Friday, 4 January 2013

Suka Duka di SMKTAR Part 1


Hello hello hai.. Sihat? Dah makan? Dah mandi? Haish banyak pulak tanya kan..huu. Ok now aku akan story kehidupan aku, suka dan duka semasa bergelar pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman.

Kenapa ambil Form 6? Actually result SPM tak berapa nak ok, 4A ja yang termampu. Huhu sedih kot. Tapi benda dah lepas, agaknya sebab kurang effort untuk SPM tu. Sebenarnya aku dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) untuk program 2 tahun. Walau bagaimanapun, setelah difikir-fikirkan, aku memutuskan untuk proceed ke Tingkatan 6. Kenapa tak pergi Matrik ? Bukan ke ambil aliran sains? Huu ni la persoalannya..nama ja budak sekolah sains tapi tak pi matrik pun. Apa da.. Subjek sains aku tak berapa ok, tambah-tambah Fizik dengan Kimia. Aku memang lembab sikit subjek-subjek sains ni, tak tau la kenapa boleh sesat kat SMSTSSS tu sampai  5 tahun.




See, aku siap buat jadual comparison sama ada nak ke KMPP  atau Form 6. Masa tu tengah berbelah bahagi lagi. Mak kata atas diri aku sendiri la nak pergi mana. Kalau rasa tak boleh nak pick up kat Matrik, better pergi Form 6. Kawan-kawan dok suruh pergi matrik, tapi entah la masa tu aku rasa macam dah tak mampu nak bawak subjek sains. So, setelah fikir masa-masak, aku pilih Form 6. Ternyata keputusan tidak pernah berubah kali ini. Lagi pun, nanti boleh continue dengan Degree. Bila dah di Form 6, teringat kata-kata Cikgu Nordin. Huu, malu la kalau jumpa dia . Ramai orang meletakkan persepsi yang negatif terhadap Form 6, sebab apa aku pun tak pasti. Mereka seolah-olah memandang rendah kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 ni. Tapi, aku cuba buang jauh-jauh semua anggapan negatif tu sebab aku dah decide nak continue dengan Form 6. Tak mungkin aku berpatah balik. Aku tengok ramai ja senior yang dah keluar sekolah masuk UM, USM, and UIA. Mana la tahu rezeki aku ada kat sini. Family, kawan-kawan dan cikgu-cikgu pun banyak bagi semangat kepada aku. So, start ja masuk Form 6 aku dah berazam nak belajar betul-betul for the sake of my future. Kalau masa Form 4 dengan Form 5 dulu tak sedar diri masih lagi  lagha-lagha ja tapi kali ni berbeza sama sekali. Untuk Form 6 ni, aku ambik aliran sastera di mana pilihan subjek aku ialah Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan Pengajian Am. Pengajian Am and Muet wajib ambil. Disebabkan sekolah aku tu tak terlalu jauh dari rumah, aku nak moto je la. Lesen ada, apa susah kan. Tak makan masa lama pun, dalam 10 minit ja, tapi kalau pecut tak sampai sepuluh minit pun. Masa lower 6, aku masuk kelas 6B3. Majoriti budak perempuan la, lelaki Melayu tak ramai pun kat sini. Lelaki Chinese ramai..kesian Aizuddin jadi lelaki Melayu terakhir, hehe. Untuk pengetahuan readers, cikgu-cikgu Form 6 sekolah aku ni memang kebanyakannya super duper sporting la. Sebab tu la best , boleh bergurau-senda lagi. Aku tak akan lupa Teacher Norehan, Cikgu Nik, Cikgu Siti, Sir Ng Kim Hui and Cikgu Nik. Tambah-tambah Sir Ng, guru Sejarah aku. Perwatakannya yang kadang-kadang serious dan anti-sosial mengingatkan aku pada Cikgu Nordin, huu. Ayat-ayat dia memang tak boleh blah la, sampai tergelak-gelak kami waktu P&P. Yang aku ingat, “ Pandai punya orang harus anti-sosial.” Err kalau anti-sosial macam mana nak kerja nanti Sir? Huu..maksud Sir Ng ni , kalau tengah belajar kena duduk sorang-sorang and betul-betul fokus, jangan bercampur dengan kawan-kawan yang hanya nak buang masa kita saja. Sir Ng pernah cakap muka aku ni sentimental. Yela tu..hee.


2011



Name tag yang tak perlu lencana sekolah..sempoi la sekolah ni



Mas, Ain, Ira, Nad



Poyo ja



Lepas berlatih koir..huu


Awal tahun 2011, masa Lower 6, kelas yang ambik aliran sastera plus beberapa pelajar Perdana kena buat koir untuk sambutan hari jadi TYT. Kitorang koir lagu Yale Yale , Keindahan Pantai and satu lagi aku tak ingat . Masa berlatih koir ni, teringat Tun Syed Band. Kat sekolah Tunku ni ada ja band tapi majoriti ahli-ahlinya budak Chinese. Malangnya, Form 6 tak boleh terlibat dengan band tu, kalau tak dah lama aku main Euphonium balik kat situ tau. Lagu stail 60-an , pop ye ye gitu..huu, sebab TYT tu suka lagu-lagu macam ni. Terharu sebab TYT puji koir sekolah Tunku best. Then, kitorang ada masuk satu lagi koir untuk Sambutan Hari Malaysia and Sambutan Merdeka bertempat di  padang Dewan Haji Ahmad Badawi, Butterworth. 




Dah macam budak-budak tadika ja. Yedop?



Kawan-kawan yang sporting <3


Masa tahun 2011, kitorang ada buat banner untuk Sambutan Maulidur Rasul, dapat la naib johan untuk banner tu, hehe.





Kat bawah ni  pulak masa masuk Pertandingan Kokurikulum Akademik Pra Universiti peringkat daerah. Banyak jugak sekolah yang ambil bahagian. Pertandingan yang disediakan - pidato, choral speaking, public speaking, perbincangan dan sketsa. Aku and kawan-kawan yang lain masuk sketsa. Tahniah SMKTAR kerana berjaya merangkul tempat pertama untuk Public Speaking, Speech and Choral Speaking.




Watak aku as a pregnant woman, huu




Ni masa nak ambik duit raya, huu. Muka teruja tu.


Ada sambungan ni, untuk tahun 2012 pulak. Tengok la :-)

No comments:

Post a Comment