Sunday, 28 April 2013

APA PENDAPAT KITA?


Assalamualaikum semua. Petang ni rasa borink sangat , so aku decide nak update blog. Entri petang ni mungkin menyentuh tentang aspek politik dan sosial.  Tapi rasanya lebih kepada politik. Maklumlah kita kan diambang PRU ke 13 yang bakal berlangsung pada Ahad minggu hadapan. Meskipun aku sedar, belum cukup umur untuk mengundi tapi rasanya tak menjadi  kesalahan seandainya berkongsi pendapat. Dalam Perlembagaan Persekutuan pun ada menyatakan , Perkara 5-13 iaitu Hak Asasi Warganegara Malaysia yakni Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan.

Apa yang aku perhatikan saban hari ialah kebanyakan rakyat Malaysia bertungkus-lumus meyokong parti politik masing-masing. Yang menjadi calon pulak menggunakan tempoh yang diberi untuk berkempen. Tetapi yang amat mendukacitakan terdapat segelintir masyarakat yang sanggup menghuru-harakan keadaan dengan mengadakan sabotaj, fitnah, korup dan sebagainya. Aku bercakap random, tak menyebelahi mana-mana parti di sini. Tapi kalau korang stalk twitter aku, besar kemungkinan boleh cam sama ada aku pro government ataupun pro opponent. Kita ada haluan masing-masing, bebas memilih mana-mana parti yang kita nak . Hari-hari bila nak pergi kerja mata tak pernah terlepas pandang sederet bendera yang dipasang kat pokok, bangunan, kedai-kedai dan rumah. Ada hijau, biru, merah..huu. Takpa la itu sebagai simbolik semangat memperjuangkan parti masing-masing. Ada jugak yang buat aku sedih,  pakcik-pakcik makcik-makcik sampai bermasam muka hanya kerana tak sehaluan parti politik. Adakah ini yang kita mahukan? Benda-benda macam ni berlaku di sekeliling aku, rasa tak boleh la nak tutup mata ja tanpa ambil peduli. Mungkin terlalu menerapkan konsep ‘Assabiyah’ dalam memperjuangkan parti masing-masing sampai adanya pergaduhan, tarik muka dan sebagainya. Kalau macam tu, dah lama aku clash sebab ideologi yang berbeza mungkin. Tapi jangan la sempitkan pemikiran, kita kan Negara demokrasi  . Fikir positif la. Ada Ustaz tu kata, “Pilihlah golongan yang memperjuangkan Islam atas jalan Allah”. Kita ada option sendiri, tak kan la nak pilih pemimpin yang memang kita tau beliau tak boleh mentadbir negara dengan baik. Kebenaran akan terungkap jugak nanti. Yang mana bersalah tu, kalau terlepas kat dunia, kat akhirat semua boleh dibongkarkan. Plus yang mana suka buat fitnah tu, sedarlah dosa besar kot. Fitnah memang senang sangat boleh jatuhkan seseorang, tapi andai kata orang tu memang tak bersalah, waullahualam… Lagi satu, aku sedih gila tengok golongan yang sekarang ni makin menjadi-jadi dok hina ulama. Motif? Mungkin ulama tu adalah daripada pihak pembangkang. Tak kira la pembangkang atau kerajaan, mereka ulama, golongan pewaris Nabi. Takdak ka rasa hormat kita kat mereka ?  Fikir-fikirkan la sendiri.

Harapan aku, semoga negara kita sentiasa dalam keadaan aman. Kalau pun ada huru-hara, tapi tak la seteruk yang berlaku macam kat negara luar. Allah..takutnya bila fikir macam tu.. Pemimpin sama pemimpin bertelagah, rakyat yang menjadi mangsa ibarat gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Seseungguhnya bukan itu yang kita mahukan. Sama-sama la kita doakan keamanan negara tercinta ni..Sekian.

Saturday, 13 April 2013

TEMUDUGA BIASISWA DR. HAMZAID

Assalamualaikum semua. Hari ni aku menghadiri temuduga untuk biasiswa dana pendidikan Dr. Hamzaid . Kenal tak sapa beliau? Dr Hamzaid ni merupakan seorang Ketua Eksekutif dan Pengarah Syarikat di samping menjadi pemilik Kolej Teknologi Alpha. Mendapat pendidikan peringkat tinggi di Univesiti Malaya dalam bidang Ekonomi kemudian meneruskan pengajian peringkat Sarjana di East Anglia University, UK dan PhD di Washington State University, USA. Sebenarnya beliau bagi bantuan khusus untuk pelajar-pelajar STPM. 

Interview ni start pukul 8.00 pagi bertempat di The Summit Hotel, Bukit Mertajam. Sebenarnya ni first time aku jejakkan kaki kat hotel ni even dah bertahun-tahun dok pi outing kat Summit tu masa sekolah kat Soksek, huu. So interview tadi just untuk yang memohon mengikuti Program Intensif Bahasa Inggeris dan biasiswa semasa program ijazah. 








Ramai jugak yang datang. Penuh satu Dewan Panglima 1 tu. Lepas Dr Hamzaid tu bg speech lebih kurang setengah jam, dia start interview sorang-sorang. Erm dah Dr Hamzaid sorang ja yang tanya, memang lambat la nak tunggu turn. 


Bosan tunggu, sembang-sembang la dengan ira, nad, ina , fatin. Lepas ni bukan senang dah nak jumpa. Tambah-tambah si Nad yang dah pun berstatus isteri orang, huu. 

Ni memang temuduga terbuka, siap dok keliling meja lagi, hehe.


Apa ja yang Dr Hamzaid tu tanya? Just bagitau background, pilihan UPU and ada la dia bagi advice sikit. Dia sampai dah tak tau nak cakap apa, sebab ramai sangat yang pilih course education. Bila turn aku, 

Dr. Hamzaid : Kamu pun nak jadi cikgu? Upsi jugak yang jadi pilihan pertama. Pointer berapa?
Aku                : 3.59..
Dr Hamzaid  : Kalau tak jadi cikgu tak boleh? Ramai sangat yang nak jadi cikgu kat sini.
Aku                : Memang nak jadi cikgu, huu.
Dr Hamzaid  : Tengok sekarang yang dah grad pun ramai tak dapat kerja lagi. 
Aku                : speechless. huhu

Memang la sekarang persaingan sengit. Nak masuk Upsi , pointer 3.5 belum tentu lepas. Tapi nak macam mana lagi, dah tu yang aku minat. Hadoi. Takpa la, mana tau kan nak dapat yang mana. Ada rezeki, ada la.

Apa-apa feedback nanti pihak mereka akan maklum lain. Dalam pukul 12 lebih, baru kitorang balik. 

Ok guys, tu ja aku nak story. Bye-bye. 

Wednesday, 10 April 2013

SALAD SOSEJ & UBI KENTANG

Konbanwa !

Hari ni aku mengidam salad sosej and ubi kentang. So, balik kerja petang tadi dengan bersemangatnya aku buat la. Mula-mula tau resepi ni daripada Teacher Norehan, masa beraya kat rumah dia 2 tahun lepas. Sedap sangat, so bila nak makan aku buat ja. Senang, tak perlukan banyak ingredient pun. Rasanya ni first entry tentang resepi, huu.


Bahan utama : sosej, ubi kentang dan mayonis (kalau guna thousand island lagi sedap kot).

Cara buat :

1. First, rebus atau stimkan sosej dan ubi kentang tu sampai masak dan lembut.
2. Then, potong sosej dan ubi kentang tu mengikut kreativiti sendiri. Nak potong bentuk love pun takpa.


3. Dah siap  dipotong, gaulkan sosej dan ubi kentang tadi tu dengan mayonis. Nak lagi best tabur la serbuk lada sikit.



Dah siap ! Simple right? Jom makan sampai lebam, hehe

Tuesday, 9 April 2013

NUKILAN FATIMAH SYARHA & DR. FARHAN HADI


Assalamualaikum semua. Suka untuk aku  kongsikan kat sini mengenai dua buah novel yang baru saja aku baca. Kenal kan Ustazah Fatimah Syarha dengan suami tercinta Dr. Farhan Hadi?




Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul - Untuk pengetahuan korang  novel yang dikarang oleh Ustazah Fatimah Syarha ni dah jadi best-seller tau.  Ni kali pertama aku baca hasil nukilan dia. Kisah yang ditulis ni bertujuan untuk menyerlahkan sesusuk peribadi suami yang boleh dicontohi dengan watak Doktor Muslih . Ia digarap dalam bentuk bingkisan hati oleh watak isterinya , Qani’ah. Huu sedapnya nama. Aku rasa novel ni memang pasal Ustazah Fatimah ni dengan suami dia la. Must read!  Seriously penulisan dia memang kreatif ditambah dengan pelbagai hadis untuk mengintepretasikan jalan cerita dan mengukuhkan fahaman readers. Lepas aku baca novel ni, rasa macam nak dilahirkan semula , macam mana nak kata eh. Maksud aku, rasa macam nak mentransformasikan diri menjadi lebih baik tanpa terjebak dengan godaan duniawi yang bermacam-macam ni. Jealous sangat tengok watak Qaniah ni dengan Dr Muslih, dari diorang kenal sampai la dah ke alam rumah tangga. Cinta yang tiada maksiat. Betul la Allah dah sebutkan di dalam Al-Quran “ Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.”  Korang nak tau apa aku rasa bila baca novel ni? Try la baca sendiri!
“ Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya tiada yang berani. Kalau tak sedia kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah.” – Fatimah Syarha



Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu – Yang ni pulak novelet tarbiah 2 dalam 1 hasil gabungan Dr. Farhan Hadi dan Fatimah Syarha.
“ CINTA HIGH CLASS bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga si dia mesti mencintai secara high class. Jangan lupa bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga. ”
 
“CINTAKU KERANA AGAMAMU . Dalam agama Islam, ada perkara baik dan perkara yang terbaik. Adat yang selari syariat elok diraikan. Masyarakat akan lebih berbaik sangka dengan setiap pilihan orang lain apabila mereka mengamalkan mana yang menjadi prioroti . Inilah namanya konsep fiqh al-awlawiyat.

MasyaAllah, sangat awesome la cerita ni. Untungla . Credit to Kak Wida yang sudi pinjamkan aku novel ni.

Till then, selamat membaca !  :-)

Tuesday, 2 April 2013

SIGH


Sigh. Sesungguhnya mengeluh tidak dapat membantu aku untuk overcome situasi ini. Serba salah dibuatnya. Tanpa sedar, tindakan aku telah mengecewakan seseorang. Meletakkan setinggi harapan pada saat yang tidak pasti tetapi akhirnya memusnahkan segenap impian yang ingin dikongsi bersama. Aku dah agak pada awalnya aku akan berdepan dengan situasi seperti ini. Dulu aku telah memberi harapan pada dia untuk memilih bidang yang sama, mungkin jugak satu tempat dengan dia. Mungkin aku tak berfikir dengan lebih mendalam pada masa tu, so semua yang dia cakap aku setuju dan anggukkan saja. Berangan-angan untuk selalu bersama setelah berbulan-bulan mengharungi suka duka dalam hubungan jarak jauh. Ya..memang tak mudah nak kekalkan zon selamat dalam perhubungan yang berkonsepkan jarak jauh ni. Kita ada setia, ada sayang , ada toleransi tapi banyak benda yang kita terlepas. Yang pastinya keputusan aku untuk memilih  bidang lain telah  membuatkan dia kecewa. My bad..seriously my bad for giving such a big hope. Then, apa yang aku patut buat? Mengabaikan minat sendiri semata-mata nak memuaskan hati orang tersayang? Or being selfish tanpa fikir perasaan dia. Nope.. Aku dah serabut , rasa bersalah tahap infinity. Sepatutnya  aku tak bagi harapan dari dulu lagi.

Dengan pelbagai inisiatif yang dia dah buat untuk meyakinkan aku tentang bidang itu. Aku tak nak hubungan kami terganggu semata-mata sebab hal ni. Literally, semua benda aku tak focus hari ni. Asyik fikir pasal ni. Tapi, result upu belum keluar lagi. Tengok la apa yang aku dapat nanti. Hoping that everything will be OK. I’m so sorry .