Friday, 4 January 2013

Suka Duka di SMKTAR Part 2

2012






Rajin buat notes.. :-p

Sebenarnya bila bergelar pelajar Form 6 ni bukan senang. Subjek sangat la susah..nampak ja senang tapi bila dah merasa baru tau sendiri. Tapi tu lah, bila dah buat keputusan untuk stay kat sini kena la usaha lebih sikit. Antara subjek yang aku belajar, Geografi.. Bukan macam Geografi F3 tu, ada soalan objektif yang boleh pilih-pilih jawapan. Tapi Geografi Tingkatan 6 ada Kertas 1 dan Kertas 2. Kertas 1, Geografi Alam Sekitar Fizikal dan Kertas 2 pulak Geografi Alam Sekitar Manusia. Sebenarnya belajar tentang yang pernah diajar masa Tingkatan 3 dulu cuma lebih meluas. Aku lebih suka Kertas 2 sebab isi tu lebih senang nak cari dan huraikan. Bahasa Melayu..subjek pebret aku ni..huu. Sama jugak ada Kertas 1 dan Kertas 2. Aku lebih suka Kertas 2 sebab I love to write essay. Best tau belajar BM ni sebenarnya, Cikgu Marina target aku A- untuk subjek ni, aminn.. Untuk Pengajian Am pun ada Kertas 1 dan Keras 2, di mana aku sangat risau soalan subjektif yang gila-gila tu dan bahagian graf. Harap paper ni ok la nanti, paper wajib lulus ni..huk. Then, Sejarah yang sangat awesome. Aku minat jugak sejarah ni..tambah-tambah bila Sir Ng yang ajar. Untuk paper Sejarah ni, aku selalu dapat result yang agak ok la dalam exam. Tak tau la Sir Ng ni sangat baik hati bila bagi markah ka apa, tapi harapan aku untuk keputusan sebenar nanti tak menghampakan la. Muet pulak? Aishh malu la nak story..Band 3 ja..huu. Nampak sangat tak boleh ambik LAW. :-p






Snap dulu before merentas desa. Credit to Cikgu As.





Tengok ni, Cikgu Siti kata aku budak baik.. lalala~


Yang kat atas ni pulak masa Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum. Aku dapat untuk subjek terbaik Bahasa Melayu. Memang aku minat BM pun sejak sekolah rendah lagi. Hope result sebenar nanti ok la. Err sesuai tak if aku jadi cikgu Bahasa Melayu nanti? Hihi. Apa-apa pun, gambar aku tu tak macam pelajar Form 6 tapi macam Standard 2 ja..rendahnya diri ini, lol.


Suka-suka hati ja bergambar kat sekolah diorang. Aniway, ni masa menghadiri bengkel Pengajian Am kat Sekolah Tinggi Bukit Mertajam. Cantik pemandangan and bangunan sekolah diorang, aku rasa macam tengah ada kat sekolah Inggeris tau .

5/10/2012- Graduasi untuk Upper 6 yang bertempat di Hotel Bayview, Penang. Awalnya buat majlis graduasi? Hehe, sekolah Tunku Abdul Rahman memang macam ni. Lain daripada yang lain plus sempoi sikit. 




Nampak tinggi? Mana tak nya, pakai wedge 10 cm, haha.



Setiap kelas mesti ada persembahan masing-masing . Kelas aku, 6A3 buat persembahan nyanyian lagu Sahabat (Najwa feat Syam Kamarul) tu. Tak menang pun, maybe sebab last minute punya persiapan. Bertuah malam tu sebab dapat lucky draw. xD


With our incredible Sir Ng




Akhirnya..masa yang amat digeruni telah tiba. Setelah 1 tahun setengah di SMKTAR, kami menduduki STPM pada 19 November hingga 12 Disember. Soalan banyak yang aras tinggi, tapi ada jugak yang tak berapa susah. Maybe sebab batch kami sukatan yang terakhir. Lower 6 tahun ni dah ada sukatan yang baru tu, ada sem macam kat Universiti. Lagi la susah agaknya tapi insyallah ok ja.



Ni masa lepas habis paper Bahasa Melayu 1. Muka eksaited dah habis exam la katakan. Separuh merdeka dah ni.



Esoknya, ada Jamuan Perpisahan Kelab Pemimpin Muda kat sekolah. 

Setakat ni je la yang aku dapat ceritakan tentang life aku sepanjang belajar di SMKTAR. Banyak benda sebenarnya nak story, boleh buat novel tau. Huu..tapi aku bagi summary je la. Doakan kami semua dapat keputusan yang cemerlang untuk STPM ni ye. Thank You.. ^_____^









No comments:

Post a Comment