Monday, 18 March 2013

STPM RESULT

Assalamualaikum , selamat malam semua. Seperti yang kita semua sedia maklum keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah pun diumumkan pada hari ini, 18 Mac 2013 tepat jam 12.00 tengahari tadi. Sah-sah la semua yang ambik STPM 2012 tu cuak gila tak terkecuali aku. Know what, pagi tadi aku sampai tak breakfast langsung gara-gara tak ada selera memikirkan result yang bakal aku dapat hari ini. Semalam pulak, aku tak boleh tidur. Before tu, aku buat solat hajat dulu untuk tenangkan hati yang bergelora gila tu. Mata memang dah mengantuk tapi nak pejam tak boleh..haa macam mana tu?? So, pukul 1.40 pagi baru aku terlelap. Aha..tak habis lagi. Tengah sedap-sedap tidur, aku diterjah dengan dua buah mimpi tentang result STPM. Guess what ? Mimpi yang second tu alhamdulillah la sebab suasana gembira menandakan result aku ok. Then, yang paling tak boleh blahnya mimpi yang first tu scary giler. Yang aku nampak kat slip tu ada tulis 'failed'. Haa..tak ke terkejut dinasour aku dibuatnya. Agak-agak la nak fail pun. Tahniah incik iblis sebab dah berjaya ganggu mimpi aku sampai macam tu, huhu. 


Nak tak nak, dengan penuh perasaan berdebar macam nak terkeluar jantung, limpa dan paru-paru aku gagah jugak pergi sekolah dengan mak untuk ambil result. Tapi, pergi lewat sikit, pukul 12.30 baru sampai sekolah. Masa tu aku tengok ramai dah yang datang. Err..actually before tu aku check via 15888 dulu. Tapi..20 minit kemudian baru dia reply mesej aku, huu. Dalam dok cuak pun, berani lagi check guna SMS. 

Setelah 1 tahun setengah berhempas pulas menyerap semua ilmu yang diajar oleh guru-guru kesayangan, ini lah keputusan yang aku dapat. Alhamdulillah, pointer 3.59 . Unexpectedly, it exceed my target. Kalau ikutkan target aku, 2A- 1B+ 1B dengan pointer 3.00 ke atas. 


Paper Sejarah yang aku target A-, menjunam ke B pulak. Aduhai..tapi memang patut pun sebab Kertas 1 tu aku merapu sikit, huu. My beloved Sir Ng, sorry because I can't get A or even A- for this paper. 


Mak Abah, ini ja yang kakcik mampu dapat. Rasa lega sebab dah berjaya melalui alam STPM ni.. Tak sia-sia jugak la aku pilih Form 6 rather than Matrikulasi. Syukur Ya Allah dengan apa yang Engkau berikan. Buat mak, abah, keluarga, guru-guru dan kawan-kawan semua terima kasih sebab selalu beri sokongan dan dorongan kepada aku selama ni. Erm tak lupa jugak nak berterima kasih kat Incik Kesayangan yang banyak bantu aku masa study, siap tolong buat time table lagi, berkesan jugak ye. :-p


Sekian. 

18 comments:

  1. congratulations! so what next? :)

    ReplyDelete
  2. ala..kak mas...saya dah tau!!! Tahniah kak mas!! so..tak payah la saya gitau time saya dpt result nanti kan?? :P

    ReplyDelete
  3. ZR : thanx.. what next? nanti sy update lain, hehe

    Khairil : Hamboiii.. tak aci la lagu tuuu. khairil wajib bgtaw kak mas. :)

    Hafizah : makaseh. :)

    ReplyDelete
  4. tahniah :) ...khamis nie saya pulak..hehe

    ReplyDelete
  5. ni kalau panggil i kakcik ni mesti cibiaqq ni. hehe. makasehh

    ReplyDelete
  6. tahniah ye kak...^_^...doakan untuk saya pulak...hehe...^_^

    ReplyDelete
  7. Tahniah sis ^_^ Alhamdulillah dapat result bagus . Heee . Rezeki .. Doakan Nurul untuk SPM pada khamis ni ye ..

    ReplyDelete
  8. Khalilah Naim : makaseh.. insyallah doakan, gudluck ye dik.. :)

    Nurul : Makaseh ye..alhamdulillah. ouh gudluck ye untuk STPM..insyallah result tu mcm yg nurul nak.. :)

    ReplyDelete
  9. tahniah..ok la tu. lps ni plan nak buat ape?

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, peluang terbuka di luar sana, teruskan usaha

    ReplyDelete
  11. wow tahniah ..sy pun dax stpm ..hehe..boleh jd pmbkr smngt nih ..hihi..

    ReplyDelete