Saturday, 9 March 2013

CONGRATS TUN SYED BAND

Assalamualaikum semua. Aku rasa semangat sungguh nak memenatkan jari untuk menghasilkan entri ni. Entri tentang apa? Semestinya about Festival Wind Orkestra Sekolah Berasrama Penuh kali ke XV-2013 yang telah berlangsung baru-baru ini. Seperti yang semua banders sedia maklum, FWO ni diadakan pada setiap tahun dan disertai oleh semua sekolah berasrama penuh.(sekolah yang ada Band saja la). FWO pada tahun ni telah berlangsung pada 1-5 Mac 2013, diadakan di Universiti Utara Malaysia, (UUM) Sintok, Kedah dan yang menjadi tuan rumah pula ialah Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim, Kedah. 



Kali terakhir aku join Wind Orkestra ialah pada tahun 2010 di mana banyak sangat saat-saat manis dan getir yang kami lalui bersama sebagai budak band. Agak sedih sebab kali ni aku tak dapat nak join diorang kat UUM tu dan tengok sendiri persembahan Tun Syed Band pada tahun ini. Pasukan Pancaragam Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin telah memainkan dua buah lagu iaitu Jauh-jauh dan Ascentium. So, berita gembira yang mengharukan budak-budak band soksek ialah Tun Syed Band telah mendapat pingat Emas (Johan Divisyen 2) dalam FWO kali ini dan layak ke Divisyen 1 pada tahun hadapan. Alhamdulillah, serious aku rasa teruja bila dapat tau keputusan ni tambah-tambah lagi diorang dapat naik Div 1. Tahniah Tun Syed Band, junior-junior yang dah berjaya naikkan semula TSB ke Div 1 setelah band kita jatuh ke Div 2 selama beberapa tahun lepas. 

TSB 2013 with ex-banders

Nampak dah semangat diorang tu, huu


My beloved juniors, euphonist. Rindu korang. :')

TSB tengah perfom atas stage

Gambar-gambar kat atas tu pun ambil daripada Auni and Khairil, dah diorang join sekali hari tu. Kalau nak tengok video untuk lagu Jauh-jauh , boleh la ke link ni. Dan untuk lagu Ascentium pulak, tengok sini yang Part 1 and Part 2

Ni pulak info yang aku dapat daripada page Tun Syed Band Family kat Facebook. Just sharing. :-)

Division 1

Finale
1. SM Sultan Abdul Halim Jitra
2. SM Sains Sultan Mahmud
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar
4. Sekolah Dato' Abdul Razak
5. Sekolah Seri Puteri
6. Kolej Tunku Khursiah
7. Sekolah Tunku Abdul Rahman
8. SM Sains Kuching
9. Sekolah Sultan Alam Shah

Anugerah Emas
Semua sekolah yang ke finale
SM Sains Tun Azlan Shah

Anugerah Perak
SM Sains Selangor
SMK(P) St. Georges Penang

Anugerah Gangsa
SM Sains Machang
SM Sains Dungun

Anugerah Peningkatan Kualiti
Sekolah Tunku Abdul Rahman

Divisyen 2

Anugerah Emas
SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
SM Sains Kota Tinggi

Anugerah Perak
SMK Abdul Rahman Talib Kuantan
SM Sains Tuanku Jaafar
SM Sains Muzaffar Shah
SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan

Anugerah Gangsa
SM Sains Tuanku Syed Putra
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan
SMK Tinggi Perempuan Melaka

Anugerah Peningkatan Kualiti
SMK Abdul Rahman Talib Kuantan

Layak ke Divisyen 1
SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin

Sebagai mengakhiri entri ni, aku nak ucapkan tahniah sekali lagi kepada Tun Syed Band 2013 atas kejayaan yang korang dapat ni. Walaupun aku ada dengar macam-macam yang tak kena dengan TSB pada awal tahun ni, tapi korang mampu overcome semua tu dan berjaya mengekalkan kedudukan pingat Emas pada tahun ni sekaligus melayakkan diri ke Div 1. So, junior-junior band, teruskan usaha anda untuk tahun hadapan dan juga tahun-tahun yang akan datang. Untung-untung tahun depan dapat pulak masuk finale. Amin, step by step la ok. Semoga Tun Syed Band akan terus mara ke hadapan . One Band, One Sound, One Family. 

TSB forever. Adious. 

2 comments:

  1. wah nad suke dgr pancaragm ni..tahniah sebb mmng..uum tu tmpat nad study

    ReplyDelete
  2. Nadia, thanx ek. sy minat band sgt.. :)
    ouh yaka... nad ambik kos apa?

    ReplyDelete