Saturday, 13 April 2013

TEMUDUGA BIASISWA DR. HAMZAID

Assalamualaikum semua. Hari ni aku menghadiri temuduga untuk biasiswa dana pendidikan Dr. Hamzaid . Kenal tak sapa beliau? Dr Hamzaid ni merupakan seorang Ketua Eksekutif dan Pengarah Syarikat di samping menjadi pemilik Kolej Teknologi Alpha. Mendapat pendidikan peringkat tinggi di Univesiti Malaya dalam bidang Ekonomi kemudian meneruskan pengajian peringkat Sarjana di East Anglia University, UK dan PhD di Washington State University, USA. Sebenarnya beliau bagi bantuan khusus untuk pelajar-pelajar STPM. 

Interview ni start pukul 8.00 pagi bertempat di The Summit Hotel, Bukit Mertajam. Sebenarnya ni first time aku jejakkan kaki kat hotel ni even dah bertahun-tahun dok pi outing kat Summit tu masa sekolah kat Soksek, huu. So interview tadi just untuk yang memohon mengikuti Program Intensif Bahasa Inggeris dan biasiswa semasa program ijazah. 








Ramai jugak yang datang. Penuh satu Dewan Panglima 1 tu. Lepas Dr Hamzaid tu bg speech lebih kurang setengah jam, dia start interview sorang-sorang. Erm dah Dr Hamzaid sorang ja yang tanya, memang lambat la nak tunggu turn. 


Bosan tunggu, sembang-sembang la dengan ira, nad, ina , fatin. Lepas ni bukan senang dah nak jumpa. Tambah-tambah si Nad yang dah pun berstatus isteri orang, huu. 

Ni memang temuduga terbuka, siap dok keliling meja lagi, hehe.


Apa ja yang Dr Hamzaid tu tanya? Just bagitau background, pilihan UPU and ada la dia bagi advice sikit. Dia sampai dah tak tau nak cakap apa, sebab ramai sangat yang pilih course education. Bila turn aku, 

Dr. Hamzaid : Kamu pun nak jadi cikgu? Upsi jugak yang jadi pilihan pertama. Pointer berapa?
Aku                : 3.59..
Dr Hamzaid  : Kalau tak jadi cikgu tak boleh? Ramai sangat yang nak jadi cikgu kat sini.
Aku                : Memang nak jadi cikgu, huu.
Dr Hamzaid  : Tengok sekarang yang dah grad pun ramai tak dapat kerja lagi. 
Aku                : speechless. huhu

Memang la sekarang persaingan sengit. Nak masuk Upsi , pointer 3.5 belum tentu lepas. Tapi nak macam mana lagi, dah tu yang aku minat. Hadoi. Takpa la, mana tau kan nak dapat yang mana. Ada rezeki, ada la.

Apa-apa feedback nanti pihak mereka akan maklum lain. Dalam pukul 12 lebih, baru kitorang balik. 

Ok guys, tu ja aku nak story. Bye-bye. 

19 comments:

  1. urm.. kalo tak boleh jadi cikgu, jadi la pensyarah.. amek smpi PhD...
    jgn lpe apply JPA scholarship... hhehe..
    gud luck!!
    result STP y sgt cemerlang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm insyallah.. hee. result biasa ja.. thanx ya.. :)

      Delete
  2. Assalammualaikum Masmida.. tahniah utk awak :-) nak tanya blh? Hihi.. mcm mana awak dpt tahu pasal biasiswa ni? :-) terima kasih :-)

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Masmida.. tahniah utk awak :-) nak tanya blh? Hihi.. mcm mana awak dpt tahu pasal biasiswa ni? :-) terima kasih :-)

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Masmida.. tahniah atas keputsan Stpm yg cemerlang! Nak tyk blh? Hihi .. mcm mana Masmida tahu pasal Biasiswa Dr.Hamzaid ni? Terima kasih :-)

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum Masmida.. tahniah utk awak :-) nak tanya blh? Hihi.. mcm mana awak dpt tahu pasal biasiswa ni? :-) terima kasih :-)

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam Ash Lubbers. Sory lambat respon.
    Erm alhamdulillah, makaseh..
    Sebenarnya biasiswa ni memang ditawarkan kepada semua pelajar khususnya lepasan STPM. Kitorang diberi borang ni masa Form 6 lagi. :-)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum masmida.. so awk dpt twrn tu la..?

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum masmida..sy mau tnya.. kmu ada dpt la tawaran tu..? blajar kat situ kh skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Junainah dunn : Waalaikumussalam..sory lambat respon. aha, sy dapat tawaran kursus bhsa inggeris tu, intake bulan Nov-Januari 2014. Tapi, sy tak boleh pergi la sebab dah terima UPU. Kenapa awak? ada dapat jugak ke?

      Delete
  9. ya.. sy pun dpt nov 2013-jan 2014 ni.. confuse nak pegi ke tak ni.. hehhehe.. awak dapat biasiswa insentif bhsa inggeris jak.. or dengan program ijazah sekali.. hehehe.. ok good luck dengan upu..

    ReplyDelete
  10. ouh ye.. sama laa.. sy pun dpt intake bln nov -jan 2014.. awk dpt biasiswa kursus bhsa inggeris je ? awk xdpt biasiswa untk prgram ijazah...? good luck upu..

    ReplyDelete
  11. owh ye ke.. sama la kita intake bln nov ni hngga bln jan 2014.. awk xdpt biasiswa untk program ijazah ke? just insentif..? good luck upu..

    ReplyDelete
  12. sama eh.. upu awk dpt mana? Aha..program ijazah tu pun saya dapat sekali.. kalau dapat ipta, better ke ipta awak.. :-)

    ReplyDelete
  13. sy xdpt upu punya.. owhh.. baguslah kalau awk dpt upu.. tahniah...

    ReplyDelete
  14. apa kegunaan dana biasiswa ni .tahiah utk wak....

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum.. nk tnya la.. betul ke dana ni xpayah dbayar balik...
    cam x caya je.. llgi dlm keadaan idup zaman skrng ni yg duit adalah sgalanya...

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..
    nak bertanya ni..
    btol ke dana ni xpyah bayar blik ..
    mcm xcaye je...
    llgi zaman skng ni..
    duit adalah segalanya...

    ReplyDelete
  17. Salam. Nk tanye. Lepas minta tu trus dpt ke?

    ReplyDelete