Sunday, 13 January 2013

KAMI


Belakangan ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang Geng Nuklear. Eh? Apahal wat mukadimah macam ni. Ingat esei Bahasa Melayu ke apa? Maaf la, dah lama rasa tak tulis karangan BM. (Ceh poyo sangat !)  

Okay guys, lets us straight to the main topic of this entry. Safwan Othman, hari tu aku ada bagi tau bila aku ada blog , nak buat entri pasal geng kita kan ? Ni haa..baca daripada huruf pertama sampai yang last tau. Ceritanya macam ni, masa kat soksek (nama sekolah aku dulu, sebut elok-elok tau nanti korang pikir lain pulak, lol) waktu Form 4 and Form 5 aku sangat rapat dengan mereka yang akan aku ceritakan ni.


Zai, Sarah, Safwan, Era, Affan, Haleeda, aku and Wafi

Pada mulanya ahli berapa orang ja, tak lama selepas tu aku pun join Geng Nuklear ni. Kenapa mesti nama Nuklear? Huu..sebab apa ek..tanya Cik Haleeda je la. Ok la aku nak introduce seorang demi seorang ni. Opss Shiela takda pulak dalam gambar ni. Zai, atau nama panjangnya Zaidatul Atiqah yang very happy go lucky and pandai orangnya. Kitorang selalu panggil dia 'Zaidong'. Actually semua budak dalam kelas 5 Jauhari ni ada nickname masing-masing. Biasa la, perangai budak SBP memang macam ni kot, suka sangat bagi gelaran yang pelik-pelik kat kawan sekelas. Next, Sarah yang sentiasa funny tapi kadang-kadang sensitif kan Sarah? Hehe. Cikgu Rahim suka panggil dia Chaah. Era- atau nama sebenar Shahirah. First aku tengok dia , ' Macam Erra Fazira kot dia ni'. Ceceyh seronok la ek ramai orang kata muka macam Erra Fazira? Huu. Yang baju biru bersongkok hitam tu Safwan Othman. Our hot stuff- atau lebih dikenali dengan panggilan Kayu atau Tobek. Haha jangan marah tau Kayu. Yang baju kuning tu pulak, Haleeda Natasya. Ni pun hot stuff jugak..selalu digosipkan dengan Haris masa kelas 5J dulu..kalau tak pun kitorang panggil dia Miss Kebaya @ Bom. Bom? Hehe..sebab Cik Haleeda ni suka sangat 'meletup' kalau ada apa-apa yang tak kena dalam kelas. Then, our Affan Safuan yang tinggi-tinggi tu. Aku selalu panggil dia Bachan..haha tak tau la kenapa. Wafi- err aku tak tau nak describe apa tentang dia, huu. Aku pulak dapat gelaran Keli @ Kelly. Ni semua sebab Sham la, yang menyebarkan nama keramat tu sejak Form 1 lagi, huu. Zai and Haleeda kat UNIMAS sekarang. Affan kat UMT, Shiela kat Uitm Shah Alam-bakal lawyer kot, hehe. Wafi kat KMPP kot. Sarah dah kerja. Kayu, Era and aku sedang menunggu result STPM yang gila-gila tu, lol. 


KLCC- masa buat lawatan under kelas 4 Jauhari tahun 2009 

Banyak sangat benda-benda 'cheesy' and gila-gila yang kami lalui bersama. Cewahh ayat tak menahan betul la. Antaranya- tidur dalam Lab Kimia and Bio dah menjadi kebiasaan. Elok la, Teacher Tan Gim Tuan (TGT) dok ajar kat depan, ramai yang sedap tidur. Aku tak terkecuali, nak buat macam mana dah mengantuk sangat kan. Now, rasa bersalah tu still ada. Patut la Kimia aku tak dapat A pun, maaf la teacher, hukhuk. Dalam Lab Bio pulak, selalu la kena dengar Cikgu Afizah berleter. Dialog dia yang masih segar dalam ingatan aku, ''Hangpa ni, 10x saya ajar, 11x hangpa lupa.'' Lol, nak buat macam mana cikgu, kami bnyak makan asam. Kalau nak pergi Prep malam, tak sah kalau tak jalan rama-ramai. Tapi dalam Lab Fizik, aku memang jarang la mengantuk sebab our Cikgu Wahid tu kan memang lawak orangnya. Ada ja benda yang boleh buat kami sekelas tergelak besar dengan joke dia tu. Semua formula fizik Cikgu Wahid cipta sendiri, and kebanyakannya memang senang nak ingat sebab ada unsur negatif tu, hehe. Yang bestnya lepas habis prep, sempat lagi lepak-lepak ambil gambar la apa la. Ponteng prep? Huu..aku bukan la kaki ponteng sangat pun tapi kadang-kadang aku, Sarah, Kayu , Affan, Era and Haleeda selalu balik prep awal. Slumber badak ja kami ni, sambung prep kat dorm je la. Selalu jugak kena ambil nama dengan KP sebab lambat ke prep and balik awal dari prep. Nakal jugak aku ni dulu, huu. Nampak ja skema-skema ayam and baik (seriously baik?haha), tapi siapa yang kenal aku lebih baru tau aku jenis yang macam mana. Betul tak? 

Ingat lagi tak dulu kita selalu lepak kat kantin ? Ala kantin tu dah jadi port kami dah lepas balik prep. Selalu redah je dalam kantin tu kat bahagian dapur nak tengok Pak Syed tengah masak. Yang aku still ingat lagi- ambil kesempatan untuk charge handphone kat dalam bilik situ, haha.
Abang-abang kantin tu dah kenal sangat dah muka kami ni sebab selalu ja lepak dalam tu. Lawak la bila ingat balik..budak-budak lain semua dok ushar pelik ja. Kisah pulak aku kan? :-p

Sejak join Geng Nuklear ni aku bukan lagi Masmida yang ayu-ayu dulu..betul ka? Hihi..entah la diorang tengok aku macam mana kan. Tapi yang pastinya warna pink yang aku suka dulu dah tak best pun bagi aku. Nampak macam girlish sangat. Kalau purple baru nice, cewah. 

Waktu riadah untuk buat aktiviti yang mengeluarkan peluh dan sihatkan badan. Tapi kami boleh pulak bersantai-santai kat pokok kelapa belakang Aspura tu. Slumber ja pergi mintak parang kat kantin, then minum air kelapa kat situ.. Hehe, dah memang jadi port kami dah kat situ waktu petang. Kalau aku tak pi practise kat bilik band, aku lepak kat pokok kelapa tu la dengan diorang. Alahai, gambar takda pulak. Satu lagi, pondok Pak Guard pun jadi tempat melepak jugak. Tapi untung jugak dok lepak kat Pak Guard, sebab senang nak 'fly' nanti. Fly tu dah menjadi kebiasaan dah bagi ahli-ahli geng nuklear ni. Selalu pergi Summit and Jusco ja. Sarah, ingat lagi tak kita pernah jalan kaki ja ke Summit, nasib baik tak kena serang dengan anjing kat tepi jalan tu, haha. Then, Pak Hamzah yang kamceng dengan kami.. Seriously sejak aku masuk SBP ni baru aku tau apa nikmatnya fly. Tak feel la hidup kat asrama kalau korang tak cuba perbuatan macam tu. Yedop? Ohh screw me please. Jangan la skema sangat macam geng KP..eh ? Maaf takda niat pun nak kutuk..hehe.

Err Haleeda, ingat lagi tak pasal kes handset hilang tu? Kita dok bajet KP mana la ambil. At last, dapat tau yang Cikgu Nurhisan yang ambil. Haha seriously lawak sangat bila ingat balik masa kita nak investigate tu. Dah macam CSI pulak.  Kantoi habis dengan cikgu. 


Aku gelak guling-guling tengok gambar ni :-p


 Prep dah habis, sempat lagi snap snap !



Zai, Era, Kayu, Sarah, Affan rindu tau kat hangpa. Bila nak jumpa lagi ni? 


Sweet couple la Zai and Haleeda. :D


gossip girls



Super duper awesome ! Kat Genting Highland ni, lawatan Kelas 4J


At Mahkota Parade. Sesuai la hang jadi pembawa beca, Affan..hehe


With our Cikgu Rahim yang handsome. Kalau free, kami lepak kat rumah cikgu Rahim ni la. Ada hari tu masa bulan puasa, aku, Zai, Haleeda, Sarah and Era masak kat sini then buka puasa sama-sama dengan cikgu. Ala, miss that moment. Anak dia sangat comel tau. Like father like daughter la, hehe. 


Ni masa Annual Dinner batch 0610. Tema pink ok. Terpaksa aku jadi gegirl malam tu.. :-p



Abang jambu yang memang suka berjambu dengan adik-adik junior. yedop ? :-p




Biar gambar yang menceritakan segalanya. -___-


Ni la serba sedikit tentang 'Kami'.. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak story sebab macam-macam dah yang kami buat selama di SOKSEK tu. Tapi..aku ingat samar-samar ja, huu. Apa- apa pun aku still merindui saat-saat manis kita bersama, tau. Amboi ayat cannot cut, right? Tapi betul la, tak tipu pun yang aku rindu hangpa semua. Apa ja yang kita tak pernah buat kat Soksek tu. Macam-macam tau kenangan. Kalau duduk asrama, kena la buat somethnig yang gila-gila sebab benda macam tu la jadi kenangan nanti. Contohnya- fly, ponteng prep, lewat ke prep, handphone, sodom (solat dalam dorm), tidur dalam kelas, etc. Sekarang ni masing-masing dah terpisah. Untung la Zai and Haleeda masih sebumbung kat Unimas tu. Make sure kita tak lost contact tau.. 

Last but not least, semoga persahabatan kita ni kekal lama ok. Geng Nuklear sentiasa di hati. Korang jangan lupa aku tau, kalau lupa jugak, aku kerat 18 sorang-sorang. Haha .

Sayounara. 

7 comments:

  1. tengok gambar awak, rindu zaman skola :)

    http://noraqilahjohari.blogspot.com/2013/01/angkuhnya-dirimu.html

    ReplyDelete
  2. yaka.. :)
    zaman sekolah la yg paling best...

    ReplyDelete
  3. rinduuu zaman sekolah...huhu..btw nice entry dear :)

    ReplyDelete
  4. aku menangis sebaldi nieh! slh sapa! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..taw nangis.. not my fault.. :P

      Delete