Thursday, 21 February 2013

PERSONALITI ANDA DI HUJUNG GINCU

Nak baca boleh..tapi terpulang la pada diri anda sendiri especially girls sama ada nak percaya atau tak. Entri ni sekadar suka-suka aku publishkan untuk perkongsian. Aku ambil dari novel PTS - Aku , Dia & Gosip karya Lily Haslina Nasir. Boleh tahan la novel ni, try la baca nanti.

Tirus Tajam - Anda seorang gadis yang berani, lincah dan agresif. Anda tidak pernah takut pada sebarang dugaan. Anda dikenali sebagai insan yang tidak suka terkonkong. Kadang-kadang anda kelihatan agak keterlaluan. Oleh itu, berhati-hatilah dengan tindak-tanduk anda. Jangan sampai orang di sekeliling meluat dengan anda. 

Rata - Bentuk yang rata dan mendatar pada hujung gincu menunjukkan anda seorang yang sangat tenang dan tidak suka ribut-ribut. Anda seorang yang sangat low profile. Walau apapun, sesekali anda mesti mengubah sikap dan penampilan anda. Bimbang jika kawan-kawan anda mungkin menganggap anda seorang yang lambat, terhegeh-hegeh dan terlalu beku.

Bujur - Jika bentuk hujung gincu anda bujur, kononnya anda seorang gadis yang ideal dan menjadi idaman ramai. Semua orang mudah bersahabat dengan anda. Biarpun anda sedang sibuk, namun anda sentiasa menunjukkan wajah yang ceria kepada orang di sekeliling anda. Kekalkan sikap positif itu. 

Tajam dan condong - Anda seorang yangcerewet dan terlalu berhati-hati. Anda sering buat hal sendiri dan jarang ambil tahu hal orang lain. Anda tidak suka bergosip apatah lagi mengumpat hal teman-teman. Perangai anda baik tetapi lebih baik jikalau anda kurangkan sikap terlalu pendiam itu. Bimbang orang akan menuduh anda sombong dan antisosial. 

Melengkung ke dalam - Hmm, anda mungkin seorang yang rakus, gelojoh dan tidak sabar. Bayangkan bentuk gincu anda melengkung ke dalam kerana anda selalu tergopoh-gapah tatkala menyapunya ke bibir. Anda menonyah gincu itu sekuat hati sehingga bentuknya berubah melengkung ke dalam. Anda juga mungkin seorang yang bnyak mulut, suka bergosip dan selalu berasa tidak senang hati jika ada insan lainyang lebih daripada anda. Sila ubah sikap anda itu. 



Girlssss, apa tunggu lagi. Pergi la check lipstick korang tu, hehe.  Err aku yang mana eh..? Tapi aku  mana pakai gincu, lip balm ja yang aku layan, huu. 

Tuesday, 19 February 2013

ABAH..I'M SO SORRY

Satu perasaan yang bercampur aduk , menyelubungi diri..perasaan bersalah, sedih, resah dan gelisah. 

Kisah kelmarin, 

Pintu ditutup dengan agak kasar. Tanpa mempedulikan sesiapa pun aku terus meluru masuk ke dalam bilik. 

Abah menegur, " Awal balik hari ni? " 

Diam. Tidak bersuara sepatah kata pun. Tidak juga membalas.

" Tengok, abah tanya pun dah taknak jawab.......bla, bla bla "

Aku terus masuk ke dalam bilik. Selepas mendengar leteran abah sebentar tadi, mata mula berkaca. Rasa serba salah menyelubungi diri. Kenapa aku bersikap demikian tadi? Sedangkan abah hanya bertanya. Aku memang penat sangat hari ini. Penat melayan karenah pelanggan , penat melihat ragam manusia yang pelik -pelik belaka. Aku akui, sejak aku kerja di situ, walaupun part- time, masa dengan family dah semakin kurang. Tanpa disedari air mata menitis , laju dan semakin laju..terasa bersalah dengan situasi sebentar tadi. " Abah, maafkan kakcik..bukan sengaja nak buat macam tu," Hati kecilku berkata sayu. Namun, hanya terucap di dalam hati. 

Huh..kenapa la macam ni.. Malamnya, aku bersendirian di dalam bilik..terbaring sambil mengurut kaki dan tangan yang lenguh. Laptop dibuka, aku mulai online..Twitter dan Facebook dibuka silih berganti. Namun, tiada apa pun yang menarik minat aku. Beberapa minit kemudian, aku memutuskan umtuk Offline saja dan terus tidur. Agak awal tidur semalam. Dan..pada masa yang sama aku juga telah melakukan kesalahan terhadap dia. Aku dah minta maaf, tapi..aku masih rasa bersalah dan tidak terus mempedulikan dia. Egokah aku?? 

Please..i'm so sorry. Lately cepat sangat touching, buat muka dan macam- macam la. Penat agaknya.. Aku akan cuba untuk tidak bersikap macam tu lagi. 

InsyaAllah.. 



Wednesday, 13 February 2013

HANG OUT WITH THEM

Assalamualaikum. Nak story tentang event hari ni.. Dah lama tak keluar dengan kawan-kawan rasanya, so hari ni kami jumpa jugak. Event bertempat di Jusco Perda. Haleeda dengan Ayuni tak dapat join..yang ada tadi aku, Era, Liyana, Bad and Hajar. Disebabkan tak berapa nak tau jalan ke Jusco tu, aku naik bas rapid ja. Err yang buat aku annoy gila tadi, ramai sangat mat bangla dalam rapid tu. Sampai aku terfikir, "Ni kat Malaysia or Bangladesh?" Huu penuh dengan orang depa ja..rasa macam aku pulak yang jadi stranger dalam bas tu. Dear PM, patut ke nak tambah lagi kemasukan orang asing masuk ke negara kita ni??


Dalam pukul 12 lebih aku sampai sana. Sementara tunggu Era and Liyana, borak-borak la dulu dengan my bestfriend jugak, Badriah . Owh my Bad, awak dah chubby la sekarang..hehe tapi still comel. Banyak benda la sembang, sebab dah lama tak jumpak. Ni pun sebab dia cuti sem.. Pukul 1 camtu, baru la Era and Liyana sampai. Mulanya, plan nak tengok wayang cerita Hantu Kak Limah 2 tu, tapi ramai pulak orang plus takda cerita lain yang menarik hati. So, kitorang window shopping ja la. Then, lunch kat Pizza Hut. 



Aku, Era , Liyana order set meal Sweet Heart ni. Actually, set ni untuk couple sempena Valentine's Day..tengok la bentuk love lagi tu, huu. Err tibai je la dah nampak sedap ja. Lagipun memang tengah lapar tahap dewa.  



Nyum nyum.. :-p



Masuk ja, tapi tak main pun, huu

Lepas dah kenyang semua, kitorang singgah surau nak solat dulu. Then, tengok-tengok baju..biasa la kalau namanya girls, apa lagi nak dicarinya? Hehe.. Disebabkan kitorang tak tengok wayang, nak la masuk arked main game tapi..ramai pulak dalam tu plus kitorang dah 20 tahun kot, rasa macam, " Err macam budak-budak nakal ja pergi tempat game tu.." Hii...entah la, dulu kalau outing boleh ja aku masuk Virtualand yang dah macam disco ni. So, kitorang cancel la nak main game. 

Dah macam takda arah pulak lepas tu, tak tau nak pergi mana dah, hehe. Dalam pukul 5 camtu, kitorang gerak balik ke rumah..Takpa la, apa-apa pun happy sangat sebab dapat jumpa tadi. Bukan selalu nak hang out, sebab masing- masing dah study kat lain-lain tempat. Jaga diri tau Bad, Era, Liyana and Hajar..gonna miss u friends. :-)



Saturday, 9 February 2013

I AM A KOREAN DRAMA LOVER

Anybody yang suka sangat , i mean sangat-sangat suka tengok drama korea? Sila angkat tangan tinggi- tinggi. Haa..for sure ramai yang suka tengok especially girls, kan kan? Yang anti  korea tu tak payah la rasa annoy bila baca entri ni ek, hehe. Dah lama tau aku layan cerita-cerita korea ni since Standard 2 lagi. Antara sebab aku suka tengok, cerita korea ni kebanyakannya cute, happening, sweet plus jalan cerita yang menarik. Tapi, depends jugak la kat plotting sesebuah drama tu. Ada jugak yang aku tak layan kalau jalan cerita tak best. Satu lagi, actors korea handsome dan cute ok. Hihi..and actress diorang pun cantik belaka. Baru la rasa tertarik and teruja nak tengok cerita tu. (Tak kisah la korang nak kata " Ala, hero yang comel tu buat plastic surgery ja". Apa-apa pun aku tetap suka. Fullstop. Huu) Ha, lagi satu, cuba korang tengok hero-hero dalam drama korea, diorang sangat care pasal girlfriend diorang tau..tu la yang sweet, huu. Sekarang ni pun aku still layan ok. Hey lelak-lelaki kat luar sana, jadi la caring macam tu baru la kekasih korang bertambah sayang kat korang. :-p



Autumn In My Heart. First korean drama yang aku tengok tau. Cerita ni dah lama ditayangkan kat tv episode by episode since 2002 lagi. Best..tapi part tengah tu dah banyak konflik and  part sedih. Hero utama yang handsome- Song Seung Joo dan heroin yang cantik- Song Hye Kyo. Tapi ending la paling sedih, sebab hero dan heroin tu mati. Sobs sobs. 


Then, Full House. Tengok la sapa yang berlakon dalam ni, Rain dan Song Hye Kyo yang memegang watak utama. Seriously sangat best..tambah-tambah bila part diorang bergaduh tu.   Sweet la..huu. Happy ending tau. Err tapi Full House 2 aku tak tengok lagi, huu. Sokay la, nanti aku akan download sendiri then tengok sampai lebam. 


Aku suka lagu tema cerita My Girl ni. Watak-watak utama yang comel and attractive, huu. Yang paling penting, hero dia la Gong Chan (Lee Dong Wook) . Ouch, so good looking la you. Watak Yoo Rin (Lee Da Hae) ni very the happy go lucky. Ni pun happy ending jugak tau, plus romantik, sweet, semua ada la. Ni la cerita korea yang paling best bagi aku selepas cerita Gumiho tu. Sesiapa yang belum tengok, sila la tengok jugak. Aku bet korang akan jatuh hati kat Gong Chan tu lepas tengok cerita ni ok. Haha. 


Ni pulak our super duper awesome , Boys Over Flower. Drama ni pun ditayangkan kat tb episode by episode. F4 kat ShinHwa School - Jun Pyo, Ji Hoo , Yi Jung and Woo Bin. Cerita  ni aku start tengok masa Form 4 tau, tengok ramai-ramai kat Common Room aspuri. Perghh..siap pasang cd lagi, kami stay up semata-mata nak tengok cerita ni. Hee..sempoi la bila ingat balik sebab memang kami ja girls F4 kat CR tu sampai senior F5 usha peliks. Eh kakak-kakak, do I care? *muka slumber*  Disebabkan cerita ni la, aku mula jatuh hati kat Lee Min Ho sampai la saat ini. Oh my Min Ho, u looks so cool with your curly hair. OMG I don't have any reason not to like him, lol. Mr Mcbride mohon awak tak kisah saya like gambar Min Ho kat fb banyak-banyak, hewhew. Tapi, hari tu awak cakap Min Ho tu nama dia macam air kotak drinho. Tak kisah la, asalkan dia handsome.ahakss. Dalam cerita ni, Jan Di sangat sepadan dengan Jun Pyo, and for sure happy ending. Part yang aku paling suka tengok bila Jun Pyo layan Jan Di la. Walaupun pada mulanya, dua-dua asyik bergaduh, tapi at last couple jugak. So, from this story- I believe in hate at first sight. 


Fantasy Couple. Best ke cerita ni? Huu boleh tahan la. It is about seorang wanita yang sangat  kaya, snobbish, arrogant, and egois yang akhirnya mula jatuh hati kat seorang lelaki biasa. Tapi, Jo Anna ni dah kahwin pun sebelum dia bercinta dengan Chul So. Paling penting, Jang Chul So tu dah berjaya merubah Anna ni menjadi seorang wanita yang baik dan humble.  Cerita  ni menarik sebab ada banyak part diorang bergaduh tau, tapi at the same time ada element 'falling in love' yang tak disengajakan.   Seriously boleh tahan la, korang mesti tengok ok . :-)


Ni pulak , drama yang cute. Tengok la heroin tu kan. My Little Bride ni is about seorang budak perempuan yang baru berusia 15 tahun, dan dipaksa kahwin dengan sepupu sendiri. Dah la gap umur tu banyak, bayangkan la bila kena kahwin atas permintaan datuk diorang. Lupa pulak nama apa pelakon ni, huu.  By the way, cerita ni not bad la..thanks Nad sebab kasi aku cerita ni.


Next, One Liter Of Tears. Cerita ni memang aku tengok dengan penuh feeling tau. Many many thanks to my friend, Baad yang suggest aku tengok ni. Err ni drama Jepun, bukan Korea, hehe. Aya Ikeuchi ni menghidap penyakit yang diberi nama Spinocerebellar Degeneration Disease. Disebabkan penyakit ni dia terpaksa berhenti main bola keranjang. Sedih sangat masa dia kena survive dengan penyakit ni, plus diketawa dengan kawan-kawan yang tak supportive langsung. Aku menangis gila la tengok, habis sekotak tisu tu, huu wat teruk la. Cerita ni banyak bagi kata-kata semangat tau, untuk teruskan hidup walau apa pun yang terjadi. So, bila tengok cerita korea ni, takda la usha pelakon yang handsome dan cun tu saja tapi ada jugak moral value yang boleh kita pelajari. "Getting the disease isn't unlucky, but it's inconvenient". 


Eh ni pun drama Jepun jugak. Ala Korea dengan Jepun tu adik beradik la kan. Koizora yang bermaksud Sky Of Love, cerita ni pun Baad yang suruh aku tengok. Tahara Mika, as watak utama ni couple dengan Hiro . Konflik terjadi bila ex girlfriend Hiro cuba rosakkan relationship diorang. Ouch, Hiro ni smart tau dengan rambut spiky dia kaler putih tu. Unfortunately, Hiro ni mati di akhir cerita sebab penyakit barah otak. Huu sedih kot. Menangis jugak aku depan laptop masa tengok ni. :-( Detail please- tengok sendiri la ye kat youtube, huu.


To The Beautiful You- cerita ni Zurina yang kasi. Smart kan pic tu, huu. Drama ni merupakan adaptasi daripada Japanese Shouju manga- " Hanazakari No Kimitachi e" yang bermaksud "For You In Full Blossom". Goo Jae Hee ni dah jatuh hati kat Kang Tae Joon-seorang high jump competitor. Jae Hee sanggup menyamar sebagai budak lelaki untuk masuk ke Genie High School semata-mata nak tengok Tae Joon bersemangat balik untuk masuk event tu. How such a wonderful story la. Tabik spring la kat perempuan ni sebab sanggup tu berlakon jadi lelaki. At last, Tae Joon pun suka kat Jae Hee jugak, oh so sweet. Statement Tae Joon yang aku suka dalam drama ni - " Miracle is another name for hardwork". Fighting ! :-)


Last but not least, My Girlfriend Is A Gumiho. Dae Woong ni handsome la bila buat rambut camtu, huu. Mr Mcbride kembang semangkuk la sebab ada kawan dia cakap muka dia nak macam Dae Woong ni. *gelak guling-guling* Hehe..sebab awak sepet la tu. Mi Ho ni pun cun jugak. Drama ni tentang Gumiho (Nine Tailed-Fox) yang terlalu berharap untuk menjadi seorang manusia. Semuanya bermula bila Mi Ho bagi "bead" tu kat Dae Woong sehingga la macam-macam konflik yang berlaku. Romance, comedy, fantasy - cukup untuk buat kita gelak banyak-banyak, berangan tinggi-tinggi untuk part sweet tu and menangis pun ada bila part Mi Ho ni nak disappear. Aku paling tertarik dengan salah satu lagu tema yang dimainkan dalam drama ni, 'Trap' by No Min Woo. Seriously bila dengar rasa macam ada aura best tu la, terbayang-bayang part yang ada Park Dong Joo (No Min Woo) tu, huu. Lagu ni dah jadi ringtone handset aku tau. Tapi lastnya, Mi Ho ni still ada satu lagi ekor, hehe. 

Ni la serba sedikit drama korea yang aku pernah tengok. Ada lagi- Secret Garden, Now And Forever, Metal Garden, Skip Beat..huu banyak la. Tapi drama 'Faith', aku belum ada kesempatan lagi nak tengok. Nak sangat tengok sebab my Lee Min Ho yang berlakon dalam tu. ( Seriously my Lee Min Ho?) Haha screw me please. Walaupun aku sangat suka tengok drama and cerita korea ni, tapi aku tak la layan sangat KPOP and Running Man semua tu, huu. OK la, buat peminat-peminat korea yang kat luar sana tu, kita ada alasan tersendiri kan untuk meminati korea ni. Tapi, takda la sampai taksub sangat. Itu tidak baik untuk kesihatan. hehe.

Friday, 8 February 2013

I WANT IT TO BE MINE

Assalamualaikum awak-awak yang comel dan handsome. Lamanya rasa tak update blog, lebih kurang tiga minggu jugak. Biasa la Mrs Mcbride ni kan kerja part-time, so hari-hari agak buzy dan letih tau tak? Wuu.. Saat ni just nak luahkan keinginan aku yang nak memiliki sepasang Peplum kaler purple yang masih belum tercapai. Seriously, nak sangat. Sesiapa boleh tolong beli? Ahaha jangan nak mengada la Mas. Sokay...sokay...my second salary nanti, i will get it by hook or by crook. 


Ni la dia..purple crepe moss. Cantik kan? Ta kira la even plain pun, tapi kaler ni cantik bagi aku. Tak cantik? Korang punya pasal la, hehe. Actually aku tak berminat sangat nak beli via online shop sebab takut tak memuaskan . So, aku akan beli kat Peace la nanti boleh try sekali terus. Hey peplum, wait for me okay? *kenyit mata* 


Ok tutup cerita pasal peplum tu. Petang tadi..aku keluar la, nak beli hadiah untuk Nad punya wedding hari ahad nanti. Before that, aku pergi BSN kat Parit Buntar tu. Hari Jumaat biasa la ramai orang kan, tapi Ya Allah tak tau nak kata la punya lambat diorang buat kerja. Kaunter sampai 5 ada, tapi yang bagi service 2 ja. Aku tak paham betul la, korang kekurangan pekerja ka apa.? Dah tu, lambat pulak. Poor service. So Malaysian la.. Makcik yang dok sebelah aku tu tah berapa jam dia dok merungut cakap macam-macam, huu. Nasib baik aku sabar lagi tadi, kalau tak sorang-sorang dah kena soft torture tadi, hukhuk. Tu la aku rasa diorang patut improve sikit service tu, bukannya aku tak sabar tapi dah nampak sangat slow motion, haisshh.

Ok guys, itu ja aku nak story. Bye. *lambai tangan* :-)