Monday, 21 January 2013

UPU


Assalamualaikum , selamat malam semua. Dah beberapa hari asyik fikir tentang permohonan UPU tu. Nombor pin dah beli, tapi tak isi lagi pun. Permohonan untuk UPU ni seperti yang anda sedia maklum boleh dilakukan mulai 7 Januari 2013 hingga 14 April 2013 . Ni untuk fasa satu, tak nak isi lagi pun boleh sebab tunggu result dulu. Aku kan lepasan STPM , ambil aliran sastera. Literally,  tengah takdak arah ni nak pilih kos apa untuk isi UPU. Erm, dari dulu lagi aku berminat untuk menceburi bidang pendidikan, nak jadi cikgu la katakan, huhu. Ingat lagi tak masa sekolah rendah dulu tu kita kena isi maklumat peribadi yang ada cita-cita tu. First choice aku, cikgu tau. Lol .

Mak dengan abah pun nak aku jadi cikgu. Lepas SPM tu, aku dapat interview Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Mengkuang, kat Bukit Mertajam tu tapi tak terpilih pun, maybe sebab kurang persediaan and keyakinan diri masa tu, huk. Incik Kesayangan pulak suggest aku ambil  kos Administrative Science. Dah tengok syarat kelayakan, bagi lepasan STPM macam aku, at least 3 Principals termasuk Pengajian Am, kredit dalam English, Matematik, Prinsip Akaun or Economics. Err tapi..untuk semester 1 kena belajar subjek yang ada kira-kira macam Business Mathematics and Accounting. Tu la yang aku tak berapa nak ok sebab aku memang lemah Math pun, wuu. Peluang pekerjaan seperti  Public Service Department sebagai Pegawai Tadbir, Enforcement Officer, seorang Pegawai Pengurusan Sumber Manusia (HR Officer) . 

Dulu, aku ada la isi ‘I must see you’ tu, korang boleh tengok kat sini. Melalui link ni korang boleh semak syarat kelayakan program yang dikehendaki untuk semua IPTA. Aku dah try isi untuk kemasukan ke Uitm, UPSI, UKM, UM etc. Banyak jugak yang aku try isi, huu. 





Ni yang uitm punya. Kos sains memang tak layak la sebab aku aliran sastera, huu. Aku isi ni based on keputusan trial STPM dan SPM. Eh kos Muzik boleh la? :-p




Another option, UPSI. Huu, aku memang teringin nak masuk UPSI dari dulu lagi. Insyallah kalau result aku layak untuk UPSI, nak ambil kos Pendidikan Bahasa Melayu. Tapi, aku ada la tnya senior . Abang Han tu kata, now UPSI just ambil yang pointer 3.8 ke atas. OMG, punya tinggi..hukhuk. Tapi yang penting masa interview tu la kena betul-betul confident.. 

Yang lain-lain tu ada lagi tapi malas la nak print screen, hehe. Risau jugak ni dengan result.. Kalau ikut trial dulu, pointer aku 3.42 ja, turun sedikit berbanding UPT iaitu 3.58. Untuk trial, Pengajian Am = 74(A-) , Sejarah = 75(A) , Geografi = 61(B) dan Bahasa Melayu = 61(B). Result sebenar, aku targer 2A- , 1B+, 1B dengan pointer 3.00 ke atas. Huu..cuak la bila pikir tentang result. Harap-harap ia tak menghampakan aku lagi. Tawakal je la, sebab aku rasa dah buat yang terbaik. 

Ok readers, setakat ni saja la. Sesapa yang masih tak tau nak pilih kos apa, jom la borak-borak dengan aku. huu. Sekian. 

2 comments: