Tuesday, 19 February 2013

ABAH..I'M SO SORRY

Satu perasaan yang bercampur aduk , menyelubungi diri..perasaan bersalah, sedih, resah dan gelisah. 

Kisah kelmarin, 

Pintu ditutup dengan agak kasar. Tanpa mempedulikan sesiapa pun aku terus meluru masuk ke dalam bilik. 

Abah menegur, " Awal balik hari ni? " 

Diam. Tidak bersuara sepatah kata pun. Tidak juga membalas.

" Tengok, abah tanya pun dah taknak jawab.......bla, bla bla "

Aku terus masuk ke dalam bilik. Selepas mendengar leteran abah sebentar tadi, mata mula berkaca. Rasa serba salah menyelubungi diri. Kenapa aku bersikap demikian tadi? Sedangkan abah hanya bertanya. Aku memang penat sangat hari ini. Penat melayan karenah pelanggan , penat melihat ragam manusia yang pelik -pelik belaka. Aku akui, sejak aku kerja di situ, walaupun part- time, masa dengan family dah semakin kurang. Tanpa disedari air mata menitis , laju dan semakin laju..terasa bersalah dengan situasi sebentar tadi. " Abah, maafkan kakcik..bukan sengaja nak buat macam tu," Hati kecilku berkata sayu. Namun, hanya terucap di dalam hati. 

Huh..kenapa la macam ni.. Malamnya, aku bersendirian di dalam bilik..terbaring sambil mengurut kaki dan tangan yang lenguh. Laptop dibuka, aku mulai online..Twitter dan Facebook dibuka silih berganti. Namun, tiada apa pun yang menarik minat aku. Beberapa minit kemudian, aku memutuskan umtuk Offline saja dan terus tidur. Agak awal tidur semalam. Dan..pada masa yang sama aku juga telah melakukan kesalahan terhadap dia. Aku dah minta maaf, tapi..aku masih rasa bersalah dan tidak terus mempedulikan dia. Egokah aku?? 

Please..i'm so sorry. Lately cepat sangat touching, buat muka dan macam- macam la. Penat agaknya.. Aku akan cuba untuk tidak bersikap macam tu lagi. 

InsyaAllah.. 



6 comments:

  1. hmm sama lah kadang kadang tu tak sedar pon terkasar dengan mk dn ayah ... jln terbaik segeralah minta maaf

    ReplyDelete
  2. biasalah..hati tgh sedih..marah..semua kite x layn..xpe nnt hati dh ok mintak maaf dgn abah

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm tu la cik nadia..x dapat nak kontrol emosi time tu.. huhu..dah mntak maaf pun.now dah ok :)

      Delete
  3. chill sygg..:)) erm besa la 2 kdg2 kllu penat 2 la jdik nya..:))

    ReplyDelete