia dok tekan kuat-kuat lagi. Sabar je la.. -___-'

    At last, doktor kata bukan appendix. Tapi kalau dalam 2,3 hari aku still sakit kat bahagian yang sama dia suruh datang hospital jugak nak make sure balik. Mungkin jugak aku kurang minum air, so jadi air kencing kotor. Dia suruh minum air banyak-banyak sebab kalau dok sakit-sakit nanti boleh effect buah pinggang pulak. 


    Masih terasa sengal di situ

    Korang semua, nasihat aku kat sini - Jaga la kesihatan dan pemakanan, tak seronok pun dok keluar masuk hospital macam ni. Kbai.