Sunday, 10 March 2013

IT'S ALL ABOUT ME AND YOU

Konbanwa! 

Hye readers, entri kali ni aku hanya nak story tentang aku dan dia. Err, aku dan dia? Haa jangan nak salah faham, bukan pasal aku dengan Si Dia but it's all about my sweety, lovely, and simply Syaza Izzati. Syaza Izzati atau lebih famous dipanggil SI ialah salah seorang daripada bestfriend aku masa di Soksek (sampai bila-bila la, perhaps). Dear SI, aku dah kasitau kan nak story pasal kita, so baca la entri ni sampai habis. Biar terharu sampai nangis guling-guling, huu. 

Nak dijadikan cerita, aku kenal Syaza ni sejak Form 1 lagi sebab kami sama dorm (tak la satu dorm tapi sebelah camtu la). Tapi tak sama kelas, aku dapat kelas 1 Fikrah and dia pulak 1 Intelek. Kami memang close, pergi kelas sama-sama, pergi prep sama-sama, pergi Dewan Makan sama-sama apa ja yang tak sekali even tidur pun sekatil dan sebantal. Err tu tak kot..hehe nanti korang ingat kami lesbo pulak. Tapi tu la, dulu memang rapat sangat . Syaza ni memang comel, kalau dalam dorm siap buat rambut tocang kat depan lagi. Masa Form 1 je la, sebab still budak-budak, ahaks. Ha, yang tak boleh blahnya dia selalu usha aku masa aku nak pakai tudung kat locker. Sebab apa ek, tudung aku tu dulu susah nak jadi kot?hehe. Syaza, ingat lagi tak masa tu? Aku pulak buat muka seposen jaa. Budak sweet ni memang manja sangat dengan aku masa Form 1 dulu. Betol tak Syaza? Haa baik ngaku. Ingat lagi tak, ada satu hari tu aspuri kita takdak air, and minggu tu jugak semua dibenarkan PBM (pulang bermalam). Malam tu, budak dorm dah siap kemas-kemas dah lepas call parents suruh datang ambil. SI pulak beria-ria sangat pujuk aku suruh balik rumah dia. Tapi pada masa yang sama Alin pun offer aku balik rumah dia jugak. So aku macam serba salah, kalau nak balik rumah SI segan pulak sebab aku sorang jer. Yang tumpang rumah Alin pulak, ada Azhanis and Maisarah. Last-last aku decide untuk balik rumah Alin. Haa apa lagi Syaza sampai nangis bila aku taknak ikut dia, hihi. Syaza, mesti hang ingat lagi kan..pastu hang merajuk dengan aku sampai berapa hari entah. Alahai..manja sungguh minah sorang ni, hehe. By the way Syaza, dulu aku jelous gila tau bila nampak hang rapat dengan Liyana. Sedih oh masa tu, ceh buat tacing boleh, huu.

Syaza, pic ni aku cilok kat FB . Jangan marah ye sayang. xD

Masa Form 1 dulu jugak, SI selalu tolong aku buat Math. Untuk makluman korang, my SI ni teror Math tau. Kalau ada ap-apa yang aku blur, SI la jadi cikgu Math aku, huu. Minah ni selalu jugak kacau aku dalam dorm. Suka sangat nak main dengan bantal busuk aku yang comel tu. (Comel ker?) Comel la, kaler biru oh, haha. Entah apa-apa la. Aku pulak, pantang betul kalau sapa-sapa nak touch bantal busuk aku tu. Masa event 'Open Dorm' dulu, aku ingat lagi Abang Paan dengan slamber gajah dia dok lompat-lompat atas katil aku yang dah siap dicekang pastu dok peluk pulak bantal busuk aku tu. Grrr..(muka tahan geram) geram betol la, huk. Err..masa tu jugak aku kantoi dengan Abang  Kok Siang gara-gara lupa nak kunci locker. Dibukaknya locker aku, habis terkeluar baju yang aku sumbat terus sebab tak sempat nak lipat masa tu. Malu tahap karma beb, wuu. Dia pulak gelak besar kat aku. 

Sepanjang kita kawan ni, aku rasa kita takdak pun konflik yang serious..tapi aku musykil la kenapa kita dah tak rapat sejak naik Form 2 sampai la Form 5. Agaknya..salah satu faktor tu sebab dorm kita yang terpisah jauh ditambah pulak kelas yang tak sama. So, kita tak banyak masa untuk spend sama-sama. Yela, aku dorm zamrud Syaza pulak dorm Nilam. Bila pikir pasal ni, aku rasa sedih..sobs sobs. Tapi takpa la, apa-apa pun kita still kawan kan? Aku tak lupa la si Syaza yang manis ni . (Haa jangan kembang sangat aku dok puji hang ni, hee) Hope si budak sweet tu pun tak lupakan aku la. :-) Last kita jumpak pun masa kat Jusco bulan lepas. 


Dulu kami sama-sama ketot ja, tapi sekarang budak ni dah tinggi daripada aku, lol

Unfortunately, kami tak ada banyak gambar berdua pun. Tu yang sedih tu, haishh. Sokay la, asalkan kita tak lupa our sweet moments time sekolah dulu. Dear Syaza yang tengah ada kat USM Kubang Kerian, Kelantan sekarang ni, study elok-elok okay. Jangan nakal-nakal, huu. Mohon tak lupa kat Masmida Ahmad yang kecik molek ni, kui3. (muka perasan). Lastly, aku doakan bestfriend aku ni sentiasa sihat, panjang umur, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam hidup. Sayang Syaza Izzati ketat-ketat, haha. 

Sayounara. 

2 comments:

  1. ni mesti jenis malas lipat kain..huhu

    ReplyDelete
  2. incik farid, mana da. masa tu memang x sempat la nak lipat baju. -__-' x caya tnya bebudak dorm saya, antara locker yg selalu dikemas tu locker saya tau. huu

    ReplyDelete