Monday, 18 March 2013

STPM RESULT

Assalamualaikum , selamat malam semua. Seperti yang kita semua sedia maklum keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah pun diumumkan pada hari ini, 18 Mac 2013 tepat jam 12.00 tengahari tadi. Sah-sah la semua yang ambik STPM 2012 tu cuak gila tak terkecuali aku. Know what, pagi tadi aku sampai tak breakfast langsung gara-gara tak ada selera memikirkan result yang bakal aku dapat hari ini. Semalam pulak, aku tak boleh tidur. Before tu, aku buat solat hajat dulu untuk tenangkan hati yang bergelora gila tu. Mata memang dah mengantuk tapi nak pejam tak boleh..haa macam mana tu?? So, pukul 1.40 pagi baru aku terlelap. Aha..tak habis lagi. Tengah sedap-sedap tidur, aku diterjah dengan dua buah mimpi tentang result STPM. Guess what ? Mimpi yang second tu alhamdulillah la sebab suasana gembira menandakan result aku ok. Then, yang paling tak boleh blahnya mimpi yang first tu scary giler. Yang aku nampak kat slip tu ada tulis 'failed'. Haa..tak ke terkejut dinasour aku dibuatnya. Agak-agak la nak fail pun. Tahniah incik iblis sebab dah berjaya ganggu mimpi aku sampai macam tu, huhu. 


Nak tak nak, dengan penuh perasaan berdebar macam nak terkeluar jantung, limpa dan paru-paru aku gagah jugak pergi sekolah dengan mak untuk ambil result. Tapi, pergi lewat sikit, pukul 12.30 baru sampai sekolah. Masa tu aku tengok ramai dah yang datang. Err..actually before tu aku check via 15888 dulu. Tapi..20 minit kemudian baru dia reply mesej aku, huu. Dalam dok cuak pun, berani lagi check guna SMS. 

Setelah 1 tahun setengah berhempas pulas menyerap semua ilmu yang diajar oleh guru-guru kesayangan, ini lah keputusan yang aku dapat. Alhamdulillah, pointer 3.59 . Unexpectedly, it exceed my target. Kalau ikutkan target aku, 2A- 1B+ 1B dengan pointer 3.00 ke atas. 


Paper Sejarah yang aku target A-, menjunam ke B pulak. Aduhai..tapi memang patut pun sebab Kertas 1 tu aku merapu sikit, huu. My beloved Sir Ng, sorry because I can't get A or even A- for this paper. 


Mak Abah, ini ja yang kakcik mampu dapat. Rasa lega sebab dah berjaya melalui alam STPM ni.. Tak sia-sia jugak la aku pilih Form 6 rather than Matrikulasi. Syukur Ya Allah dengan apa yang Engkau berikan. Buat mak, abah, keluarga, guru-guru dan kawan-kawan semua terima kasih sebab selalu beri sokongan dan dorongan kepada aku selama ni. Erm tak lupa jugak nak berterima kasih kat Incik Kesayangan yang banyak bantu aku masa study, siap tolong buat time table lagi, berkesan jugak ye. :-p


Sekian. 

Sunday, 10 March 2013

IT'S ALL ABOUT ME AND YOU

Konbanwa! 

Hye readers, entri kali ni aku hanya nak story tentang aku dan dia. Err, aku dan dia? Haa jangan nak salah faham, bukan pasal aku dengan Si Dia but it's all about my sweety, lovely, and simply Syaza Izzati. Syaza Izzati atau lebih famous dipanggil SI ialah salah seorang daripada bestfriend aku masa di Soksek (sampai bila-bila la, perhaps). Dear SI, aku dah kasitau kan nak story pasal kita, so baca la entri ni sampai habis. Biar terharu sampai nangis guling-guling, huu. 

Nak dijadikan cerita, aku kenal Syaza ni sejak Form 1 lagi sebab kami sama dorm (tak la satu dorm tapi sebelah camtu la). Tapi tak sama kelas, aku dapat kelas 1 Fikrah and dia pulak 1 Intelek. Kami memang close, pergi kelas sama-sama, pergi prep sama-sama, pergi Dewan Makan sama-sama apa ja yang tak sekali even tidur pun sekatil dan sebantal. Err tu tak kot..hehe nanti korang ingat kami lesbo pulak. Tapi tu la, dulu memang rapat sangat . Syaza ni memang comel, kalau dalam dorm siap buat rambut tocang kat depan lagi. Masa Form 1 je la, sebab still budak-budak, ahaks. Ha, yang tak boleh blahnya dia selalu usha aku masa aku nak pakai tudung kat locker. Sebab apa ek, tudung aku tu dulu susah nak jadi kot?hehe. Syaza, ingat lagi tak masa tu? Aku pulak buat muka seposen jaa. Budak sweet ni memang manja sangat dengan aku masa Form 1 dulu. Betol tak Syaza? Haa baik ngaku. Ingat lagi tak, ada satu hari tu aspuri kita takdak air, and minggu tu jugak semua dibenarkan PBM (pulang bermalam). Malam tu, budak dorm dah siap kemas-kemas dah lepas call parents suruh datang ambil. SI pulak beria-ria sangat pujuk aku suruh balik rumah dia. Tapi pada masa yang sama Alin pun offer aku balik rumah dia jugak. So aku macam serba salah, kalau nak balik rumah SI segan pulak sebab aku sorang jer. Yang tumpang rumah Alin pulak, ada Azhanis and Maisarah. Last-last aku decide untuk balik rumah Alin. Haa apa lagi Syaza sampai nangis bila aku taknak ikut dia, hihi. Syaza, mesti hang ingat lagi kan..pastu hang merajuk dengan aku sampai berapa hari entah. Alahai..manja sungguh minah sorang ni, hehe. By the way Syaza, dulu aku jelous gila tau bila nampak hang rapat dengan Liyana. Sedih oh masa tu, ceh buat tacing boleh, huu.

Syaza, pic ni aku cilok kat FB . Jangan marah ye sayang. xD

Masa Form 1 dulu jugak, SI selalu tolong aku buat Math. Untuk makluman korang, my SI ni teror Math tau. Kalau ada ap-apa yang aku blur, SI la jadi cikgu Math aku, huu. Minah ni selalu jugak kacau aku dalam dorm. Suka sangat nak main dengan bantal busuk aku yang comel tu. (Comel ker?) Comel la, kaler biru oh, haha. Entah apa-apa la. Aku pulak, pantang betul kalau sapa-sapa nak touch bantal busuk aku tu. Masa event 'Open Dorm' dulu, aku ingat lagi Abang Paan dengan slamber gajah dia dok lompat-lompat atas katil aku yang dah siap dicekang pastu dok peluk pulak bantal busuk aku tu. Grrr..(muka tahan geram) geram betol la, huk. Err..masa tu jugak aku kantoi dengan Abang  Kok Siang gara-gara lupa nak kunci locker. Dibukaknya locker aku, habis terkeluar baju yang aku sumbat terus sebab tak sempat nak lipat masa tu. Malu tahap karma beb, wuu. Dia pulak gelak besar kat aku. 

Sepanjang kita kawan ni, aku rasa kita takdak pun konflik yang serious..tapi aku musykil la kenapa kita dah tak rapat sejak naik Form 2 sampai la Form 5. Agaknya..salah satu faktor tu sebab dorm kita yang terpisah jauh ditambah pulak kelas yang tak sama. So, kita tak banyak masa untuk spend sama-sama. Yela, aku dorm zamrud Syaza pulak dorm Nilam. Bila pikir pasal ni, aku rasa sedih..sobs sobs. Tapi takpa la, apa-apa pun kita still kawan kan? Aku tak lupa la si Syaza yang manis ni . (Haa jangan kembang sangat aku dok puji hang ni, hee) Hope si budak sweet tu pun tak lupakan aku la. :-) Last kita jumpak pun masa kat Jusco bulan lepas. 


Dulu kami sama-sama ketot ja, tapi sekarang budak ni dah tinggi daripada aku, lol

Unfortunately, kami tak ada banyak gambar berdua pun. Tu yang sedih tu, haishh. Sokay la, asalkan kita tak lupa our sweet moments time sekolah dulu. Dear Syaza yang tengah ada kat USM Kubang Kerian, Kelantan sekarang ni, study elok-elok okay. Jangan nakal-nakal, huu. Mohon tak lupa kat Masmida Ahmad yang kecik molek ni, kui3. (muka perasan). Lastly, aku doakan bestfriend aku ni sentiasa sihat, panjang umur, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam hidup. Sayang Syaza Izzati ketat-ketat, haha. 

Sayounara. 

Saturday, 9 March 2013

CONGRATS TUN SYED BAND

Assalamualaikum semua. Aku rasa semangat sungguh nak memenatkan jari untuk menghasilkan entri ni. Entri tentang apa? Semestinya about Festival Wind Orkestra Sekolah Berasrama Penuh kali ke XV-2013 yang telah berlangsung baru-baru ini. Seperti yang semua banders sedia maklum, FWO ni diadakan pada setiap tahun dan disertai oleh semua sekolah berasrama penuh.(sekolah yang ada Band saja la). FWO pada tahun ni telah berlangsung pada 1-5 Mac 2013, diadakan di Universiti Utara Malaysia, (UUM) Sintok, Kedah dan yang menjadi tuan rumah pula ialah Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim, Kedah. 



Kali terakhir aku join Wind Orkestra ialah pada tahun 2010 di mana banyak sangat saat-saat manis dan getir yang kami lalui bersama sebagai budak band. Agak sedih sebab kali ni aku tak dapat nak join diorang kat UUM tu dan tengok sendiri persembahan Tun Syed Band pada tahun ini. Pasukan Pancaragam Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin telah memainkan dua buah lagu iaitu Jauh-jauh dan Ascentium. So, berita gembira yang mengharukan budak-budak band soksek ialah Tun Syed Band telah mendapat pingat Emas (Johan Divisyen 2) dalam FWO kali ini dan layak ke Divisyen 1 pada tahun hadapan. Alhamdulillah, serious aku rasa teruja bila dapat tau keputusan ni tambah-tambah lagi diorang dapat naik Div 1. Tahniah Tun Syed Band, junior-junior yang dah berjaya naikkan semula TSB ke Div 1 setelah band kita jatuh ke Div 2 selama beberapa tahun lepas. 

TSB 2013 with ex-banders

Nampak dah semangat diorang tu, huu


My beloved juniors, euphonist. Rindu korang. :')

TSB tengah perfom atas stage

Gambar-gambar kat atas tu pun ambil daripada Auni and Khairil, dah diorang join sekali hari tu. Kalau nak tengok video untuk lagu Jauh-jauh , boleh la ke link ni. Dan untuk lagu Ascentium pulak, tengok sini yang Part 1 and Part 2

Ni pulak info yang aku dapat daripada page Tun Syed Band Family kat Facebook. Just sharing. :-)

Division 1

Finale
1. SM Sultan Abdul Halim Jitra
2. SM Sains Sultan Mahmud
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar
4. Sekolah Dato' Abdul Razak
5. Sekolah Seri Puteri
6. Kolej Tunku Khursiah
7. Sekolah Tunku Abdul Rahman
8. SM Sains Kuching
9. Sekolah Sultan Alam Shah

Anugerah Emas
Semua sekolah yang ke finale
SM Sains Tun Azlan Shah

Anugerah Perak
SM Sains Selangor
SMK(P) St. Georges Penang

Anugerah Gangsa
SM Sains Machang
SM Sains Dungun

Anugerah Peningkatan Kualiti
Sekolah Tunku Abdul Rahman

Divisyen 2

Anugerah Emas
SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
SM Sains Kota Tinggi

Anugerah Perak
SMK Abdul Rahman Talib Kuantan
SM Sains Tuanku Jaafar
SM Sains Muzaffar Shah
SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan

Anugerah Gangsa
SM Sains Tuanku Syed Putra
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan
SMK Tinggi Perempuan Melaka

Anugerah Peningkatan Kualiti
SMK Abdul Rahman Talib Kuantan

Layak ke Divisyen 1
SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin

Sebagai mengakhiri entri ni, aku nak ucapkan tahniah sekali lagi kepada Tun Syed Band 2013 atas kejayaan yang korang dapat ni. Walaupun aku ada dengar macam-macam yang tak kena dengan TSB pada awal tahun ni, tapi korang mampu overcome semua tu dan berjaya mengekalkan kedudukan pingat Emas pada tahun ni sekaligus melayakkan diri ke Div 1. So, junior-junior band, teruskan usaha anda untuk tahun hadapan dan juga tahun-tahun yang akan datang. Untung-untung tahun depan dapat pulak masuk finale. Amin, step by step la ok. Semoga Tun Syed Band akan terus mara ke hadapan . One Band, One Sound, One Family. 

TSB forever. Adious. 

Tuesday, 5 March 2013

I'M FREE TODAY

Konnichiwa.. Semua sihat hari ni? Kalau tak sihat pergi la klinik ok. Sebenarnya hari ni aku cuti, so tak perlu la pergi kerja. Serious penat, letih, semua ada la bila kerja. So, hargailah mak ayah kita yang bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan kita. Cuti sehari ja seminggu, wuu. Bangun lambat tadi, (heaven2!) hehe. Selalu kan kena pergi kerja awal pagi, dengan sejuknya nak mandi..hanya aku yang tahu. Ceh, buat teruk lagi. Takda apa pun nak story, short entry saja ni. Pagi tadi pergi Pekan Selasa dengan my mum n Izzati. Biasa la tak beli apa pun, aku pilih-pilih tudung . Actually banyak pilihan tudung jenis baru tu, dengan bunga, ropol, labuci segala bagai. Tapi aku tak berkenan sebab selera aku yang simple-simple ja.  Zati pulak dah grab sehelai peplum. Nice one. Aku sempat beli tudung bawal kaler purple, nice jugak. Murah je. :-)

Mak pulak suruh aku masak hari ni. Mentang-mentang la aku x kerja, huu. So, menu hari ni sup ayam saja. Sedap oh! (Puiii..puji masakan sendiri) .

Aha..semalam aku dapat berita yang sangat la mengaharukan. Tun Syed Band telah berjaya merangkul Emas untuk Festival Wind Orchestra SBP kali ke XV/2013. Dan yang paling menggembirakan aku, TSB johan Emas Division 2 and will be promoted to Division 1. Congratulatios TSB ! InsyaAllah, aku akan buat special entry tentang ni dengan lebih detail. Coming soon. 


By the way, many many thanks to blogger Nur Hafiza yang menjadi follower ke-100 aku. :-)





Till then, jumpa lagi di next entry. Bye!