Wednesday, 13 February 2013

HANG OUT WITH THEM

Assalamualaikum. Nak story tentang event hari ni.. Dah lama tak keluar dengan kawan-kawan rasanya, so hari ni kami jumpa jugak. Event bertempat di Jusco Perda. Haleeda dengan Ayuni tak dapat join..yang ada tadi aku, Era, Liyana, Bad and Hajar. Disebabkan tak berapa nak tau jalan ke Jusco tu, aku naik bas rapid ja. Err yang buat aku annoy gila tadi, ramai sangat mat bangla dalam rapid tu. Sampai aku terfikir, "Ni kat Malaysia or Bangladesh?" Huu penuh dengan orang depa ja..rasa macam aku pulak yang jadi stranger dalam bas tu. Dear PM, patut ke nak tambah lagi kemasukan orang asing masuk ke negara kita ni??


Dalam pukul 12 lebih aku sampai sana. Sementara tunggu Era and Liyana, borak-borak la dulu dengan my bestfriend jugak, Badriah . Owh my Bad, awak dah chubby la sekarang..hehe tapi still comel. Banyak benda la sembang, sebab dah lama tak jumpak. Ni pun sebab dia cuti sem.. Pukul 1 camtu, baru la Era and Liyana sampai. Mulanya, plan nak tengok wayang cerita Hantu Kak Limah 2 tu, tapi ramai pulak orang plus takda cerita lain yang menarik hati. So, kitorang window shopping ja la. Then, lunch kat Pizza Hut. 



Aku, Era , Liyana order set meal Sweet Heart ni. Actually, set ni untuk couple sempena Valentine's Day..tengok la bentuk love lagi tu, huu. Err tibai je la dah nampak sedap ja. Lagipun memang tengah lapar tahap dewa.  



Nyum nyum.. :-p



Masuk ja, tapi tak main pun, huu

Lepas dah kenyang semua, kitorang singgah surau nak solat dulu. Then, tengok-tengok baju..biasa la kalau namanya girls, apa lagi nak dicarinya? Hehe.. Disebabkan kitorang tak tengok wayang, nak la masuk arked main game tapi..ramai pulak dalam tu plus kitorang dah 20 tahun kot, rasa macam, " Err macam budak-budak nakal ja pergi tempat game tu.." Hii...entah la, dulu kalau outing boleh ja aku masuk Virtualand yang dah macam disco ni. So, kitorang cancel la nak main game. 

Dah macam takda arah pulak lepas tu, tak tau nak pergi mana dah, hehe. Dalam pukul 5 camtu, kitorang gerak balik ke rumah..Takpa la, apa-apa pun happy sangat sebab dapat jumpa tadi. Bukan selalu nak hang out, sebab masing- masing dah study kat lain-lain tempat. Jaga diri tau Bad, Era, Liyana and Hajar..gonna miss u friends. :-)



1 comment: