Thursday, 21 February 2013

PERSONALITI ANDA DI HUJUNG GINCU

Nak baca boleh..tapi terpulang la pada diri anda sendiri especially girls sama ada nak percaya atau tak. Entri ni sekadar suka-suka aku publishkan untuk perkongsian. Aku ambil dari novel PTS - Aku , Dia & Gosip karya Lily Haslina Nasir. Boleh tahan la novel ni, try la baca nanti.

Tirus Tajam - Anda seorang gadis yang berani, lincah dan agresif. Anda tidak pernah takut pada sebarang dugaan. Anda dikenali sebagai insan yang tidak suka terkonkong. Kadang-kadang anda kelihatan agak keterlaluan. Oleh itu, berhati-hatilah dengan tindak-tanduk anda. Jangan sampai orang di sekeliling meluat dengan anda. 

Rata - Bentuk yang rata dan mendatar pada hujung gincu menunjukkan anda seorang yang sangat tenang dan tidak suka ribut-ribut. Anda seorang yang sangat low profile. Walau apapun, sesekali anda mesti mengubah sikap dan penampilan anda. Bimbang jika kawan-kawan anda mungkin menganggap anda seorang yang lambat, terhegeh-hegeh dan terlalu beku.

Bujur - Jika bentuk hujung gincu anda bujur, kononnya anda seorang gadis yang ideal dan menjadi idaman ramai. Semua orang mudah bersahabat dengan anda. Biarpun anda sedang sibuk, namun anda sentiasa menunjukkan wajah yang ceria kepada orang di sekeliling anda. Kekalkan sikap positif itu. 

Tajam dan condong - Anda seorang yangcerewet dan terlalu berhati-hati. Anda sering buat hal sendiri dan jarang ambil tahu hal orang lain. Anda tidak suka bergosip apatah lagi mengumpat hal teman-teman. Perangai anda baik tetapi lebih baik jikalau anda kurangkan sikap terlalu pendiam itu. Bimbang orang akan menuduh anda sombong dan antisosial. 

Melengkung ke dalam - Hmm, anda mungkin seorang yang rakus, gelojoh dan tidak sabar. Bayangkan bentuk gincu anda melengkung ke dalam kerana anda selalu tergopoh-gapah tatkala menyapunya ke bibir. Anda menonyah gincu itu sekuat hati sehingga bentuknya berubah melengkung ke dalam. Anda juga mungkin seorang yang bnyak mulut, suka bergosip dan selalu berasa tidak senang hati jika ada insan lainyang lebih daripada anda. Sila ubah sikap anda itu. 



Girlssss, apa tunggu lagi. Pergi la check lipstick korang tu, hehe.  Err aku yang mana eh..? Tapi aku  mana pakai gincu, lip balm ja yang aku layan, huu. 

3 comments:

  1. follow sini... hope boleh follow balik... thanks..
    http://www.mohdfauzrin.my

    ReplyDelete
  2. sy jenis yg rata :)

    follow sini..ke 88..jemput singgah ke blog Yumida

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaka.. :) ok yumida, done follow u.. :)

      Delete