Thursday, 3 January 2013

MY 2013’s RESOLUTIONS . WHAT TO DO ?


Assalamualakum..seperti yang kita semua ketahui 2012 telah pun pergi meninggalkan kita semua dan 2013 datang membuka lembaran baru dalam kehidupan kita. Terlambat pulak update resolution untuk 2013 ni. Dan pada 1 Januari yang lepas I am officially 20 years old. Huu dah rasa macam tua la pulak bila dah masuk 2 series ni. Tapi takpa..alhamdulillah masih diberi umur yang panjang oleh Allah SWT untuk berada di muka buminya ini.

Kalau nak diikutkan azam tahun lepas, macam biasa ja. Tak perlu la aku cerita, yang aku nak kasi tahu sekarang tentang azam tahun ni. Ok, jom tengok..

1. Menjadi lebih rajin – selama ni malas ka? Huu..nak lebih lagi la.

2. Menjadi anak yang baik, taat kepada perintah kedua-dua ibu bapa

3. Cuba menjaga hubungan sebaik mungkin dengan makhluk Allah di muka bumi ini.

4. Mendapatkan berat badan yang ideal – Ideal macam mana tu? Berapa ja..hehe biar aku ja yang  tahu tentang ni.

5. Insyallah kalau dapat tawaran masuk ke universiti yang aku dah apply nanti, usaha untuk belajar bersungguh-sungguh akan dipertingkat sebanyak mungkin demi masa depan aku.

6. Blogging – Harus diteruskan..

7. Cinta hati – semoga hubungan kami kekal hingga ke akhir hayat

8. Ambil lesen kereta – Ni pun dikira azam ka? Hehe..cuti masih banyak. So masa ni la nak ambik .


Tu saja azam aku untuk tahun ni. Nak banyak-banyak takut tak kesampaian pulak.. Harap semuanya berjalan dengan lancar . Lately, ada something yang memang mengganggu aku.. apakah? Huu takda apa yang teruk pun cuma kulit aku semakin sensitif.. Dah pergi klinik kelmarin, doktor cakap aku allergic. Aiyakkk..selama ni aku tak pernah pun kena allergic segala bagai ni. Tiba-tiba ja..haishh sedih betul. Ini bermakna aku tak boleh makan sesuka hati macam dulu. Nak makan seafood, ayam, tu nak kena kontrol. Still tak percaya, doktor tu tipu. Yes, doktor tu tipu ! ( Haha punya takmau terima kenyataan).

Ok guys, setakat ni ja. Bye .

7 comments:

  1. huhu.. ngek la amin.. rasa macam x boleh tinggi dah kot.. takat ni ja.. sobsssssssss

    ReplyDelete
  2. haishhh Darren pun sama tw.. nyampah..! :P

    ReplyDelete
  3. comel la blog ag...
    nak jugak..
    cinta si meowcat.. hahahaha

    ReplyDelete